Beep beep
"Doktor! Doktor!" Laungan seorang wanita bergema di luar bilik wad di hospital. Kelihatan seorang doktor yang ditemani seorang jururawat bergerak masuk ke dalam wad bernombor B-14.
"Tolong, doktor. Anak saya."
"Puan tunggu di luar dahulu. Saya nak periksa dia."
Wanita tersebut yang bersama anak perempuannya bergerak keluar dari bilik tersebut.
Doktor terus memeriksa nadi pesakit tapi peliknya nadi pesakit itu masih bergerak padahal mesin yang menjadi punca dirinya masih bernafas telah pun berhenti dan mengeluarkan hanya garis panjang tanpa henti.
"Doktor?"
"Saya tak tahu kenapa dia masih bernafas."
Badan pesakit itu tiba-tiba bergerak dan matanya terbuka perlahan-lahan.
"Doktor, dia dah sedar!!"
"Awak, dengar tak suara saya?." kata doktor kepada pesakit itu yang mula sedarkan diri sepenuhnya.
"S-siapa encik?"
"Saya doktor yang merawat awak. Kita dekat hospital. Awak macam mana? Ada rasa sakit? Ada rasa sesak nafas tak?"
"Hospital? Saya sakit ke?"
Pesakit itu adalah aku, Salwa. Aku benar-benar terkejut apabila diri ku kini berada di atas katil hospital. Kepala ku berbalut. Wayar berselirat di tubuh ku. Bagaimana aku boleh berada di sini? Apa yang terjadi?
"Ya, awak koma selama tiga bulan. Tak apalah. Awak baru sedar jadi saya nak awak berehat dulu. Nanti kami akan buat pemeriksaan susulan." Kata doktor tersebut sebelum meninggalkan aku yang terpinga-pinga.
"Salwa." Tiba-tiba ibu dan adik perempuan ku meluru masuk ke dalam wad dan terus memelukku dengan linangan air mata. Aku benar-benar keliru. Kenapa mereka menangis?
"Ya Allah. Alhamdulillah. Ibu ingat Salwa takkan sedarkan diri. Ibu takut sangat hilang Salwa." Kata ibu ku dengan mata yang berair.
"Kaklong, adik rindu kaklong." adik ku Salina juga ikut menangis.
"Ibu, adik, apa jadi? Kenapa Salwa sampai koma?"
"Malam tu ibu dan adik keluar rumah dan tinggal Salwa seorang diri dan ada orang nampak Salwa jatuh dari jendela di tingkat atas."
Aku jadi teringat kembali kali terakhir sebelum aku dikatakan jatuh. Aku dengar jendela bilik ku diketuk padahal tiada orang yang mampu mengetuk jendela bilik ku yang berada di tingkat atas.
Dan video.. Ya video I Need You. Aku ingat balik aku terperangkap dalam video itu. Kali terakhir sebelum aku sedarkan diri dari koma, aku teman Jin ke kedai bunga. Ya, aku teman dia tadi tapi kenapa aku di sini?
"Ibu? Betul ke orang koma bu?"
"Betul Salwa. Tiga bulan, nak. Doktor kata peluang untuk Salwa sembuh sangat tipis. Hidup Salwa bergantung pada mesin. Ibu tak sanggup izinkan doktor cabut mesin tu tapi Alhamdulillah ibu bersyukur sebab pilihan ibu untuk sanggup tunggu adalah pilihan yang tepat."
"Ya kaklong. Doktor cakap tiada kerosakan yang teruk pada badan kaklong tapi doktor tak faham kenapa kaklong hanya bernafas tanpa sedarkan diri. Kes kaklong sangat pelik tapi kami tak sangka kaklong tetap selamat."
Kata-kata adik ku membuat aku tambah bingung. Aku rasa macam semua yang aku alami bersama mereka bertujuh adalah mimpi semasa koma ku tapi kata-kata adik tentang keanehan penyakit ku membuat aku terfikir aku bukan bermimpi sebaliknya terperangkap di dunia lain. Aku harap akan ada orang yang memberi penjelasan kepada aku kerana saat ini aku berasa sangat bingung.
Skip
"Kenapa termenung ni?" Soal ibu ku.
Aku hanya tersenyum di atas kerusi roda. Aku kini berada di taman hospital. Cantik sunguh taman bunga di sini. Bunga lili berwarna putih yang berada di hadapan ku mengingatkan aku pada seseorang.
"Dah banyak hari Salwa asyik termenung. Ada benda ke yang Salwa fikirkan. Ceritakanlah pada ibu."
"Ibu."
"Ya?"
"Wujud tak dunia lain selain dunia ni?"
Ibu ku termenung seketika sebelum menjawab.
"Wujud nak. Ada dua dunia lain selain dunia kita."
"Dunia apa bu?" Aku dipenuhi rasa ingin tahu.
"Satu dunia akhirat dan satu lagi dunia jin makhlus halus."
Aku hanya mengangguk, kecewa kerana bukan itu sebenarnyq yang aku dengar ingin dari ibu.
"Kenapa lagi ni?"
"Salwa mimpi tapi rasa macam nyata. Salwa tak pasti sama ada tu sebenarnya mimpi atau tak."
"Salwa, doktor cakap memang kesan ubat akan buat Salwa keliru. Semua tu mimpi, nak. Jangan difikirkan lagi ok?" Ibu menepuk bahu ku lembut.
"Ya. Ibu, kenapa sepanjang Salwa di hospital ayah tak pernah datang jenguk Salwa?"
Soalan ku itu membuat reaksi wajah ibu ku berubah. Lama dia berdiam sebelum mula menjawab soalan ku dan jawapan itu seakan-akan menjelaskan alasan yang tepat kenapa aku dihantar ke dunia itu. Walaupun aku belum dapat memastikan itu mimpi atau bukan.
..
.
.
Ayah ku merupakan seorang doktor yang hebat. Akibat kecuaian salah seorang doktor bedah yang lain, seorang pesakit telah terbunuh. Doktor itu melakukan sesuatu rancangan jahat sehinggakan ayah ku pula yang dituduh.
Akibatnya, ayah dipenjara. Aku tidak dapat menerima hakikat itu dan keadaan mula menjadi teruk apabila aku dan adik dibuli di sekolah. Hanya kerana kami anak banduan dan pembunuh.
Aku mula membenci ayah ku sendiri dan mempersalahkannya. Aku tidak mahu memahami perasaan ayah ku sendiri sama macam mana orang luar tidak mahu memahami perasaan Tae Hyung saat dituduh.
Aku mula memberontak dan pada masa yang sama mengalami tekanan perasaan seperti Jhope dan Jimin. Aku juga senyap-senyap berkawan dengan rakan yang jahat kerana aku tiada pilihan. Aku sangat kesepian.
Aku hampir menggunakan pil ectasy untuk tenangkan diri tapi sempat dicegah oleh ibu ku. Aku sempat diselamatkan tidak seperti Jimin yang tidak dapat menahan diri dari dadah.
Hidup ku tidak ubah seperti hidup Namjoon yang terseksa kerana masalah orang tua. Aku juga turut merasa nasib ku, diri ku seperti pembawa malang sama seperti yang dirasakan oleh Jung Kook.
Kebencian pada diri dan juga ayah ku menyebabkan aku memilih untuk menamatkan kehidupan ku dengan membunuh diri seperti Suga. Buktinya ada kesan kelar di lengan ku.
Walaubagaimanapun jauh di sudut hati aku tetap ada keinginan untuk kembali ceria seperti dulu. Aku rindukan diri aku yang dulu sama seperti Jin rindukan semangatnya.
Kenapa mv bts yang dipilih untuk ku? Mungkin kerana setiap kali aku melihat mv itu aku merasa seperti melihat penderitaan sendiri. Seorang remaja yang sedang mencari identiti diri tapi terperangkap di tengah jalan angkara gelora dalam kehidupan.
"Tapi, betul ke semua itu cuma mimpi?"
Aku menyentuh dada ku. Kenapa semua itu seolah nyata? Perasaan disayangi, perasaan merindui, perasaaan lega sewaktu bersama mereka masih terasa hangat di hati ku. Kenapa?
Kerana tiada siapa yang mampu memberikan jawapan kepada ku, maka aku tinggalkan semua ini dengan satu kepercayaan bahawa semua itu bukanlah mimpi.
Biarlah hanya tuhan yang mengetahui sama ada semua itu realiti atau pun hanya mimpi.
YOU ARE READING
TRAP IN THE MV (BTS) [C]
Hayran KurguKisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut. Dapatkah gadis itu menyelesaikannya? Bagaim...