pt.45📚

3.9K 337 18
                                    

***

"Wehh suami kau panggil!"

Terus aku tekup mulut Hena yang dah macam bercakap guna mikrofon tu. Ya tuhan, kuat betul suara dia, nasiblah kat cafe tu hanya ada dua, tiga ketul manusia saja. Lantas aku cuit pinggang Hena yang mengekek- ngekek ketawakan aku dari tadi.

"Huish! Boleh control sikit tak suara tu? Macam mana kalau orang lain tahu? Tak naya ke aku nanti?" Kata Yeo mi, dia tepuk paha Hena bila gadis itu tidak menghentikan tawanya. Makin galak dia ketawa adalah. Aku tak tahulah apa yang lawak sangat kat mata minah sorang ni.

Yeo mi gulingkan anak mata, dia tolak kerusi perlahan dan tinggalkan Hena dan mendapatkan Taehyung yang sedia menanti di suatu ruang yang sedikit tersorok di cafe tersebut. Melebar senyuman lelaki itu bila lihat susuk tubuh Yeo mi mendekatinya.

"Ada apa panggil saya?" Tanya aku dan mata aku meliar tengok ke sekeliling tempat tu. Manalah tau ada pelajar yang curi- curi dengar. Ahhh classmate tak classmate, kalau curi- curi dengar juga, ada terbang jugak meja ni aku lempar. Suka betul jaga tepi kain orang.

"Saja, rindu kot." Jawabnya seraya senyum kotak. Dia tarik kerusi kosong disampingnya untuk aku duduk. Mahu tidak mahu aku hanya menuruti permintaannya saja dan labuhkan punggung disamping lelaki itu. Aku pandang dia macam budak kecil tengah pandang bapa. Haaa nampak tak kat situ yang betapa susahnya nak explain yang Taehyung lagi besar dari aku?

Taehyung senyum kecil, dan tongkat dagunya memandang aku dengan pandangan yang menggoda. Aku gigit bawah bibir. Rasa err.. terancam sikit.

"Demam dah kebah?" Soalnya. Aku angguk dan letakkan kedua belah tangan atas meja. Aku kuis meja tu dengan tangan sebab aku malu dengan tatapan Taehyung yang seakan mahu menelan aku hidup- hidup disana. Eiii, minta dijauhkan. Yeo mi angkat muka, automatik dia rasakan satu benda sejuk melekap didahi aku.

Jari Taehyung. Yeo mi terkebil- kebil dan pandang Taehyung dan jarinya yang melekap di dahi aku tu secara selang seli. Rasa dipermainkan pulak. Tahulah aku yang dia tu lebih besar dari aku! Heish!!

"Sayang ni comel sangatlah, rasa nak kiss-" giliran aku pulak meletakkan jari telunjuk pada bibirnya. Aku jegilkan mata, takut kalau ada classmate yang lalu lalang dan terdengar dia cakap macam tu. Kau ingat mereka tu tak reti membawang? Of course pandai!

"Cikgu! Jaga-jagalah sikit mulut tu, ma- macam mana kalau orang dengar?" Bisik aku dan jauhkan badan dari dia. Taehyung buat muka, dia larikan jari dia dari dahi aku capai gelas berisi milkshakenya dan sedut sikit.

"Biarlah orang tahu, saya lagi suka, dapat show off awak.. as my wife" gumamnya sedikit perlahan. Alahh merajuk ke apa? Aku mana reti nak pujuk- pujuk bagai ni. Yeo mi ketap bibir dan pandang wajah kelat Taehyung tu.

Alahaii bukan dia sendiri ke yang cakap kelmarin yang dia tak nak Hena hebohkan perkara ni pada siapa- siapa?

"Bukan awak tak bagi ke? Jangan hebohkan perkara ni kepada siapa- siapa, ya?" Kata Yeo mi mengajuk bicara lelaki itu seperti kelmarik. Taehyung mencebik, dia cubit pelan pipi gebu Yeo mi sebelum ketawa kecil.

"Maksudnya, saya tak nak mereka tahu perkara ni dari mulut orang lain tapi saya nak mereka tahu perkara ni dari mulut saya sendiri, as your beloved husband. Ada faham?" Tanya dan goyangkan kepalanya sedikit lagak macam tauke mamak. Aku tergelak lalu menunduk malu. Alahaii nilah masalah Taehyung ni. Terkena je ayat dia tu, huish, tak boleh tidur kau semalaman!

[C] APHRODITE| 뵈 ✓Where stories live. Discover now