***
"Kau sure ke ni yang kau okey?"
Hena menepuk pinggang Yeo Mi yang masih berselubung dalam selimut. Wajah dia berkerut seribu, rasa macam nak marah je Yeo Mi ni, semalam pergi mana huh? Pukul 2 pagi baru balik. Nak kata dating, agak- agaklah jugak. Jungkook ni pun satu, ajak dating tak ingat jam.
Tak apa Jungkook, nanti kita settle luar. Bisik hati Hena, dia tarik selimut putih yang membaluti tubuh gadis itu. Tangannya menyentuh dahi Yeo Mi, panas!
"Ehh kau demam ni, nak aku bagitau cikgu tak?" Tanya Hena lalu bergerak ke luggagenya. Mencari- cari panadol yang dia bawa kemana saja. Nasiblah dia ada bawa kalau tak melarat- larat nanti sakit budak sorang ni. Air mineral diatas meja lampu dia capai sebelum selimut Yeo Mi dia tarik.
"Nah, minum ni" Hena menghulurkan air mineral dan panadol ke Yeo Mi. Gadis itu mengerutkan dahi sedikit dan membetulkan posisi duduknya. Yeo mi menyandarkan tubuhnya di papan katil. Rambutnya yang sedikit serabai tu dia betulkan.
Haih, mesti penangan ayat- ayat Taehyung semalam buat dia rasa sakit kepala kemudian demam! Huaaa. Melihatkan Yeo Mi yang tidak bersuara tu buatkan perasaan ingin tahu Hena makin membuak- buak. Nak je dia pelengkung kepala Yeo Mi semalam. Nasiblah dia bangun untuk ketandas dan perasan yang katil Yeo Mi kosong dan dia ada tinggalkan mesej.
Budak terbantut (YM)
+aku keluar jap
+jangan kunci pintuMemang kepala hotak Yeo Mi ni tak boleh dipakai langsunglah! Eiiii. Hena bercekak pinggang dan renung tajam wajah Yeo Mi yang sedang menahan sakit tu.
"Kau pergi mana hah semalam? Pukul 2 baru balik?" Soalnya tanpa berselindung lagi. Yeo Mi menghulurkan air mineral.
"Ambik angin ke-"
"Kepala hotak engkau ambik angin! Siapa yang pergi ambik angin tengah- tengah malam buta hah?! Eiiiiii aku report kat mak kau nanti baru tau" kata Hena, dia sambut huluran botol air mineral tu sebelum diletakkan diatas meja lampu. Yeo mi hanya tersengih kecil. Dia berbaring semula.
"Weh kau okey tak kalau aku tinggalkan kau sorang diri dalam ni? Kejap lagi aku nak turun, seminar pun dah nak start, aku cakap dekat cikgu ajelah yang kau sakit. K?" Kata Hena panjang lebar. Yeo mi hanya mengangguk lemah. Mata dia perlahan- layan mulai layu.
Hena mendengus lagi. Sebenarnya dia risau betul dengan budak ni, dahlah semalam makan sikit je, tu lepas balik dari campfire semalam, dia terus baring sampai malam. Heish. Hena mengatur langkah mencapai kasut nike- nya dan disarung di kaki.
"Aku keluar dulu" kata Hena sejurus selepas itu, bunyi pintu bilik ditutup jelas kedengaran. Yeo mi tidak merespon apa- apa, dia hanya mampu mengangguk dan tidur balik.
***
Lena Yeo mi terganggu bila dia rasakan yang tubuhnya dipeluk seseorang. Haih, mesti minah badan kebal tu yang sengaja nak mengacau ketenteraman awam gue.
"Jangan kacaulah Hena.." kata Yeo mi dan tolak sedikit badan dia. Pelukan tersebut terlerai. Yeo mi mengambil posisi baringnya semula dan memeluk bantal peluk.
"Hena?" Tegur satu suara yang amat tidak asing ditelinganya dan betul- betul boleh buatkan mata yeo mi terbeliak besar. Cepat- cepat saja Yeo mi duduk diatas katil dan pandang gerangan yang bersuara tadi dengan pandangan tak percaya.
YOU ARE READING
[C] APHRODITE| 뵈 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: TEACHER'S LOVER] Sweet as sugar, Hard as ice, Hurt me once, I'll kiss you twice. He love me like aphrodite, the goddess of love. +Taehyung ft Yeo mi Beautiful cover by @cocokies ❤ Started : 12.11.2017, Sunday End; 28.02.2019, Thursday Hi...