***
"Wehhh aku dah dapat keizinan untuk masuk dorm wehh!!!"
Aku yang baru hendak tidur atas meja tu terus duduk tegak balik bila Hena masuk- masuk je menjerit tepi telinga aku. Tak guna betul. Terus aku beri dia pandangan tajam bila Hena sengih macam kanak- kanak tak berdosa. Dia tepuk bahu aku kuat- kuat sampai aku mengadu sakit. Hena tangan besi!
"Wehh supportlah aku sikit! Kau tak happy ke kalau aku masuk asrama jugak? Kau patut happylah!" Katanya dan peluk aku erat- erat. Nak semput je aku jadinya. Huwaaa aku lagi rela kena peluk beruang dari kena peluk Hena yang boleh buat aku putus nyawa ni. Heish. Dia lepaskan pelukan lalu tersengih lebar, baru je aku nak membuka mulut, membalas dia, terus aku matikan niat bila ternampak Cikgu Taehyung yang sedang mengatur langkah masuk kedalam kelas. Ditangannya terdapat satu kotak kertas A4 berisi tajuk yang perlu diulang kaji.
"Berdiri semua" kata Mingyu lalu kami pun berdiri untuk memberi salam kepada Cikgu Taehyung. Dia anggukkan kepala sebelum meminta kami untuk duduk semula. Taehyung letakkan beg bimbit diatas meja dan kotak tadi. Dia lipat lengan baju kemejanya sampai ke siku.
"Saya akan edarkan tajuk- tajuk yang perlu diambil berat dalam sekeping kertas. Jadi em, Yeo mi, datang sini. Tolong saya edarkan kertas ni" panggilnya ketika aku baru berura- ura mahu meletak kepala diatas meja balik. Dengan terpaksanya aku berdiri jugak dan hampiri dia yang tengah sembunyikan senyum tu. Laju aku angkat kotak tu lalu edarkan kertas tu pada kengkawan. Bila aku pusing balik untuk letak kotak tu, Taehyung dah duduk atas kerusi.
"Dapat tidur ke semalam?"
"Tak payah kesah" balasku dan keluarkan kertas tu dari kotak untuk diri aku. Taehyung pandang pelajarnya yang mulai sibuk sebelum dia capai tangan aku, dahi aku berkerut pandang dia yang dah tersenyum kecil. Aku perasan yang dia letakkan sesuatu pada tapak tangan aku lalu renung anak mata aku sedalam- dalamnya.
"Cikgu yang ni, saya tak faham pasal ni" serentak dia lepaskan tangan aku dan aku pulak gelabah jalan balik dan duduk tempat aku semula. Jantung aku pulak jangan cakaplah, memang nak melompat keluar bila dia buat macam tu. Takut terkantoi punya pasallah aku menggigil. Eish, aku pandang tapak tangan aku dan dapati beberapa biji coklat cadbury kecil disitu. Laju aku mendongak untuk pandang Taehyung balik. Dia tengah dikerumuni pelajar untuk tanya pasal bab yang mereka tak tahu.
"Heh cadbury? Nak jugakk" Terus Hena sambar satu biji cadbury tu dan bukak bungkusan dia sebelum sumbatkan dalam mulut. Lepas tu muka dia memang tak boleh blah langsung. Dia buat muka macam tak makan untuk beberapa tahun, dasar Hena muka tembok.
Srett!
Aku pusing sebelah aku yang sememangnya kosong tu terisi pulak dengan kehadiran manusia yang tak diundang. Jungkook, dia buat muka tak ada perasaan seraya suakan aku kertas bio tu depan aku. Aku kerutkan dahi, dia peluk tubuh dia dan silangkan kaki lalu jongketkan kening.
"Terangkan aku bab ni, aku tak berapa faham" katanya dengan muka kerek. Mintak tolong pun sombong- sombong. Memang nak kena siku dia ni.
"Saya tak tahu-"
"Mustahil, Cikgu Taehyung tukan suami kau, takkan dia tak ajar kau banyak benda pasal bio ni? Takkan dia ajar buat anak je?" Perlinya sinis buatkan aku pukul kepala dia kuat- kuat hingga Jungkook merengek sakit. Haa kan dah kena cepuk dengan aku.
YOU ARE READING
[C] APHRODITE| 뵈 ✓
Fanfikce[OLD TITLE: TEACHER'S LOVER] Sweet as sugar, Hard as ice, Hurt me once, I'll kiss you twice. He love me like aphrodite, the goddess of love. +Taehyung ft Yeo mi Beautiful cover by @cocokies ❤ Started : 12.11.2017, Sunday End; 28.02.2019, Thursday Hi...