Janji

265 40 8
                                        

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Tae Hyung sedang disoal siasat oleh seorang polis di ruangan bilik yang diletakkan CCTV. Seorang polis yang bernama Eun Hyuk akan menangani kes ini sehingga selesai.

 Seorang polis yang bernama Eun Hyuk akan menangani kes ini sehingga selesai

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Nama?"

"Kim Tae Hyung.

"Umur?"

"22 tahun."

"Keluarga?"

"Tak ada."

Eun Hyuk memandang Tae Hyung sebelum tangannya menyeluk fail di dalam laci. Dia tahu Tae Hyung masih mempunyai ahli keluarga cuma ini merupakan prosedur soal siasat jadi soalan perlu ditanya mengikut kategori.

"Saya dah soal siasat adik dan rakan-rakan awak. Jadi apa yang boleh saya simpulkan, motif sebenar pembunuhan yang awak lakukan berpunca dari rasa marah akibat didera sejak kecil. Betul kan?"

Tae Hyung hanya diam membisu.

"Kim Tae Hyung, tolong beri kerjasama."

"Untuk apa? Saya tetap akan dipenjara.''

"Tapi kita boleh kurangkan hukuman awak. Masih ada peluang."

Tae Hyung masih belum bersetuju untuk memberi kerjasama walaupun telah dipujuk.

"Boleh ceritakan balik apa yang berlaku malam tu?"

Tae Hyung masih lagi berdiam diri. Imbasan kisah silamnya muncul di fikiran. Dia memejamkan mata kerana segalanya terasa masih seperti baru semalam dialaminya. Tiba-tiba dia bersuara.

"Tuan, boleh tak saya nak buat panggilan telefon?."

"Maaf. Tak boleh sebab sekarang saya tengah soal siasat awak."

"Tolonglah tuan. Sekali sahaja lepas tu tuan tanyalah apa-apa pun saya janji saya akan jawab semuanya."

Polis itu masih berkeras tapi Tae Hyung tetap meminta. Dia mengenggam tangan polis itu dan betul-betul merayu kepadanya.

"Baiklah tapi janji lepas ini awak kena beri kerjasama kepada saya ya?."

Tae Hyung mengangguk dengan wajah yang gembira. Telefon bimbit Eun Hyuk dipinjam sebentar olehnya. Eun Hyuk meninggalkan Tae Hyung di situ untuk seketika.

Tae Hyung mendail nombor seseorang. Telefon itu ditekapkan di telinganya. Bunyi nada dering pemanggil memenuhi ruang telinganya. Tae Hyung menunggu dengan hati yang berdebar.

Akhirnya panggilan itu dijawab.

"Helo siapa ni?"

Tae Hyung hilang kata-kata. Dia ingin menyebut nama pemilik suara itu tapi hatinya takut. Takut kalau ditolak lagi. Jadi dia hanya diamkan diri dan menghayati suara itu.

"Janganlah main-main. Siapa ni? Hello?"

Tae Hyung hanya bernafas tanpa mengeluarkan suara.

"T-tae Hyung?" Lelaki itu dapat mengecam Tae Hyung dengan hanya bunyi hembusan nafas Tae Hyung.

Tae Hyung terkedu.

"Itu kau kan Tae? Tae cakaplah! Jangan diam, Tae."

Tae Hyung mahu segera menamatkan panggilan tapi sempat dihalang oleh orang itu.

"Tae, kalau tak nak cakap tak apa tapi bagi aku peluang untuk katakan sesuatu dekat kau."

Tae Hyung memilih untuk dengarkan apa sahaja yang ingin diucapkan oleh orang kedua yang sangat disayanginya selepas arwah ibunya.

"Tae hyung, kenapa kau tak pernah jawab panggilan aku? Lama aku tunggu kau. Dah lama aku cari kau. Kau pergi mana Tae? Aku sedih tak ada kau, tahu tak?" Ucapnya dengan suara yang kedengaran sayu.

Tae Hyung terasa ingin menangis.

"Aku nak minta maaf dekat kau. Aku tak pernah benci kau Tae. Malam tu aku mabuk. Aku tak dapat kawal diri. Aku marah dengan orang sekeliling. Aku bodoh sebab dah lepaskan kemarahan aku pada kau. Tolonglah maafkan kawan kau yang tak berguna ni, Tae."

Tae Hyung menunduk. Matanya mula bergenang setelah mendengar pengakuan orang itu. Dia baru sedar selama ini dia cuma salah faham.

"Aku minta maaf sebab paksa kau serah diri. Aku dan yang lain tak ada maksud pun nak biar kau ke penjara. Aku kalau diizinkan, nak bawa kau lari dari semua ini tapi aku siapa nak lawan undang-undang. Kami tak sanggup kalau tengok kau dalam bahaya. Jadi kami tak ada pilihan selain buat kau serah diri."

Tae Hyung menunduk. Satu demi satu air matanya menitik jatuh ke pehanya.

"Tae, kalau kau nak tahu, aku dah tunaikan permintaan kau. Aku jaga adik kau dari jauh. Adik kau macam kau. Kuat, rajin, baik hati tapi... tapi bila aku jaga dia, aku jadi teringatkan kau. Aku rindu nak melepak dengan kau. Rindu nak buat mural tak guna kita dengan cat spray, rindu nak buli orang dekat jalan raya, rindu gila nak berlari macam orang sewel kat jalan raya. Aku mana ada kawan lain selain kau Tae."

Lelaki itu menyambung lagi.

"Kau tahu tak, Tae. Aku memang ada mereka berenam tapi kau kena tahu orang yang paling mampu buat aku terbuka ialah kau sorang. Bila aku ada masalah kau sajalah tempat aku mengadu. Aku janggal dengan yang lain tapi tak bila dengan kau. Kalau kau tak ada, aku rasa macam kosong. Hidup aku memang dah kosong tapi tak tahu kenapa aku jadi makin kosong kalau sendirian."

Tae Hyung menutup mulut bagi mengelakkan tangisannya didengari.

"Aku tak kisah Tae kalau kau jadi banduan. Aku tahu aku pentingkan diri tapi tu lebih baik dari aku kena hilang kau selamanya."

"Tae, dengar. Aku sanggup tunggu kau, sanggup kawan dengan kau walaupun lepas ni kau jadi banduan. Aku takkan putuskan persahabatan kita hanya kerana status sebab waktu semua orang tak nak kawan dengan aku atas alasan aku anak penagih dan pelacur, kau sorang je yang sanggup terima aku. Kau kutip aku, terima aku padahal tak ada yang nak kan aku."

Tae Hyung berasa sangat lega mendengar ucapan itu. Air matanya mengalir laju. Kalau orang itu ada didepannya sudah lama tubuh orang itu dipeluknya. Rindunya sudah tidak tertahan lagi.

"Tae Hyung, kalau kau nak tahu aku betul-betul rindu nak jumpa kau, kawan. Kita kawan sampai mati. Ingat Tae, ingat ayat aku."

"N-namjoon hyung..." Suara Tae Hyung tersekat-sekat menyebut nama itu. Akhirnya dia mampu bersuara jua.

"Tae Hyung, aku dah agak tu kau. Aku kenal sahabat aku."

"Maafkan aku hyung. Aku takut sangat-sangat. Aku ingat kau dah tak nak terima aku.

"Kau gila ke Tae, aku tak sejahat tu. Aku tahu siapa kau. Kau bukan pembunuh. Kau cuma tersilap. Kau baik. Semua ini berlaku kerana takdir."

"Terima kasih."

"Kau jangan risau. Aku tahu kau dah ditangkap tapi aku tetap akan ada dengan kau. Aku janji akan ada dengan kau semasa di mahkamah nanti. Aku janji akan lawat kau di penjara setiap hari dan aku janji akan tunggu kau sampai hari kau dibebaskan. Aku janji akan jaga adik kau sampai bila-bila. Aku janji kau takkan sorang-sorang. Aku janji."

"Terima kasih hyung."

"Ya. Bye. Jaga diri."

Tae Hyung menangis dengan hati yang penuh kesyukuran. Sekarang dia tidak perlu takut lagi kerana dia memiliki Namjoon dan juga kawan-kawannya yang lain.

Ya, memang dia tidak mendapat kebebasan tapi hatinya tetap berasa bebas. Bebas kerana dia menyedari masih ada insan yang menanti dan menyayangi dirinya.

"Jadi boleh kita sambung?"

"Ya tuan." Jawab Tae Hyung dengan senyuman.

TRAP IN THE MV (BTS) [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang