Mencari Ketenangan

303 40 3
                                        

Aku menemani Jin dan Jhope yang kini berada di dalam wad di mana Jung Kook ditempatkan. Kakinya telah dibalut dan untungnya kakinya melecur dengan tidak terlalu teruk.

Suga masih belum sedarkan diri. Menurut doktor, Suga terhidu asap kebakaran dalam kuantiti yang banyak dan asap tersebut telah mencemari paru-parunya. Dia kini berada dalam keadaan kritikal. Doktor menyarankan kami untuk bersedia untuk sebarang kemungkinan.

"Hyung.. Hyung.." Jung Kook tiba-tiba tersedar dari pengsannya.

Melihat Jung Kook akhirnya membuka mata membuatkan kami sangat-sangat bersyukur. Dia pasti sangat keletihan kerana tadi menggunakan seluruh tenaganya dalam pertarungan nyawa.

"Hyung, mana Suga hyung? Jin Hyung, Jhope hyung, Salwa. Jawablah."

"Suga dalam bilik ICU. Doktor kata dia belum sedarkan diri. Jangan risau, hyung pasti dia akan selamat." Jawab Jin sambil menggosok bahu Jung Kook.

"Ya Kook, kau rehat dulu. Pasal urusan Suga jangan risau. Kami ada. Kami akan jaga dia." Tambah Jhope dan aku juga mengangguk sambil memandang Jung Kook.

Jung Kook mengalirkan air mata di hadapan kami. Hatinya terlalu bimbang. Jung Kook takut kalau sebenarnya dia belum berjaya melindungi Suga sepenuhnya.

"Erm, korang. Salwa nak pergi belikan minuman. Mana tahu korang dahaga. Saya keluar dulu ya?"

Jin mengangguk.

"Oppa ikut ya?" Kata Jhope dan aku balas dengan menganggukkan kepala.

Kini di dalam wad hanya ada Jin dan Jung Kook.

"Betul ke Suga hyung ok? Kenapa Kook rasa hyung macam menipu. Jujur pada aku hyung, Suga hyung macam mana? Dia tak ok kan?" Desak Jung Kook seolah-olah dapat merasakan Jin sedang menipu dirinya.

''Sebenarnya.. Suga hyung masih dalam keadaan kritikal. Doktor cakap mereka tak pasti sama ada Suga akan sedar atau tak. Kalau dalam masa 48 jam dia masih macam tu... Maknanya.."

"Maknanya dia akan mati?"

Jin hanya membisu.

Jung Kook tiba-tiba menumbuk cadar katil hospitalnya berkali. Dia melepaskan semua rasa geramnya terhadap diri sendiri. Seiring dengan itu, air mata Jung Kook turut mengalir.

"Kook dah! Dah!" Jin cuba menghentikan Jung Kook yang emosinya mula tidak terkawal.

"Semua salah aku hyung! Salah aku! Aku tak berguna! Aku punca semua ni terjadi. Kalau aku tak marah dia hari tu suga hyung takkan bunuh diri! Semua berlaku disebabkan aku dan ibu meninggal pun disebabkan anak pembawa malang macam aku!"

"Jung Kook dengar!" Jin memegang kedua-dua belah bahu Jung Kook dan memaksa Jung Kook mendengar apa yang cuba dia sampaikan.

''Hyung tahu Jung Kook benci pada diri sediri dan tak dapat maafkan kesilapan diri sendiri tapi Jung Kook kena ingat Suga hyung sangat sayangkan kau jadi kalau dia tengok kau menyakiti diri kau kerana dia, hyung yakin dia takkan tenang.

Tolong jangan marah pada diri kau. Kita cuma manusia. Kita takkan mampu kawal semua benda. Hyung tahu, hyung faham perasaan kau. Kau nak lindungi mereka dan takkan sesekali biarkan mereka dalam bahaya. Hyung tahu hyung pernah alami macam mana sakitnya bila gagal buat semua tu.

Jung Kook, semua ini terjadi bukan kerana salah kau. Tiada siapa pun yang mati kerana tangan kita. Takkan ada. Mereka ditakdirkan meninggal kerana tuhan nak lindungi mereka. Tuhan nak hentikan kesakitan mereka dan beri mereka kebahagian baru sama macam mana dia nak beri pada ibu, kakak dan Li.."Jin terhenti pada satu nama. Nama yang sangat dirindui.

Jung Kook tidak mampu berkata apa-apa dan hanya membiarkan air matanya terus mengalir.

Sementara itu, aku dan Jhope telah pun selesai membeli makanan dan minuman dan dalam perjalanan untuk masuk semula ke bilik Jung Kook. Kami terserempak dengan Jin di depan pintu lif.

"Hyung, nak ke mana?" Soal Jhope.

"Ada hal. Korang jagalah Jung Kook ya dan kalau ada apa-apa perkembangan pasal Suga terus hubungi aku. Namjoon pun sedang dalam perjalanan ke sini."  Kata Jin kepada kami. Wajahnya nampak sedih.

Kami hanya mengangguk. Aku meminta Jhope pergi dahulu kerana ada benda yang ingin aku bicarakan dengan Jin. Dia hanya mengangguk lalu tolong bawakannmakanan yang ada di tangan ku.

"Jin oppa. Saya tahu ada benda yang tak kena dengan oppa. Beritahulah saya."

Jin senyum.

"Jangan risau la. Tak ada apa-apa pun. Cuma.. Oppa rasa oppa nak jumpa seseorang yang dah lama oppa tak jumpa dan hari ini oppa rasa hari yang tepat untuk oppa bertemunya."

"Baiklah hati-hati." Pesanan ku di balas dengan senyuman oleh Jin.

Aku mengiring Jin keluar dari hospital dengan pandangan mata sahaja.

******

Jin berjalan memasuki suatu tempat yang selalu di kunjungi untuk 'menemui' orang yang pernah dan masih menjadi bahagian penting dalam hidupnya.

Di sini, hanya dipenuhi mereka yang telah terpisah dengan orang yang penting di dalam hati mereka. Berpisah bukan untuk seketika tetapi berpisah dunia.

Dia menatap gambar gadis yang dahulunya pernah masuk ke dalam hidupnya. Mata Jin memandang tembikar di hadapannya. Walaupun hanyalah 'abu' terisi di dalam itu, baginya hatinya juga terisi bersama-sama.

"Lisa, awak apa kabar? Dah lama saya tak datang sini. Saya betul-betul rindu pada awak. Awak macam mana di sana? Mesti awak sangat bahagia. Saya belum berjaya membantu Salwa, tapi saya pasti akan bantu dia sebab dia orang yang baik sama macam awak."

Jin meletakkan sekuntum bunga putih ke atas rak yang menempatkan tembikar dan gambar arwah kekasihnnya.

"Hari ini adalah hari terberat bagi kawan baik saya. Dia masih muda tapi terpaksa lalui semua ini. Saya cakap pada dia, jangan salahkan diri sebab menjaga nyawa seseorang bukanlah tugasnya. Saya.."

Jin menitiskan air mata.

"Saya pernah salahkan diri saya waktu saya tak sempat selamatkan diri awak dari kemalangan. Saya tak dapat maafkan diri saya sebab biarkan awak jumpa saya hari tu. Saya tak dapat maafkan diri saya sebab saya rasa saya punca awak kesakitan tapi hari ini saya rasa lega. Lega sangat."

Setelah cuba meyakinkan Jung Kook bahawa dia tidak patut menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku, Jin menyedari bahawa perkataan tersebut adalah sebenarnya untuk dirinya sendiri.

Selama ini dia berterusan menyalahkan diri. Jin menjarakkan diri dari semua orang. Dia tidak membenarkan sesiapa mencintainya kerana takut hal yang sama berulang lagi. Dia menganggap dirinya sebagai pembawa malang.

Namun hari ini, akhirnya dia dapat memaafkan dirinya. Dia sudah mampu menerima semua ini dengan baik. Terasa bebanan yang ditanggung selama ini menghilang. Hatinya terasa tenang.

TRAP IN THE MV (BTS) [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang