Kini sudah masuk tahun baru. Aku meneruskan kehidupan ku seperti biasa. Walaupun sering dihina dan dikutuk, aku tetap berjaya menghadapinya. Terima kasih kepada mereka bertujuh walaupun mereka mungkin hanyalah mimpi aku.
Di sini aku hanya mempunyai ahli keluarga ku tapi aku tetap bersyukur kerana kasih sayang mereka membuatkan aku bahagia. Cuma terkadang aku rindu ingin mempunyai sahabat-sahabat sejati seperti mereka. Sangat susah untuk mempunyai kawan dengan status ku yang begini.
"Weh, bts dah keluarkan video baru weh. Euphoria. Gilalah. Aku rasa tak sabar nak tengok teori Armys selepas tengok video ni."
Aku dengar budak kelas aku sibuk bersembang tentang music video terbaru Bts. Sudah sekian lama mereka tak keluarkan lagu. Aku teruja ingin melihat kemunculan semula mereka.
Skip
Aku berbaring di dalam bilik. Jam telah pun menunjukkan pukul 12 malam. Aku menunggu sehingga video Euphoria siap di muat turun. Akhirnya selepas beberapa minit, video itu berjaya dimuat turun.
"Ok. Jom kita layan." Aku menekan butang mula.
(Layan mv ni dulu untuk lebih merasai)
"Ya Allah..."
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat isi video itu. Ia merupakan video sambungan kepada mv I Need You. Setelah setahun berlalu, video ini tiba-tiba muncul dan membuat perasaan ku bercampur aduk.
Di permulaan video tersebut, ditayangkan kembali semua konflik yang berlaku ke atas hidup mereka bertujuh.
Jung Kook yang tertekan dan dibelasah oleh penjahat. Jimin yang menyeksa diri di tab mandi. Suga yang membakar diri. Tae Hyung yang membunuh orang. Jhope yang kesakitan. Namjoon yang bencikan diri dan Jin yang selalu bersama bunga putih. Semua itu adalah imbasan dari Mv I Need You.
Seterusnya video itu menayangkan setiap babak bagaimana mereka bertujuh menyelesaikan konflik yang menimpa diri masing-masing.
Dimulai dengan Jung Kook yang menarik Suga turun dari katil semasa dia cuba membakar diri sendiri. Jimin yang cuba menghentikan Jhope dari meninggalkannya semasa mereka berada di pusat rawatan.
Jin yang datang menemui Jung Kook untuk menasihatinya. Jhope yang menghentikan Tae Hyung dari membunuh adiknya kerana halusinasi dan berakhir dengan Jin yang menutup pintu seolah-olah menutup pintu hatinya dari terus terluka.
"Macam mana? Ini semua benda yang terjadi dalam mimpi aku? Macam mana boleh sama padahal semua tu cuma aku sorang yang nampak dalam mimpi. Apa semua ni? Takkanlah.."
Aku menekan semula butang play kerana aku terpause tanpa sengaja akibat terlalu terkejut.
Aku lihat mereka berlari keluar dari satu tempat dengan wajah yang sangat ceria.
YOU ARE READING
TRAP IN THE MV (BTS) [C]
FanfictionKisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut. Dapatkah gadis itu menyelesaikannya? Bagaim...