Kisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut.
Dapatkah gadis itu menyelesaikannya?
Bagaim...
Pihak polis mula melakukan pencarian untuk menjejaki lelaki yang telah membunuh ayahnya sendiri. Motif pembunuhan ialah dendam. Jika disabitkan kesalahan suspek akan dikenakan hukuman gantung.
Suga menutup siaran televisyen secara tiba-tiba.
"Tengok apa berita macam ni. Baik kita pergi cari Tae Hyung. Tu lagi penting."
Kami semua yang duduk berkumpul di dalam rumah milik Namjoon mengangguk dan mula mengatur langkah untuk mencari Tae Hyung.
"Hyung, kalau kita jumpa dia dulu kita nak buat apa?" Soal Jimin.
"Aku pun tak tahu tapi itu lebih baik dari polis yang jumpa dia dulu."
Mereka semua mengakui kebenaran dari penyataan Suga.
"Korang nak sembunyikan dia ke?" Aku takut untuk bertanyakan soalan seperti itu tapi aku mahu tahu.
"Tak payah fikir lagi. Jom kita cari dulu." Pintas Namjoon.
"Tae Hyung, Salwa kau dengan aku. Jung Kook dengan Suga. Jimin kau ikut Jhope. Kalau ada khabar apa-apa cepat hubungi ya?" Arah Namjoon.
Mereka mengangguk dan segera keluar mencari Tae Hyung.
"Jin oppa tak balik lagi ke korang?" Soal aku kepada Jung Kook yang sedang memakai kasut dan Namjoon pula mengunci pintu.
"Esok baliklah. Dia terkejut juga lepas dapat tahu pasal ni." Jawab Jung Kook.
"Oh kalau ada dia boleh pinjam kereta."
"Aku ada motor, cuma kita bertiga kan. Jadi susah."
"Aku pula ada,basikal je Salwa.'' Tambah Jung Kook.
"Eh ye ke? Eloklah. Korang berdua naik motor, saya naik basikal." Aku memberi cadangan.
"Eh, bahaya. Kau tak kenal sepenuhnya lagi tempat ni."
"Ala Namjoon oppa. Telefon kan ada. Kalau sesat saya hubungilah korang. Boleh tak oppa? Jung Kook boleh tak?"
Setelah puas memujuk, mereka pun bersetuju. Aku bergerak dahulu bersama Jung Kook ke rumahnya. Selepas aku mengambil basikal, Namjoon tiba dengan motornya dan menjemput Jung Kook.
"Hati-hati." Laung Namjoon di atas motor. Jung Kook dibelakang melambai ke arah aku.
"Nak cari kat mana dulu ya." Aku mula mengayuh basikal putih milik Jung Kook.
Hampir setengah jam juga aku meronda-ronda di kawasan terdekat tapi tiada kelibat Tae Hyung ditemui.
"Dahaganya."
Ketika aku ingin melintas jalan untuk ke kedai 7Eleven, aku ternampak Tae Hyung sedang berdiri bersama seorang perempuan bertopi. Aku betul-betul terkejut melihatnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Aku kena telefon mereka cepat."
Tanganku mula mencari nama Namjoon di dalam contact list tapi tiba-tiba...
"Aarkhhhhh." Aku memegang jantung ku sambil menjerit. Tiba-tiba jantung ku terasa pedih yang amat.
Aku cuba bergerak tapi sakitnya terlalu mencucuk-cucuk. Badan juga mula menggigil dan air mata mengalir dari tubir.
Aku cuba menjerit memangil Tae Hyung yang sudah mula berjalan pergi tapi sakit ini menghalang ku. Telefon yang ku pegang terlepas dari tangan.
Aku hilang keseimbangan dan jatuh bersama basikal. Aku tak dapat nak berdiri padahal lori makin menghampiri ku. Aku tak mampu. Sakit sungguh.
"Nak, kamu sakit ke nak?. Cepat letak tangan atas bahu mak cik biar mak cik papah kamu." Ujar seorang mak cik yang kebetulan hendak menyeberang jalan.
"Basi-basikal s-saya..aarkhh sakit."
Nasib baiklah pemandu lori itu berhenti dan membantu mengalihkan basikal ku kalau tak pasti sudah remuk.
"Kita kena bawa dia pergi hospital." ujar mak cik kepada orang yang tiba-tiba turut sama melihat aku.
"Dia kawan saya. Biar saya bawa dia ke hospital." Tiba-tiba sahaja Jhope muncul dan mendukung aku di belakangnya lalu merebahkan aku ke dalam teksinya.
"Kenapa hyung?" Jimin agak terkejut.
"Tak tahu. Pak cik, bawa kami bertiga ke hospital terdekat."
Akhirnya aku dibawa ke hospital. Menurut doktor mereka tidak dapat mengenalpasti punca penyakit aku.
Wajarlah kerana aku bukan dari dunia ini. Jhope dan Jimin terpaksa menghantar aku pulang dahulu. Aku sendiri masih belum larat untuk bergerak.
"Kami pergi dulu. Rehat elok-elok."
"Korang, masa saya sakit tadi. Saya ternampak Tae Hyung oppa."
"Kat mana?" Soal Jimin.
"7 Eleven."
"Maknanya dia masih ada di sekitar sini. Salwa rehat dulu. Apa-apa pun nanti kami hubungi." Suruh Jhope.
Mereka berlalu meninggalkan aku.
Tadi aku mendapat serangan seperti sakit jantung. Itu adalah yang pertama kali sejak aku berada di sini. Ada sesuatukah yang berlaku pada tubuh ku di dunia sebenar? Atau ini penanda satu watak dalam dunia mv akan mengalami kehancuran? Aku sendiri tidak mengerti.