Hai guys hehe. Ok sebelum saya tinggalkan buku ini, saya akan sediakan sedikit sinopsis cerita yelah kot-kot ada yang dah lupa.
Saya juga akan ceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku kepada semua watak selepas drama ni habis hehe so jangan skip dulu tau.
SINOPSIS CERITA:
Jadi secara ringkasnya cerita ini mengisahkan tentang Salwa yang hidupnya bermasalah. Sehinggalah pada satu malam dia terperangkap dalam mv kesukaannya iaitu I NEED YOU oleh Bts.
Di dalam dunia mv, dia diberikan misi untuk menyelamatkan tujuh orang lelaki iaitu Jin, Namjoon, Suga, Jhope, Jimin, Tae Hyung dan Jung Kook. Mereka semua merupakan watak-watak dalam mv tersebut.
Sekiranya berlaku sesuatu yang membahayakan watak mv, ia turut menjejaskan nyawa Salwa jadi Salwa perlu berusaha mencegahnya.
Bagaimanapun, Salwa tidak menyedari misinya yang sebenar bukanlah untuk melindungi watak mv tapi sebaliknya adalah untuk mempelajari tentang kehidupan seorang remaja yang bermasalah dari remaja lain yang turut mengalami nasib yang sama serta bagaimana cara terbaik untuk melewati masa-masa tersebut tanpa mengambil jalan yang salah.
Watak-watak mv sebenarnya diselamatkan oleh jati diri mereka sendiri dan kasih sayang antara satu sama lain. Salwa hanyalah memudahkan sahaja perjalanan hidup mereka sepanjang konflik berlangsung.
Jin merupakan watak utama dalam mv I Need You. Oleh itu dia mendapat kelebihan istimewa iaitu dia yang menjadi satu-satunya orang yang mengetahui asal-usul Salwa.
Cerita ini berakhir dengan semua watak mv berjaya menemukan penamat yang bahagia. Penamat yang sebenar merupakan isi dari tajuk album bts iaitu Love Myself dan Love Yourself kerana di situ bermulanya sebuah cerita. Jadi apabila mereka menyedari betapa berharganya diri mereka dan juga orang sekeliling, mereka akan menemui penamat dan kebahagiaan sendiri walaupun dunia di luar mereka masih sangat menakutkan.
BAGAIMANA KEHIDUPAN SEMUA WATAK SEKARANG?
Setelah Salwa berusia 25 tahun dan bekerja sebagai penulis buku, beliau mendapat peluang menemui bts semasa bts mengadakan sesi fansign di negara Malaysia.
Walaupun Bts yang ditemui oleh Salwa bukanlah bts yang telah bersama-samanya di dunia mv, Salwa tetap berasa gembira apabila dapat bercakap dengan mereka. Terasa berkurang sedikit rindu Salwa pada mereka yang banyak mengajarnya erti kehidupan yang sebenar walaupun pertemuan mereka (dunia mv) sangat singkat. Pertemuan itu sangat berharga kerana itu adalah the most beautiful moment in her life.
Sebelum Salwa keluar dari dunia mv, kali terakhir dia menunggu Jin membeli bunga untuknya. Waktu Jin keluar dari kedai bunga, dia terkejut kerana Salwa hilang dari situ tapi pada waktu itu dia sedar Salwa telah berjaya keluar dari dunia mv. Jadinya bunga biru yang membawa simbolik 'forget me not' dijaga dengan rapi oleh Jin sebagai kenangannya dengan Salwa.
Pada awalnya keenam-enam rakannya pelik kerana Salwa pergi mendadak tapi Jin memberitahu mereka bahawa Salwa telah selamat sampai ke kampung halamannya dan Jin mengatakan kalau mereka rindu pada Salwa, dia sendiri akan sampaikan pada Salwa. Jadinya Jin sampaikan pesanan itu melalui video Euphoria. Jarak masa yang berbeza menyebabkan setahun kemudian barulah mv tersebut muncul.
Kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik setelah bertemu dengan Salwa. Tae Hyung diberikan keringanan dalam hukuman. Dari hukuman mati mandatori kepada hukuman penjara selama 15 tahun.

ANDA SEDANG MEMBACA
TRAP IN THE MV (BTS) [C]
FanfictionKisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut. Dapatkah gadis itu menyelesaikannya? Bagaim...