This part was inpired by Novel Suami Aku Ustaz.
***
"Hiyyahhh"Yeo mi menghempaskan tubuhnya diatas katil empuk bercadar putih tersebut. Duduk selama berjam- jam didalam bas buatkan seluruh anggota badan dia rasa sakit.
Yeo mi mengiring kesamping, matanya serta merta menjadi layu yang teramat bila terpandangkan balkoni bilik mereka. Ahhh pantai. Nak tengok sunset. Tapi yeo mi rasa malas sangat hari ni. Suara hilaian tawa hena dan yuju sudah tidak diperdulikan lagi. Mesti membawang aja mereka tu. Bazir air liur betul.
"Yeo mi woii, alahh takkan baru berapa jam dalam bas dah lemah? Surrender dah ke?" Tanya hena, dia rebahkan badan dia diatas katil bujang menempatkan yeo mi tadi. Tubuh gadis itu dipeluk. Nak kacau ahhh.
"Henaaaa janganlah kacauu" meleret- leret suara yeo mi bila hena mengetatkan lagi pelukan. Eeii yeo mi ni asal wangi betul dia ni? Rasa sayang nak lepaskan. Huawahahah. Yuju lepaskan rambut lurusnya, luggage bewarna purple miliknya dibuka. Disitu dia keluarkan hairband dan letakkan ke rambut dia. Emm rambut masuk matalah.
"Wehhh cikgu kata jam 6 petang ni kena turun, nak tengok sunset kan?" Soal yuju, sweater bewarna kuningnya dia tack- in masuk dalam seluar rip jeans-nya. Nampak macam bergaya sangat yuju harini. Hena menganggukkan kepalanya sedikit. Dia cuit pinggang yeo mi, nak bagi budak hingusan ni bangun. Nanti melarat, payah.
"Jangan kacaulah henaaa" yeo mi tepis tangan mocel hena dan mengiring ke samping. Dia peluk bantal empuk tu dengan seluruh badan dia. Mak aihh, ni yang tambah malas ni.
"Woii anak jemah! Bangunlah, kita pergi tengok sunset. Ayokk" punggung yeo mi ditampar tangan kebal. Hena berdiri, dia betulkan baju t-shirt hitam miliknya sebelum menggeliat kecil. Pabila tak merasakan sebarang reaksi dari yeo mi, kaki gadis itu dia tarik. "Woiii bangunlah! Alemak, pemalas tahap gaban betullah engkau ni yeo mi" marah hena, dia tarik kuat kaki yeo mi hingga badan gadis itu melorot jatuh ke atas lantai.
"Henaaa tak nak. Aku nak tido" yeo mi buat muka seposen. Baru saja dia mahu merangkak naik keatas katil, kaki dia ditarik lagi. Maka berperanglah kedua mak jemah didalam bilik hotel tu.
"Andwaeeeee"
***
Taehyung memandang lurus ke hadapan, dia masukkan kedua belah tangannya kedalam saku seluar. Bayu petang memang menenangkan, desis hatinya sendiri. Lelaki itu keluarkan satu bentuk cincin dari dalam poket seluarnya. Cincin belah rotan yang bertahtakan 3 biji berlian kecil. Taehyung senyum kecil.
Saya percayakan awak, sayang.
"Tae.."
Kim taehyung menoleh, figura kim jisoo yang sedang berdiri statik beberapa meter darinya di pandang tanpa perasaan. Jisoo tersenyum manis, dia bergerak, merapatkan jurang antara mereka dan berdiri di samping lelaki itu.
"Cantik, kan?" Katanya, merujuk kepada permandangan yang terhidang dihadapan mereka. Dia selitkan rambutnya yang berterbangan ditiup angin sepoi- sepoi ke tepi telinga.
"Emm.." taehyung menjawab dengan deheman saja. Dia masukkan semula cincin tadi kedalam saku seluarnya. Riak biasa di tayang ke jisoo. Gadis itu tersenyum lagi. Dia pandang ke hadapan.
"Terima kasih" ucapnya bila tak ada satu pun dari mereka bersuara. Taehyung tolehkan kepala ke jisoo.
"Untuk?"
YOU ARE READING
[C] APHRODITE| 뵈 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: TEACHER'S LOVER] Sweet as sugar, Hard as ice, Hurt me once, I'll kiss you twice. He love me like aphrodite, the goddess of love. +Taehyung ft Yeo mi Beautiful cover by @cocokies ❤ Started : 12.11.2017, Sunday End; 28.02.2019, Thursday Hi...