Jimin Lie

362 44 1
                                        

Tok tok tok

Kedengaran pintu rumah diketuk. Aku segera bangkit dari kerusi untuk membuka pintu.

"Hai Jhope oppa dan Jimin oppa."

"Hai juga." Serentak mereka tersenyum kepada aku. Aku mempelawa mereka masuk ke dalam.

"Jung Kook dengan Suga hyung ada ke?" Tanya Jimin.

"Oh, Jung Kook kat dalam bilik Namjoon oppa. Suga oppa keluar. Ada hal kejap."

"Oh, ok. Hyung jom masuk."

Kami semua bersama-sama masuk ke dalam bilik Namjoon yang ketika ini masih lagi belum bangun.

"Kook, macam mana?"

"Macam tu lah, Jhope hyung. Kadang-kadang dia meracau. Tak kebah lagi dia punya demam."

"Tak apalah. Bagi sini kain tu." Jhope mengambil kain basah lalu mendemah dahi Namjoon yang agak panas. Kalau ikutkan, kami perlu bawa dia ke hospital tapi Namjoon berkeras nak berehat di rumah saja.

Jimin pula ikut serta mengurut tubuh Namjoon hyung. Prihatin sungguh mereka semua dengan satu sama lain. Betul lah orang kata di zaman remaja, kawan membawa makna yang lebih besar daripada  keluarga.

"Laparlah pula." Keluh Jimin.

"Lapar ke? Pergilah makan. Dekat atas meja ada makanan. Jung Kook beli."

"Oh ya ke?. Baguslah."

"Hyung, aku lupa beli air. Kau pergi beli kat kedai sebelah rumah. Boleh?"

"Aku ke?"

"Ya lah. Takkan suruh Salwa pula."

Jimin akur. Dia pun keluar ke kedai sebelah rumah Suga.

Aku pula keluar dari bilik untuk memanaskan makanan tadi. Jhope juga ikut serta sebab nak makan dulu. Tak boleh nak tunggu Jimin dah. Lapar sangat agaknya.

"Eh, Jimin tertinggal jaket dia. Dia bawa duit ke tak ni."

Jhope menyeluk kocek baju jaket Jimin di hadapan ku. Dia tidak tersengaja mengeluarkan sesuatu dari poket baju. Sesuatu itu membuatkan aku tergamam.

"Oppa, tu bukannya..."

"Eh, tak lah tak ada apa-apalah."

"Jangan tipu saya oppa. Yang tadi tu Ectasy kan?dadah kan? Saya cam sebab saya ni ahli kelab anti dadah di sekolah menengah. Oppa, jawab soalan saya!" Aku sudah berdiri setentang dengannya. Jhope nampak serba-salah.

"Kita sembang kat luar jom." Ajakan Jhope aku turutkan saja.

"Salwa, oppa harap awak rahsiakan perkara ni. Tak boleh kalau yang lain sampai tahu."

"Sejak bila oppa sedar perkara ni?"

"Oppa dah tahu lama."

"Jadi kenapa oppa diamkan saja? oppa, makan dadah tu bukan perkara kecil tahu tak?! Kita mesti bawa dia kepada polis."

"Tak! Tak boleh!" Jhope meninggikan suaranya. Aku terkedu.

"Tapi kenapa?" Aku memandangnya meminta satu penjelasan.

Dia kemudian mengeluh berat sebelum menceritakan alasan sebenar dia bertindak sedemikian.

Menurutnya, dia dan Jimin sudah lama mengenali satu sama lain. Mereka saling melengkapi kerana masing-masing mempunyai bebanan yang sama.

Jhope ditinggalkan keluarganya dan menetap di rumah anak yatim dari kecil. Berbeza dengan Jimin, dia ada keluarga tapi keluarganya pilih kasih. Dia terasa disisihkan.

Bercampur dengan budak jahat membuatkan dia mula terpengaruh dengan dadah. Hidupnya musnah kerana itu. Dia mula menyesali segala-galanya tapi agak terlambat kerana tubuhnya sudah terbiasa dengan dadah. Dia ketagih.

Akhirnya Jimin ditangkap polis tapi dijamin oleh bapanya. Akibat dari itu, dia telah dibuang keluarga. Bahkan, dia juga dikeluarkan dari sekolah. Hidup Jimin mula berubah. Dia tidak dapat menerima hakikat tersebut lalu cuba untuk mencabut nyawa sendiri.

Waktu dia hampir berputus asa itulah, dia dipertemukan dengan Jhope. Jhope yang menerima dirinya di saat satu dunia menolaknya. Sejak itu, mereka menjadi sebuah keluarga yang tidak akan terpisahkan.

Pernah juga Jimin ditangkap tapi Jhope yang berusaha melindunginya. Waktu itu, Jhope juga yang menutup perkara ini daripada diketahui orang ramai dan termasuklah mereka berenam. Jhope tidak mahu Jimin tertekan kerana sudah beberapa kali Jimin cuba membunuh dirinya kerana tidak tahan. Jimin hanya bertahan kerana dia tahu dia perlu ada untuk Jhope yang sakit.

"Saya tak nak sampai dia ditangkap lagi. Saya takut kalau dia cuba bunuh diri lagi. Kami dah janji untuk ada dengan satu sama lain tak kira apa yang akan terjadi."

"Tapi Jhope oppa, takkan awak nak pejamkan mata je tengok dia rosakkan diri?"

"Dah Salwa. Saya tak nak bincang dah pasal ni." Jhope ingin cepat pergi dari situ.

"Jhope oppa! Apa yang akan jadi dekat dia bila oppa dah tak ada kat dunia nanti? Oppa mungkin akan pergi dengan tenang tapi dia macam mana? sanggup ke oppa tengok dia merana? Dia mungkin meninggal kerana dadah. Adakah oppa akan tinggal kan dia selama-lamanya tanpa melindungi dia?"

Aku terpaksa. Aku tiada niat untuk mengatakan Jhope akan mati. Niat aku hanya ingin dia tahu, sayang yang tidak bertempat seperti ini boleh membawa keburukan kelak pada Jimin.

Jhope diam sejenak sebelum berlalu dari situ. Aku tahu dia sedih dan aku pasti dia di hurung rasa bersalah.

Aku yakin tajuk lagu Jimin bts Lie atau tipu membawa maksud mereka berdua terpaksa menipu demi melindungi satu sama lain.

Jimin menipu dengan mengatakan dia sudah bebas dari dadah kerana dia tidak dimahu dihantar ke penjara. Aku yakin Jimin lebih mementingkan Jhope daripada dirinya. Jhope sakit tenat, aku pasti dia ingin selalu ada di dekat Jhope, merawat Jhope sehingga ke akhirnya. Walaupun diri sendiri mula terkorban.

Jhope juga melakukan penipuan. Berpura-pura tidak melihat apa yang telah terjadi demi melindungi hubungan dan seorang 'adik' yang banyak berkorban untuk nya. Kasih sayangnya yang terlalu mendalam membuatkan dia memilih untuk mengalah pada sesuatu yang salah.

Di dalam mv I Need You, Jimin selalu merendam dirinya dalam tab mandi sambil menangis.

Di dalam mv I Need You, Jimin selalu merendam dirinya dalam tab mandi sambil menangis

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Mungkin di saat itu dia terpaksa menahan sakitnya efek daripada Ectasy tersebut.

Selain itu, lirik lagu Lie oleh Jimin bts ada mengatakan dia mahu hidupnya kembali. Dia mahu bebas dari semua penipuan. Aku harap aku mampu membantunya tanpa menjejaskan persahabatan dua orang lelaki tersebut.

TRAP IN THE MV (BTS) [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang