Chapter 6
Malam-malam memang best tengok bintang. Haikal duduk dekat beranda tu and termenung. Dia teringat apa yang dia dengar masa pagi tu. dia tak rasa dia mimpi. Dia dengar dengan jelas apa yang Imran cakap.
"sorry tak jaga kau masa mula-mula datang sini dulu."
Apa maksud kau Imran? kau dengan aku dulu ada sejarah bangang ke? Ke kau dengan aku dulu ada sejarah sweet – sweat abdi tahap tak boleh belah. Ke zaman dulu-dulu sebelum aku accident, kau adalah pemegang mohor besar-besar diraja yang ada semua rahsia aku? Apa maksud kau , kau tak jaga aku masa mula-mula dulu? Aku pernah ada kecelakaan maha abadi ke zaman aku sekolah dekat situ?
Hari ahad tu, masa atas katil lagi sama-sama dengan Imran, bila dia dengar Imran cakap, well actually tak lama lepas Imran cakap macam tu, dia still cuba amik masa untuk tidak berkerut dahi padahal kepala otak dia laju je nak proses tangkap apa yang budak tu cuba sampaikan. Kalau tak nanti kantoi la dengan Imran yang dia tak tidur lagi bila nampak berkerut dahi. tapi dalam kepala otak masa tu memang cuba nak cerna habis. Proses sungguh-sungguh. Tapi susah nak paham and dia takde memori langsung pasal dulu-dulu. At least kalau dia ada sedikit benda atau cebisan memori (ayat skema gila! Kah!) maybe dia boleh ingat. Tapi entah la.
Dia tak pun terasa nak tanya dekat Imran lepas tu sebab dia rasa macam awkward nak tanya. And actually dia lebih kepada takut tahu perkara sebenar. Tak tahu kenapa tapi dia ada sikap macam tu. dia takut untuk tahu benda yang might be can hurt himself. Dia lagi suka kalau dia tak tahu benda alah tu and keep hiding so that dia akan ada memori atau benda baik pasal orang tu yang boleh dia pikir. ß Lantak kalau korang tak paham apa yang aku cakap.
Kalau dia tahu somethin jahat pada Imran , end up, dia akan pikir je pasal benda alah tu and bila jumpa Imran lagi lepas ni, for sure dia akan kekok. Bila dia tak tahu pasal apa-apa yang Imran cakap tu, dia still akan bersikap baik dan positif terhadap Imran. tapi susah sebenarnya untuk dia act like that. Kau cuba cakap, manusia mana yang takde curiosity? Cuba kau cakap sikit dengan aku? Dan sepanjang perjalanan dari Tengku Esfahan ke rumah Zahid, kepala dia asyik berdengung pikir je pasal ayat Imran tu. apa-apa pun, sebelum dia balik, dia sempat tukar nombor dengan Imran. mesti korang tak paham sepatah haram pun apa aku cakap kan? HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAH. tak paham, kau buat-buat paham je la.
And tentang agakan dia pasal Imran ni bukan student adalah tepat! dang! Hahahahahahahhaaha.
"kau bukan student kan?" Haikal tanya dekat Imran. masa ni kat dalam kereta Imran. budak lelaki tu willing nak hantar dia pergi stesen komuter. Tak ke terasa bless habis sebab dapat jimat duit dari perhabis dekat teksi.
Imran kerut dahi sebelum pandang Haikal. "apesal tetiba kau tanya?"
Haikal angkat bahu. "saja tanya."
Dan soalan dari Imran lepas tu memang boleh buat dia tergelak macam jilaka je lepas tu. "kau siapa sebenarnya? Kau bukan Haikal kan?"
"kalau aku bukan Haikal, aku siapa la pulak?" adus. Soalan Imran memang boleh buat dia ketawa terbahak-bahak sungguh. Tapi takde la dia nak terlepas ketawa macam apa je walaupun soalan tu memang barbie habis. tapi jantung dengan hati dalam badan dia da guling-guling gelak sakan.
"kau. pelik." Kata Imran satu persatu. "apa yang jadi dengan kau sebenarnya?" tanya Imran lagi. kereta berhenti sebab lampu merah. Imran pandang Haikal.
"apa maksud kau?" tanya Haikal lagi. Imran ni macam dapat agak je yang dia da hilang ingatan.
"curious." Imran ulang jawapan Haikal. "kau bukan Haikal. something happen to you."

ANDA SEDANG MEMBACA
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...