Save Me

309 38 11
                                        

Aku masih lagi menumpang di rumah Jin. Di rumahnya hanya ada dia sahaja. Aku tidak tahu keluarganya ke mana. Aku bimbang akan mengguris hatinya jika banyak bertanya mengenai ahli keluarganya.

"Salwa, ok? Nak makan apa-apa tak, biar oppa masakkan?"

"Tak apa la Jin oppa. Saya tak berselera."

"Oppa nak tanya sikit. Semalam Salwa bukan tertidur tapi pengsan kan? Janganlah tipu. Oppa dapat rasa yang Salwa sakit sebenarnya."

Aku terkejut mendengar kata-kata Jin. Memang tak dapat dinafikan, kelmarin sekali lagi aku mengalami serangan pada jantung ku sehingga pengsan. Aku tidak tahu sebenarnya hal itu berlaku serentak dengan peristiwa Jimin cuba membunuh diri.

"Nak buat macam mana, oppa. Inilah yang saya terpaksa tanggung bila saya tak berjaya laksanakan apa yang patut saya selesaikan dekat dunia ni." Keluh ku.

"Maafkan oppa juga sebab oppa tak--"

"Eh jangan cakap camtu. Oppa ada ni pun dah buat bebanan saya berkurangan." Aku senyum, Jin membalasnya namun raut wajah Jin masih lagi kelihatan bersalah.

Seketika kemudian bunyi pintu diketuk. Jin bangkit untuk membuka pintu dan kelihatan Namjoon dan Jhope sedang berdiri diluar. Jin mempersilakan mereka masuk.

"Salwa sihat?" Soal Jhope setelah mengambil tempat di sebelah ku.

Aku senyum sambil mengangguk.

"Jhope oppa dengan Namjoon oppa sihat?"

Mereka turut mengangguk.

"Korang je ke? Mana yang lain?"

"Entah la Jin hyung, Kau dah cuba hubungi Suga hyung dan Jung Kook?" Soal Namjoon.

"Dah tapi tak dapat.''

"Pelik. Sibuk la kot." Teka Namjoon.

"Jhope oppa, Jimin oppa tak apa apa ke?" Soal ku. Aku curiga sakit ku kelmarin ada kena mengena dengan Jimin memandangkan aku mendapat bayangan bathtub secara tiba-tiba sebelum aku pengsan.

"Ha'ah Jhope, mana Jimin?" Soal Jin.

"Er dia aaa.. Ah, dia ada hal." Jawab Jhope dengan sedikit ragu-ragu.

"Jhope oppa, jaga dia elok-elok." Ucapku kerana aku tahu pasti ada sesuatu  yang berlaku terhadap Jimin tapi tidak dapat diceritakan oleh Jhope. Jin menoleh ke arah aku seolah-olah dapat mengagak apa yang bermain di kepala ku. Jhope hanya mengangguk.

"Namjoon, Jhope, ada apa-apa perkembangan pasal Tae?" Jin kembali fokus kepada hal yang lebih penting.

"Aku dah banyak kali cuba tapi talian asyik tak aktif. Aku pun dah buntu. Mungkin semua ni berlaku sebab aku tak ada di sisi dia masa dia perlukan aku sangat-sangat."

"Oppa jangan cakap macam tu. Bukan salah oppa. Kita semua dah mencuba. Saya tahu Tae oppa masih hidup." Aku cuba mencelah kerana aku tak sampai hati melihat Namjoon menyalahkan dirinya.

"Mana Salwa tahu?"

Aku terkedu. Salah cakap pula. Aku tahu sebab aku masih hidup. Kalau dia meninggal, nyawa aku juga akan terancam. Baik aku cover.

"Saya cuma rasa sangat yakin, oppa kawan rapat dia, oppa kena lagi yakin daripada saya. Ya, oppa?"

Namjoon tersenyum sambil mengangguk.

"Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa sedih sangat-sangat. Dulu kita semua kalau melepak mesti bertujuh. Setiap malam Jumaat, melawat pantai. Makan sama-sama. Kacau orang kat jalan raya. Berlari sana sini bersama-sama tapi sekarang, tengoklah, cuma tinggal kita bertiga. Aku rindu kita yang dulu." Jhope meluahkan rasa sayunya.

TRAP IN THE MV (BTS) [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang