Kisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut.
Dapatkah gadis itu menyelesaikannya?
Bagaim...
"Hyung! Hyung!" Jung Kook yang masih berada di luar bilik berusaha sedaya upaya memanggil Suga tapi Suga telah pun pengsan akibat kepulan asap yang masuk ke dalam paru-parunya.
Jung Kook mula menendang pintu tersebut tetapi tidak terbuka. Dia cuba menerajang pintu itu dengan kakinya yang sakit tapi sayangnya semua itu sia-sia.
Sekali lagi dia cuba menendang pintu tersebut tetapi hasilnya tetap sama. Buat kali ketiga, kaki kirinya pula menendang pintu tersebut. Dia menendang dengan sekuat hati.
"Aaarghhh." Jung Kook menjerit kesakitan apabila dia merasa sangat perih pada otot kakinya seolah-olah tulang dia retak.
Tanpa mempedulikan kesakitan sendiri, dia terus berusaha sedaya upaya. Kali ini Jung Kook cuba menumbuk pintu pula. Tangannya berdarah teruk namun pintu itu akhirnya terbuka jua.
Jung Kook segera berlari ke arah Suga. Terbatuk-batuk Jung Kook apabila terhidu asap api kebakaran. Api mula memenuhi kawasan tersebut. Bahagian atas katil mula dijilat api.
Jung Kook terus menarik Suga jauh daripada kawasan katil yang terbakar. Kudratnya yang semakin melemah menyukarkan Jung Kook untuk membantu Suga.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Jung Kook cuba mendukung Suga di belakang. Dia cuba berdiri tapi asyik terjatuh gara-gara kakinya tidak cukup kuat. Nafasnya mula sesak dan badannya dapat merasakan bahang api yang sangat panas.
Walaupun kaki Jung Kook semakin sakit dan badannya semakin melemah, Jung Kook tetap menggagahkan diri demi melindungi orang yang lebih berharga dari nyawanya sendiri.
Hati Jung Kook sempat berbisik; bertahan hyung. Apa pun yang terjadi tolonglah bertahan. Hyung, Siapa hyung untuk tentukan bila hyung boleh pergi. Hyung bukan tuhan. Diri hyung bukan milik hyung sorang. Hyung, Kook mohon tolonglah terus bernafas.
Keputusan yang Hyung ambil sangat kejam. Kejam pada diri hyung dan juga pada diri Kook. Hyung, tolonglah bernafas dan berilah peluang pada Kook untuk tumbuk hyung sekuat hati selepas hyung sedar nanti.
Kook nak tumbuk hyung sebab hyung terlalu bodoh. Hyung terlalu lembab sebab tak faham apa yang Kook maksudkan.
Memang Kook halau hyung. Kook cakap benci dengan hyung tapi kenapa sedikit pun hyung tak terfikir yang sebenarnya Kook hanyalah benci pada diri Kook kerana menyalahkan hyung atas kesalahan yang bukan hyung penyebabnya.
Bertahan hyung, teruslah hidup hyung. Benarkan Kook pukul hyung sepuas hati dan lepas tu biarkan Kook peluk hyung dan minta maaf kerana telah membuatkan hati hyung terluka.
Hyung....
Jung Kook akhirnya berjaya keluar dari bilik itu. Malangnya api juga sudah mula merebak ke ruang tamu rumah Suga. Memandangkan banyak perabot kayu di situ, api menjadi mudah marak.