YEAYYYY. Haikal letakkan pen biru ke atas meja sambil senyum riang ria raya. dia menghela nafas lega, gembira, rasa nak nangis pun ada, rasa nak melompat pun ada. Sabar Haikal. jangan buat perangai luar alam dalam Hall Exam pulak. dia da selamat menjawab paper terakhir SPM which is Biologi. kalau tengok dekat dinding Dewan Peperiksaan ada lebih kurang 10 minit lagi sebelum dia bebas buat selama-lamanya dari SPM. weehuuuu, ada banyak benda yang dia nak buat lepas habis SPM ni. heh. kau tunggu je la nanti dunia. harap-harapnya semua paper SPM yang dia jawab sebelum-sebelum ni akan dapat gred yang bagus. walaupun dia main taram je jawab barabas entah apa-apa, mintak-mintak la still okay. dia berharap orang yang tanda kertas exam dia ialah mereka yang baik hati lagi suci murni hati itu. Amin..
tapi kan Haikal, apa je yang kau nak buat after SPM ea?
***
Fon Haikal da bising dengan lagu My Song Know What You Did In The Dark. Nombor yang dia tak kenal naik kat fon. Zahid awal-awal lagi da main game dekat komputer. da tak peduli dengan keadaan sekeliling. Speaker Wi Fi kat dalam bilik da berdentum macam dekat Konsert Nirvana dengan lagu No Diggity by Blackstreet. Haikal kerut dahi tengok nombor tak dikenali tu.
Klik.
Fon perlahan-lahan letak kat telinga.
"err hello?" Dia mulakan perbualan.
"weh awat memekak gila? ada kat disko ke apa?" suara dekat hujung sana tergelak.
erk. "siapa ni ye?" Haikal tengok skrin fon balik. memang tak keluar nama siapa-siapa. Malaun mana yang kol aku tetiba ni? nak kata dia ada hutang ceti haram, takde la pulak.
"Hisha la ni."
Terus jantung dia berdegup tak terkawal.
***
Haikal dengan Hisha duduk sebelah-sebelah bersila dekat Padang Setia City Mall. mata masing-masing teruja tengok sekeliling yang meriah dengan orang yang pelbagai. ada yang main skate, ada yang main roller blade, ada yang bawak Iguana si haiwan peliharaan kat situ. ada yang main belon buih dekat situ. even Little Bouncy Castle pun ada.
"aku..tak pernah lepak sini." Haikal menyeringai. "suasana kat sini macam dekat Dublin. you know people berkelah dekat padang and family have fun with each other. spending. jarang aku nampak dekat Malaysia which is different story masa aku dekat Dublin, orang kat sana suka je berkelah."
"tu kau kena amik faktor cuaca jugak. summer dekat Dublin tak la macam kat Malaysia ni. Dublin ada 4 season and Malaysia also got 4 seasons la." Hisha mengira dengan jari. "season Malaysia are panas, super panas, hujan and super ribut hujan."
Haikal tergelak. Hisha pun tergelak dengan lawak yang dia buat sendiri.
"like seriously dude, orang Malaysia tak suka nak berjemur ni and I kinda weird with Americano yang suka sun bathing. what on earth that you guys doing? cahaya matahari not most all the time is good for your skin."
"preference la Hisha. well, semua orang ada preference masing-masing kan?"
Jeda sekejap.
Haikal dengan Hisha husyuk tengok keliling. This is totally awesome aite? sangat-sangat meriah. Haikal keluarkan fon dia dan mula amik gambar budak yang tengah nak naikkan layang-layang. tetiba dia teringat dekat Paan and Cherating which is benda luar alam yang lawak ialah bila Paan tak tahu sangat nak main layang-layang. Aneh sungguh.
Hisha baring atas rumput hijau dekat Padang SCM tu. tangan da bersilang dekat belakang kepala and memang baring santai. selamba je baring sebab semua orang tahu padang kat SCM tu okay je. guna rumput karpet and bukan Hisha sorang je yang selamba baring kat situ. ramai lagi and ramai jugak la yang baring terguling-guling dekat situ seolah-olah macam buat rumah sendiri je.

ANDA SEDANG MEMBACA
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...