pt.24📚

3.7K 323 24
                                    

°°°

" tch! "

aku meniup jari telunjukku. ada luka kecil disana, kesan daripada kelam-kabut memasak. tengah syok potong bawang sambil dengar lagu bangtan tu, sedar- sedar je terhiris jari. eiii

" yeo mi? "

aku memusingkan tubuhku untuk menghadap cikgu taehyung yang entah sejak bila ada dekat belakang aku ni.

" ahh cikgu ni buat saya terkejut je, ada apa? " yeo mi mengacau nasi goreng yang masih berasap diatas kuali itu. luka dijarinya dia hiraukan seketika.

" saya ingat kamu balik lambat tadi, tulah saya kelam- kabut masuk dapur bila dengar kuali kelentang- kelentung. yeo mi rupanya " taehyung menghampiri peti sejuk, susu putih dia capai dan bawa ke meja makan. lelaki itu mencapai cawan dan menuang susu tersebut kedalam cawan.

" extra class english dibatalkan, cikgu namjoon ada emergency katanya. so, kami balik berjemaahlah " yeo mi menjawab. api dia matikan dan nasi goreng dia hidangkan diatas pinggan. satu untuk dia, satu untuk cikgu taehyung.

" tch.. " hampir saja terlepas kuali pan tersebut dari pegangan yeo mi kalau tidak disambut cikgu taehyung.

" kenapa ni yeo mi? " soalnya cemas, kuali tadi dia letakkan didalam sinki sebelum menghampiri yeo mi. jari yeo mi yang luka itu dia raih pelan.

" sejak bila kamu dapat luka ni? " cikgu taehyung membelek luka di jari manis yeo mi.

" ba-baru je shhh " yeo mi meringis pelan apabila cikgu taehyung meniup luka tersebut.

" luka macam ni tak boleh dibiarkan, nanti melarat macam mana? " ucapnya. wajahnya memaparkan riak risau. peti first aid yang terletak diatas almari kecil itu dia capai.

" kecik je-- "

" kecik tak kecik, kalau merebak, masuk kuman ke apa ke, bukan awak juga yang susah ke nanti? yeo mi ni kan " cikgu taehyung membalut jariku dengan plaster. entah, geram mungkin, lelaki itu menekan- nekan jariku.

" argh! cikgu! " aku memukul lengannya. dah sakit, dia tambah sakitkan lagi. eii ni yang benci ni

" lain kali jangan biarkan. dah siap " ucap taehyung. lelaki itu membelek jari manisku sebelum mengecupnya pelan.

" erk- i-itu untuk apa pulak? " soalku tidak faham.

" untuk luka awak tu cepat sembuh lah " ucapnya, aku tergelak kecil. apala cikgu ni, macam budak budak.

" jom kita makan, nanti sejuk pulak nasi goreng ni " ucapnya setelah meletakkan kotak first aid di tempatnya semula. lelaki itu mengambil tempat diatas kerusi.

aku mengambil tempat dihadapannya.

" sabtu esok awak tak ada apa- apa aktiviti kan? " soal cikgu taehyung sambil mengunyah nasi goreng kimchi. yeo mi menggeleng. dia juga turut menyuapkan nasi goreng kedalam mulut.

" baguslah. lepas makan ni, awak pack baju. kita tidur rumah ibu malam ni " ujarnya

yeo mi terdiam. ahh ibu. agaknya dah lama dia tak jumpa ibu mentuanya itu. eii minta- minta lah dia tak cop aku sebagai menantu lupa diri. iyalah, lepas habis je majlis resepsi aku dengan taehyung hari tu, langsung aku tak call dia, jenguk dia pun tak. bukan apa, aku cuma busy. em, rasa bersalah lah pulak.

[C] APHRODITE| 뵈 ✓Where stories live. Discover now