Zahid dengan Haikal baring atas rumput kat Dataran Putrajaya tu. Dataran tu sekarang meriah dengan orang ramai. Ada yang datang dengan family, ada yang datang dengan pakwe. Ada yang datang dengan makwe. Ada yang datang secara berkumpulan. Ada yang tengah main badminton, basikal, roller blade, frisbee and even ada yang tengah buat usrah kat situ, kat tengah-tengah dataran. Tapi dia tak hairan sangat pun. Bukan first time dia nampak aktiviti-aktiviti macam tu depan mata dia. Jam baru 9 malam. Tadi dia dengan Zahid da siap-siap solat isya' kat masjid merah – maroon depan mata dia ni. cantik. Dia suka tengok bentuk bangunan depan mata dia ni. dia suka tengok architecture and reka bentuk bangunan sebenarnya. tetiba teringat impian dia nak pergi jalan-jalan tengok dunia luar. Tapi dia tak pernah kasi tahu siapa-siapa pasal benda tu.
"Zahid." Panggil Haikal.
"urmm." Sahut Zahid tanda budak tu mendengar. "apa dia?"
Mata masing-masing pandang dada langit.
"one day aku terasa nak pergi Turki la."
"kenapa?"
"apa yang kenapa?"
"ye la. kenapa Turki? Kenapa bukan negara lain? Malaysia pun tak habis jelajah lagi. ni nak pergi Turki pulak." Tanya Zahid pelik.
"sebab dulu aku pernah baca satu novel. Damai nama novel tu. setting dia kat Turki. Bila aku baca novel tu......"
"kau nak cakap, kau jatuh cinta dengan Turki bila kau baca novel tu la?" pintas Zahid.
Gelak.
"lebih kurang la." Haikal terdiam kejap lepas tu. bestnya kalau dapat pergi Turki.
Sengih sorang-sorang bila teringat pasal impian dia pasal Turki tu. Mata terpaku tengok langit yang hitam gelap. Bintang sikit je kat langit malam ni. "aku teringin nak tengok reka bentuk bangunan dia. bila aku baca Damai tu, aku pun tak tahu kenapa tapi aku ada azam, one fine day, aku memang nak pergi jelajah Turki. Aku nak tengok Masjid Biru dia yang famous tu."
"pelik azam and impian kau tu." kata Zahid satu persatu teragak-agak. Budak tu pandang Haikal. "tapi....why not. Seems cool la jugak. Nak aku teman?" Zahid pandang langit balik. "kurang bintang malam ni." Tegur Zahid. Apa yang Zahid cakap pasal bintang tu sama la pulak dengan apa yang dia pikir.
"boleh jugak kalau nak teman. Tapi kena work hard sikit la nak kumpul duit."
Zahid gelak. "ye la. duit tak jatuh dari langit macam Mary Poppin turun dari langit."
Zahid tarik nafas sebelum hembus balik. Berat. "kau ...." Zahid teragak-agak nak cakap dekat Haikal. "kau ada masalah? Ada probs?" Zahid tanya Haikal. "if kau ada probs, share la dengan aku. Jangan simpan sorang-sorang. Aku tak suka tengok kau tetiba serabut semacam macam sekarang ni." kata Zahid perlahan satu persatu.
"aku okay je ni. takde masalah apa-apa pun."
"aku bukan sehari kenal kau Haikal. dari zaman budak kecik kanak-kanak riang lagi. dari zaman kita mandi bogel lagi aku da kenal kau. dan sekarang aku rasa kau macam ada masalah je."
Haikal hela nafas. pastu tarik balik. "apa kau rasa pasal homosapien yang homoseksual? Apa pendapat kau pasal dorang?"
Jeda.
Zahid diam.
Haikal pun diam.
"kenapa kau tanya?" tanya Zahid. tanya dengan nada perlahan. Budak tu kerut dahi pandang Haikal.
"saja je." Haikal angkat bahu. "nak tanya pendapat kau. ada kawan aku tanya soalan yang sama macam tu kat aku. aku like,, very serius tak tahu nak cakap apa dekat kawan aku tu. aku macam takut pulak nak kasi pendapat and I dont know la apesal dia tanya benda alah tu kat aku."

ANDA SEDANG MEMBACA
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...