Jimin Awake

308 41 5
                                    

Pihak polis mula menapak di dalam rumah Tae Hyung. Di luar kawasan rumah juga terdapat beberapa orang penduduk sekitar yang datang melihat apa yang sebenarnya sedang berlaku.

"Nanti cik datang ke balai polis ya untuk memberikan kesaksian." Ujar seorang polis sebelum meminta diri.

Mayat ayah tiri Tae Hyung dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Kawasan kejadian dipalang agar tiada siapa yang masuk dan mengganggu kerja polis.

"Kak, macam mana dengan abang Tae kak?." Adik Tae Hyung menangis tanpa henti dibahu ku.
Aku memeluk tubuhnya untuk meredakan tangisannya yang makin lama makin kuat.

"Mana diaorang ni, kenapa lambat sangat." Rungut Jung Kook di sebelah ku .

Seketika kemudian Jimin, Jhope, Suga dan Namjoon muncul di depan kami semua.

"Hyung, kenapa datang sekali?. Patutnya duduk berehat kat rumah. Hyung kan sakit." Jung Kook cepat-cepat menarik kerusi untuk Namjoon. Suga membantu Namjoon duduk.

"Kenapa sampai jadi macam ni? Kenapa Tae Hyung sampai bunuh orang? Dia bukan macam tu. Aku tak percaya semua ni."

"Ayah tiri Tae Hyung oppa cuba rogol adik dia. Lepas tu mereka bertengkar tapi ayah tiri oppa tak nak mengalah. Dia cuba nak pukul mereka berdua. Jadi Tae Hyung oppa naik angin dan dia tak sedar dia tikam orang." Aku memberi penjelasan bagi pihak adiknya yang masih menangis.

"Budak tu gila ke apa? Kalau dia benci sekali pun takkan dia nak korbankan hidup dia." Suga berasa kesal.

"Polis cakap Tae Hyung dah tikam dia lebih dari sekali. Bermakna ini bukan kes membunuh kerana nak mempertahankan diri tapi sekarang ni dah jadi kes membunuh kerana dendam." Ujar Jung Kook.

"Apa hukumannya?" Muka Jimin kelihatan cemas.

"Hukuman penjara seumur hidup." Jawab Jhope. Dia menunduk.

"Tak mungkin." Namjoon tidak dapat menahan dirinya dari berasa sedih. Tae Hyung sangat rapat dengannya. Mana mungkin dia sanggup tengok Tae Hyung jadi macam tu.

Kami semua berasa amat terkilan. Baru beberapa hari kami berseronok di pantai tapi sekarang ni semua tu sudah mustahil untuk dilakukan sekali lagi.

***

Adik Tae Hyung masih trauma. Aku menemaninya di kamar sehingga dia tertidur kerana penat sangat menangis. Untuk sementara waktu kami bersetuju untuk menumpangkan dia di rumah Suga. Aku dipinta untuk menjaga dia.

"Dia dah tidur ke?"

"Dah Jung Kook. Penat sangat agaknya. Dari tadi dia nangis. Saya kesian kat dia. Tae Hyung sajalah keluarga dia yang masih tinggal sekarang. Macam mana dia nak hadap semua ni. Dia masih muda."

"Aku harap dia kuatkan diri dia. Taera dah lama hidup menderita. Aku harap dia tak terlalu tertekan."

"Nama dia Taera?"

Jung Kook mengangguk. Jung Kook cakap mereka sekelas dan mereka berkawan rapat sebab selalu main pondok-pondok bersama masa kecil-kecil dulu. Tae Hyung yang ajak dia main sekali.

"Jung Kook, kenapa tadi Jin oppa tak datang. Saya dah lama tak jumpa dia."

"Oh, Jin hyung kena jalani rawatan."

"Rawatan? Dia sakit apa?" Aku mengerutkan kening ku.

"Dia jalani terapi psikologi. Jin hyung selalu sangat kemurungan jadi bila dapat bantuan dari pakar mungkin dapat menyembuhkan dan beri semangat kat dia."

"Depression?"

Jung Kook mula membuka cerita tentang masa lalu Jin. Sejak kecil Jin terlahir dengan tubuh yang kurang daya ketahanan. Dia mudah sakit. Tambahan lagi dia ada masalah jantung berlubang dan asma dari kecil. Terlahir tidak normal begitu membuatkan pergerakannya agak terbatas.

Jin anak orang kaya dan anak tunggal dalam keluarga. Ibu bapanya terlalu overprotective. Dia tidak dibenarkan keluar rumah. Sekolah pun dia tak dibenarkan pergi. Setiap hari hanya guru yang diupah oleh bapanya yang datang memberikannya pendidikan. Itu pun di dalam rumah.

Ibu bapa Jin teramat sibuk. Hanya seorang pembantu rumah saja yang ditinggalkan bersama Jin dari Jin kecil sampai sekarang. Dia berasa sangat kesepian. Jin tak pernah rasa bagaimana mempunyai kawan dan kekasih seumur hidup dia.

Lama kelamaan dia jadi sukar untuk bersosial. Dia takut untuk berada di dunia luar. Sampailah satu hari, dia bertemu seseorang yang mengubah perjalanan hidupnya.

Semasa asma Jin menyerang. Jin dimasukkan ke hospital. Seorang jururawat praktikal jatuh hati padanya. Mereka menjadi rapat setelah Jin memulangkan diari wanita tersebut yang terjatuh. Itulah kali pertama Jin dapat merasa bagaimana memiliki seseorang yang berharga dalam hidupnya. Dialah kawan, dialah juga keluarga dan kekasih bagi Jin. Nyawa Jin.

Malangnya pada hari Valentine mereka yang pertama, Jin menyaksikan dengan matanya sendiri, kekasihnya digilis lori. Hati Jin hancur.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harapan dalam hidupnya datang dan pergi dalam sekelip mata sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Harapan dalam hidupnya datang dan pergi dalam sekelip mata sahaja.

"Ya Allah, dia dan Suga sama-sama menderita dari dalam tapi mereka hanya pura-pura kuat."

"Tu lah. Sejak kejadian tu, dia asyik salahkan diri dia. Seolah-olah dia memang tak ditakdirkan memiliki sesiapa pun dalam hidup dia. Dia rasa dia orang yang bernasib malang dan tidak berguna."

Aku mengangguk. Sebenarnya lagu Awake oleh Jin bts telah menceritakan segala-galanya. Tentang perjuangan watak dalam lagu tersebut untuk bangkit dari kesedihan tapi asyik menempuh kegagalan.

"Jadi macam mana dia boleh terbuka hati nak berkawan dengan korang?"

"Rasanya dia jumpa Jhope hyung dulu. Sebab masa tu masing-masing menerima rawatan di hospital yang sama. Secara tak sengaja kebaikan Jhope buat dia rasa selesa."

"Lepas tu Jhope oppa kenalkan dia pada korang?"

Jung Kook mengangguk.

"Korang nak makan apa? Aku nak masak." Suga yang baru keluar dari bilik Namjoon tiba-tiba menerpa ke arah kami. Perbulan kami dihentikan dulu.

"Tak kisah janji sedap!" Jung Kook buat muka ceria.

Aku pasti mereka semua sangat tertekan tapi berpura-pura okey. Padahal semua itu palsu. Mereka hanya berusaha untuk kelihatan tabah.

"Oppa, agaknya Tae oppa kat mana sekarang? Dia dah makan ke belum? Dia mesti sangat takut sekarang ni." Suara ku bertukar sayu.

Wajah kami bertiga mula bertukar sugul. Dimanakah dia menyembunyikan diri tiada siapa yang tahu. Hanya yang kami mampu ialah mendoakan keselamatan untuknya.

TRAP IN THE MV (BTS) [C]Where stories live. Discover now