pt.76📚

3.3K 259 7
                                    

***

6 months later..

Hari ini merupakan hari bersejarah bagi Hena dan Seokjin. Mereka dah nak langsungkan perkahwinan mereka, so aku selaku her close friend kenalah datang. Kalau tak datang, mahu ditibai lak oleh Hena. Dia tu banyak berjasa kat aku, dari sekolah menengah sampailah universiti.

Baby Taemi aku angkat dan betulkan pakaiannya, ya tuhan, budak ni awal pagi lagi comel semacam. Nak kena babap ke apa dia ni. Aku cium pipi Taemi geram buatkan gadis kecil tersebut ketawa. Refleks bibir aku menaik untuk mengukir senyuman. Taehyung mana Taehyung? Dia tu, abang yang nak kahwin, dia pulak sibuk mengalahkan pengantin.

"Sayang? Taemi dah ada?" Soal Taehyung, kot hitamnya dibetulnya sebelum pipi Taemi yang ada dalam gendongan aku dia cubit perlahan sebab geram. Aku hanya perhatikan Taehyung yang sedang manjakan Taemi.

"You look great" puji aku pada Taehyung, dia sengih kecil, sebelum Taemi diambil dari gendongan aku. Aku betulkan dress pendek paras lutut yang aku pakai sebelum mendongak memandang ke arahnya semula.

"Same goes to you" bisik Taehyung lalu tapak tangan aku diraihnya perlahan. Aku senyum kecil dan tundukkan wajah, nak betulkan rambut bangs aku yang sedikit kusut disebabkan Taemi yang suka kusutkan rambut.

"Seokjin oppa tak bagitau awak apa- apa ke?" Soal aku, ketika itu kami sudah berada diluar Hotel Naina sedang menunggu driver Taehyung. Lelaki itu kerutkan dahi, lengan aku ditarik supaya jarak aku dengan dia menjadi lebih rapat.

"Tak ada pulak, rasanyalah. Ehee biarlah tu, pandai-pandailah dia nak urus wedding dia, kita dah selesai kan?" Ucap Taehyung seraya senyum kotak, aku jongketkan kening lalu pandang Taemi yang hanya buat muka tak kesahnya itu.

"Manatau dia perlukan awak-"

"Saya lagi perlukan sayang dari dia- AWww" Taehyung merengek sakit bila aku pukul lengan dia sedikit kuat. Bibir Taehyung memuncung panjang lalu buat muka acah nak nangis.

"AAaa baby tengok mama ni! Tak naklah kawan mama, papa kawan baby Taemi je. Muah muah" Protes Taehyung lalu pipi baby Taemi dia kecup geram, aku gulingkan anak mata sebelum menarik Taehyung untuk masuk kedalam kereta.

***

"Saya, Kim Seokjin setuju untuk menerima dan mengambil Lee Hena untuk menjadi isteri saya dan setia menjaganya tak kira susah dan senang dan hidup sebagai suami yang bertanggungjawab." Kata Seokjin seraya memandang tepat ke anak mata Hena Lee yang sememangnya tengah nervous sampaikan bunga yang dia pegang ketara gegarannya.

"And you? Adakah anda setuju untuk menjadi isteri Kim Seokjin, menjaga dan berkongsi hidup tak kira susah dan senang?"

"Y- ya, saya Lee Hena setuju untuk me- menerima Kim Seokjin sebagai suami saya dan setia menjaganya tak kira susah dan senang hidup sebagai isteri yang be- bertanggungjawab" ucap Hena serta- merta buatkan Kim Seokjin senyum lebar. Hena tundukkan wajahnya yang dah mulai merah macam tomato.

"Now you two are officially husband and wife. You may kiss your bride"

Hena mengetap bibir, jantung dia rasa macam nak meletup je sekarang ni. Ni merupakan kali pertama dia dan Seokjin berada dalam keadaan yang sangat rapat. Maksud aku, kiss?!

[C] APHRODITE| 뵈 ✓Where stories live. Discover now