pt.48📚

3.4K 321 33
                                    

***

"Yeo mi, ambikkan aku tuala"

"Yeo mi, hulurkan aku air"

"Yeo mi, urutkan kaki aku"

"Yeo mi, kipaskan aku, panas"

"Yeo mi, pergi pungut bola"

"Yeo mi, aku nak bun kukus"

Yeo mi

Yeo mi

Yeo mi

Yeo mi

"Yeo mi kau nak pergi mana tu?"

"Nak bertapa kejap, tenangkan diri. Awak buat otak saya sakit tau tak?!" Marah aku pada Jungkook yang tengah duduk atas lantai. Berehat lepas berlatih 2- 4 kali. Aku pandang dia seraya bercekak pinggang, rasa nak sekeh je kepala dia bila dia asyik sebut nama aku sampai aku semput nak pandang dia ke atau pemain yang lain. Jungkook hanya pandang aku dengan riak kosong. Jeon tak guna! Baru je aku nak bukak mulut untuk marah dia balik. Hoshi dah tegur aku.

"Yeo mi, saya minta air awak sikit boleh tak?" Katanya, aku pandang botol air aku yang masih banyak isinya itu lalu pandang Hoshi balik. Rasa tak sampai hati pulak nak biarkan dia dahaga macam tu.

"Ohh ambiklah" kataku, dia senyum kecil lalu menapak menghampiri botol air aku. Aku pandang Jungkook balik, dia tengah pandang aku tajam. Dia letakkan kedua tangannya ke belakang, menahan dirinya dari terus berbaring dengan mata yang tak lepas memandang ke arah aku.

"Apa?"

"Elok pulak intonasi kau bila cakap dengan orang lain, dengan aku macam haram" perlinya buatkan gulingkan anak mata malas. Aku berpeluk tubuh dan balas pandang dengan dia. Eh jap, sekarang baru aku perasan sesuatu dengan nama Hoshi, macam sangat familiar di telinga aku. Aku pandang belakang tubuh Hoshi yang sedang elok meneguk air aku.

Wait.

Hoshi, hoshi, hoshi.

"Eh awak yang hantar surat untuk saya kan?" Tanya aku dan laju aku sambar lengan dia untuk tahan dia dari pergi. Lelaki itu berpaling, dia senyum kecil.

"Saya ingat awak tak perasan" katanya buatkan aku terlopong sebab terkejut yang teramat. Rasanya aku tercekik udara. Hoshi senyum lagi, rambut hitamnya dia raup kebelakang sebelum dekatkan diri dengan aku, aku pun terundur ke belakang sikit.

"Ya, sayalah Hoshi, lelaki yang sukakan awak tu" bisiknya sebelum jarak kami yang tadinya rapat terus terjauh sebab Jungkook dah berdiri diantara aku dengan Hoshi dengan wajah yang masam mencuka. Dia jeling Hoshi sebelum tarik tangan aku untuk segera pergi dari situ. Sebelum tu sempat lagi dia capai botol air aku.

Dia bawa aku ke sinki di belakang kantin lalu lepaskan tangan aku, kasar. Aku dengar dia mendengus kasar sebelum dia pandang aku dengan pandangan menikam.

"Boleh tak kau stop buat hati aku sakit? Aku cemburu tengok kau dekat dengan lelaki lain, aku tak suka please- lah jangan buat aku macam ni" kata Jungkook seraya meramas rambutnya kasar. Aku hanya pandang dia pelik. Baru saja aku mahu sentuh bahu dia, Jungkook dah tarik aku dan peluk aku erat. Buatkan perasaan bersalah mula menyelubungi hati aku.

[C] APHRODITE| 뵈 ✓Where stories live. Discover now