°°°
" lalalalalalalalalalala, HAPPINESS! " teriak jungkook disampingku. eii menyesal pulak ambik dia sebagai seat mate baru. tak reti nak duduk diam, macam bercacing jer punggung tu eii.
entah, sejak dapat duduk tepi aku ni, perangai dia makin menjadi- jadi. kadang dia bersandar di bahu aku, kadang dia menyanyi dekat telinga aku, kadang dia tenung yang macam nak tembus dah muka ni jadinya.
" awak boleh diam tak? apa yang cikgu ajar tadi langsung tak masuk otak saya kalau awak bising macam ni " aku menjeling jungkook yang sedang bersandar di kerusi nya.
" tak, aku tak akan diam selagi kau tak nak bagi kata putus. aku dan kau, balik bersama. hanya berdua " jungkook berkata lagi. aku mengetap bibir geram.
" awak tak faham ke? saya kata kan yang saya tak balik ikut jalan yang lama, saya dah tinggal dengan cik-- maksud saya, saya dah pindah ke rumah baru " yeo mi menggigit bawah bibirnya. nasib tak terlepas cakap.
" kalau macam tu, aku ikut kau balik rumahlah, biar boleh tengok rumah baru kau tu. kot cantik, mana tau aku boleh sewa sikit. bolehlah aku tengok muka kau hari- hari kan? " jungkook menjongketkan keningnya. eii ingat kacak sangat le tu.
" euu tak ingin saya tengok muka awak hari- hari. ni yang kat sekolah ni pun dah meluat nak tengok, macam mana pulak kalau hari- hari? nak muntah rasanya " yeo mi membuat lagak seperti hendak muntah, hena yang duduk dibelakang disamping jinyoung itu tertawa kecil melihat telatah dua ekor malaun ni. tak reti nak mengalah, asyik gaduh jer kerja.
" kenapa pulak nak muntah? muka aku ni kacak sangat ke sampai perut kau rasa senak? aww thank you, i terharu sangat " jungkook menggedik disamping aku. rambut aku yang panjang itu dia kipas- kipaskan diwajahnya. eii anak jeon ni, suka hati mak nenek je dia je nak touching anak dara orang.
" please jungkook, jangan nak perasan sangat. lagipun siapa jugak yang nak hadap wajah kacak awak yang err.. whateverlah, lebih baik saya tengok selipar jepun, cantik. ada macam colour lagi, setakat muka macam awak ni, eii saya tak hinginlah nak pandang " yeo mi memaling wajahnya ke samping, kedengaran jungkook mendengus kasar. marah letteu.
" yeo mi, kau tak faham, ada sesuatu yang aku nak sampaikan dekat kau, waktu tu aku nak kau dengar apa yang aku nak cakap ni dengan teliti, kau.. akan faham kenapa aku buat macam tu dekat kau dulu. min yeo mi aku.. " jungkook berbisik disampingku. aku memalingkan wajahku untuk menghadapnya.
" jungkook, apa yang awak buat dekat saya dulu tu, saya tak akan lupakan. bila difikirkan, apa salah saya sampai awak buat macam tu ha? nak dijadikan cerita kita ni kawan rapat kan, tapi rapat sangat ke sampai awak boleh terfikir nak curi essay saya? " yeo mi mengetap bibir, rasa marahnya terhadap jungkook tiba- tiba membara.
" ya, aku tau. sebab tulah aku nak kau dengar apa yang aku cakap masa balik nanti, aku.. " jungkook menghela nafasnya berat.
" bila tengok keadaan kita macam ni, aku rasa ada baiknya aku diam dulu. kalau mood kau dah oke, kau boleh datang cari aku untuk dengar penjelasan dari aku. yeo mi aku.. " jungkook memegang lenganku.
" aku akan tunggu kau " ujarnya lembut. entah kenapa, ada sesuatu yang aku rasakan jungkook cuba sembunyikan dari aku, semuanya aku nampak melalui cara dia pandang aku, gerak geri dia. semuanya ada makna.
" GAIS! JAGUNG-- EH CIKGU DAH DATANG! " mingyu berlari seperti tidak cukup tanah je aku tengok dia masuk kelas. berdesup macam kena kejar zombie. eii
YOU ARE READING
[C] APHRODITE| 뵈 ✓
Фанфик[OLD TITLE: TEACHER'S LOVER] Sweet as sugar, Hard as ice, Hurt me once, I'll kiss you twice. He love me like aphrodite, the goddess of love. +Taehyung ft Yeo mi Beautiful cover by @cocokies ❤ Started : 12.11.2017, Sunday End; 28.02.2019, Thursday Hi...