''Errghhh..aarrkkk.."
"Salwa, bangun Salwa. Salwa."
Aku terjaga dari mimpi apabila terdengar suara seseorang memanggil ku. Bila aku membuka mata, ternyata ada Jin di sebelah ku.
"Maaf, oppa masuk bilik Salwa. Oppa terdengar suara Salwa meracau kuat sangat jadi oppa terus ke sini." Jelas Jin yang kini duduk di sebelah ku.
"Oh saya meracau ke? Tak apalah. Oppa pergilah masuk tidur balik. Saya ok. Maaf susahkan oppa." Aku senyum nipis.
Ketika Jin hendak keluar dari bilik ku, kami terdengar bunyi loceng rumah ditekan. Aku pun terus menemani Jin membuka pintu memandangkan aku sudah tidak mengantuk lagi.
"Jung Kook?"
"Boleh aku masuk, hyung?"
Jin mengangguk. Jung Kook datang ke rumah Jin tanpa membawa payung. Hal itu menyebabkan bajunya basah lencun.
"Duduklah oppa."
"Ya, Kook. Duduklah dulu. Biar hyung ambilkan baju ganti."
Setelah Jung Kook selesai mengganti baju, kami bertiga melepak bersama di ruang tamu.
"Ada apa kau ke sini, Jung Kook?."
"Saja je, hyung. Aku tak boleh tidur. Asyik mimpi ngeri. Tadi pun dah mimpi macam-macam. Hyung-hyung yang lain macam tak free jadi aku datang la sini. Boleh jenguk Salwa sekali. Salwa, awak dah dapat maklumat pasal siapa awak sebenarnya?."
"Kejap Jung Kook, tadi awak cakap awak ada mimpi ngeri? Mimpi yang macam mana tu?" Soal ku dengan rasa ingin tahu.
"Tadi saya termimpi pasal kebakaran."
Aku terkejut, spontan aku mengemukakan sesuatu pertanyaan.
"Piano terbakar?"
"Macam mana--"
"Lepas tu ada bunyi orang bersiul?"
Jung Kook terkejut. Sah, kami mimpi benda yang sama. Aku yakin mimpi ini bukan mimpi biasa melainkan petunjuk bahawa sesuatu akan terjadi kepada salah satu watak dalam mv.
"Kenapa mimpi kita sama?"
Tanpa menjawab pertanyaan Jung Kook, aku terus bercakap dengan Jin.
"Oppa, saya rasa tak sedap hati."
"Kita ke rumah Yoongi sekarang." Jin bangun dari sofa lalu bergegas ke dalam biliknya untuk mengambil kunci kereta.
Aku yakin pasti Jin merasa mimpi tersebut ada kaitannya dengan Suga. Ini kerana Jin juga pernah menonton mv I Need You dalam telefon ku. Hanya watak Suga dan Jung Kook yang saling berhubungan dalam mv tersebut. Makanya pasti mimpi tersebut adalah petunjuk tentang Suga
"Kenapa kita kena pergi rumah dia? Untuk apa?" Tanya Jung Kook. Dia mula keliru.
"Nanti kami terangkan balik. Cuma sekarang Suga oppa mungkin dalam bahaya."
Jin datang ke arah kami dan segera mengarahkan kami berdua bergerak ke kereta.
"Aku tak nak ikut, hyung. Aku tak nak jumpa dia lagi." Ujar Jung Kook secara tiba-tiba.
"Kenapa?" Soal ku
"Saya tak nak jumpa dia. Tu je."
Jin memegang kedua-dua belah bahu Jung Kook dan memandangnya dalam-dalam.
"Jung Kook, dengar. Kau mungkin takkan percaya apa yang hyung nak cakap ni tapi.. Suga, kawan baik kau, kawan baik hyung..dia sekarang nak 'berjumpa' dengan arwah kakak kau. Kalau kau nak biarkan dia buat apa yang dia tengah buat sekarang, ikut suka kaulah tapi hyung takkan biarkan."

ANDA SEDANG MEMBACA
TRAP IN THE MV (BTS) [C]
FanfictionKisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut. Dapatkah gadis itu menyelesaikannya? Bagaim...