Aku masih berbaring di atas katil. Dada ku masih pedih tapi aku terasa lega kerana sakitnya sudah tidak seteruk sebelum ini.
Mereka semua berkumpul kembali di rumah Namjoon termasuklah Jin. Dia juga sudah pulang. Dari dalam bilik aku terdengar perbualan mereka. Aku bangkit dari katil dan terus menuju ke ruang tamu.
"Eh Salwa, kenapa keluar? Awak kan sakit. Pergi rehat balik." Jhope berlari ke arah aku dan meminta aku kembali ke bilik tapi aku tidak mahu.
"Kalau macam tu duduk sini. Jung Kook bagi tempat kat Salwa." Ujar Jin. Jung kook terus bangun dan mengambil kerusi lain untuk dirinya.
"Tak ada apa-apa perkembangan lagi ke?"
Suga hanya menggeleng.
"Tak apa korang. Aku yakin Tae Hyung mesti masih ada di sekitar sini. Budak tu mana ada pasport dengan duit kalau nak lari ke luar negara." Jimin cuba menenangkan hati semua.
"Tapi Jung Kook bimbanglah. Dia tengah tak rasional sekarang. Macam-macam boleh jadi."
"Tu lah pasal. Saya harap kita sempat jumpa dia. Saya tak kisah pasal diri saya tapi saya tak boleh kalau tengok hidup dia hancur macam tu saja."
"Maksud kau?" Suga berasa pelik mendengar kata-kata aku.
"Er..aaa sebab sekarang Tae Hyung kan dah jadi kawan saya. Mestilah dia penting bagi saya. Bagi korang pun sama kan?"
Mereka mengangguk.
"Manalah budak gila tu... Tolonglah jangan buat orang risau macam ni haish.." Namjoon mengeluh berat.
"Tak apa Joon, aku yakin kita pasti jumpa dia." Jin menepuk bahu Namjoon yang dari tadi kelihatan teramat resah.
Kring kring.
"Helo? Siapa ni?" Jhope menjawab panggilan telefonnya.
"Oh ok.. Terima kasih nanti saya ke sana." Jhope mengakhiri panggilannya.
''Ada orang jumpa Tae Hyung ke? Aku dah tampal semua poster dia kat bangunan, hyung." Tanya Jimin.
"Tak, bukan. Ni pasal telefon Salwa. Salwa, telefon awak jatuh masa kemalangan kelmarin dan ada dengan mak cik yang tolong awak. Dia suruh datang ambil."
"Oh, saya tak perasan langsung. Kat mana mak cik tu tinggal?"
"Dia suruh ambil di restoran dia. Jin hyung boleh hantarkan aku ke sana? Kesian pula kalau nak biar Salwa ambil sendiri."
"Boleh. Lagipun aku boleh belikan makanan sekali untuk korang."Jin membalas dengan senyuman.
"Terima kasih korang."
Mereka berdua pun berlalu ke restoran milik mak cik yang telah membantu aku kelmarin.
Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat ada seorang samseng sedang cuba memukul mak cik itu.
"Jin hyung, mak cik tu!"
"Jom! Kita tolong dia!"
Mereka berlari masuk ke dalam restoran. Samseng tersebut terkejut dan ingin menyerang mereka berdua. Mujurlah Jhope tahu serba-sedikit seni mempertahankan diri. Dapatlah dia melawan samseng tersebut.
"Tak guna!!" Jerit samseng tersebut sambil cuba menikam Jhope. Jhope menahan dengan tangannya.
Jin yang terkejut terus membantu Jhope dengan membelasah samseng tersebut. Beberapa orang pejalan kaki ternampak dan cuba membantu sehingga samseng itu berasa takut dan melarikan diri dari situ.
"Tangan kamu. .. Berdarah.." Mak cik tersebut terkejut melihat titisan darah yang mengalir dari tangan Jhope.
Akhirnya mak cik itu membantu merawat luka Jhope. Luka pada tangannya dicuci dan dibalut sendiri oleh mak cik itu.
"Maafkan mak cik. Ini semua salah mak cik."
"Tak apa makcik. Tadi tu siapa?" Soal Jhope.
"Mak cik pun tak kenal. Dia nak merompak agaknya. Pekerja mak cik dah balik semua. Hari ni mak cik ada hal jadi terpaksa tutup awal."
"Oh, zaman sekarang memang ramai orang jahat. Kena selalu hati-hati.erm.. Maaf tanya, telefon kawan saya ada dengan mak cik kan?"
Mak cik itu mengangguk lalu menyerahkan telefon Salwa kepada Jin.
"Terima kasih mak cik. Kami beredar dulu." Jhope menunduk tanda hormat dan diikuti oleh Jin yang berdiri di belakang.
"Hati-hati Nak..."
Jhope terhenti. Entah kenapa ada getar dalam hatinya saat perempuan itu menyebutnya sebagai 'nak'. Barangkali dia sangat merindui ibunya tapi adakah wajar dia merasakan itu sedangkan dia telah dibuang oleh ibunya.
"Kenapa Jhope?" Tanya Jin apabila melihat Jhope pegun di depan pintu.
"Tak ada apa-apa, jom balik."
Sepanjang perjalanan kembali ke rumah Namjoon, Jhope hanya mendiamkan diri. Dia mengelamun memikirkan keberadaan ibunya. Dia sebenarnya sangat merindui ibunya walaupun Jhope sudah luoa wajah ibunya.
"Hyung, berhenti di stesen minyak boleh? Aku nak guna tandas dekat situ."
Jin mengangguk lalu menghentikan kereta di stesen minyak berhampiran.
"Lima minit je tau!"
"Ok hehe."
Jin dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Jhope. Barangkali Jhope sakit. Jhope berada di tandas agak lama. Akibat kebosanan, Jin mengeluarkan telefon Salwa dari poketnya lalu main dengan telefon Salwa.
"Bosannyalah. Agaknya Salwa suka dengar lagu apa ya?"
Jin membuka bahagian galeri. Lalu mencari muzik video yang di simpan oleh Salwa.
"I need You? Macam menarik."
Jin terus memainkan video tersebut.
Beberapa minit kemudian, Jhope balik ke kereta semula.
"Jin hyung, dah selesai. Jom gerak." Ujar Jhope setelah melabuhkan punggungnya di atas kusyen kereta.
Tiada respon dari Jin. Jhope menoleh ke arah Jin. Jin kelihatan pucat dengan tangannya masih memegang telefon.
"Hyung... Jin hyung... HYUNG!!"
"Aa? Apa?" Jin nampak blur.
"Jomlah gerak. Tengok apa hah sampai terbeliak biji mata? Telefon Salwa kan? Tengok sikit." Jhope mendekatkan kepalanya.
Jin yang terkejut terus menolak kepala Jhope dengan kuat. Jhope terkedu.
"M-m-maaf, hyung tak sengaja. Tak elok tengok telefon orang tanpa kebenaran. Hyung tengok jam je tadi." Jin tergagap-gagap.
Dia nampak gugup. Seolah-olah baru melihat sesuatu yang besar dan berat.
Jhope merasa aneh melihat perubahan wajah Jin walaupun setelah mereka berlalu keluar dari kawasan tersebut, riak wajah Jin tetap menunjukkan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan.
---------------------------
Yeayy mv euphoria dah keluar. Lawa gila kot. Tema fanfic saya sama dengan tema mv euphoria. Kedua-duanya nak selamatkan bts. Masa saya tengok mv tu saya speechless sebab ia seolah-olah saya tengok ending untuk fanfic ni. Saya kan buat fanfic ni sebelum euphoria muncul.
Masa layan mv tu Saya rasa macam agaknya inilah perasaan Salwa bila tengok misi dia untuk lindungi bts berakhir. Bts dalam dunia mv dah bahagia sekarang ... Paling penting saya dapat idea macam mana nak teruskan fanfic ni uyeahhhh😍😍😍😍

ANDA SEDANG MEMBACA
TRAP IN THE MV (BTS) [C]
FanfictionKisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut. Dapatkah gadis itu menyelesaikannya? Bagaim...