Volume II Remaja, CH19

995 46 1
                                        

Paan : abang da sampai.

Haikal : wait a sec.

Haikal sembur Axe dekat badan sebelum baling bantal dekat Zahid. "woi mandi la lembu. Main game je dari tadi." Haikal pandang Zahid yang pakai boxer je hadap skrin laptop dengan rambut kusut masainya. bilik da memang bising dengan bunyi tembak-tembak sebab bilik dorang memang ada speaker power gila barabas.

"malas." Zahid baling bantal balik tanpa pandang alihkan pandangan ke arah Haikal. matanya husyuk pandang skrin. "baii." Balas Zahid. "nanti jangan lupa tutup pintu." Laung Zahid.

"ye la." Haikal tutup pintu sebelum bergerak keluar dari rumah and dia dengar jeritan Zahid cakap thanks dari dalam bilik. Haikal terus pakai kasut and masuk ke dalam kereta Paan yang tunggu dekat luar rumah makciknya tu.

Lepas Haikal tutup pintu je, terus kereta bergerak dari situ. Haikal pandang Paan. Gulp. Impian nak letupkan muka Paan da terbang melayang entah ke mana. Mamat ni memang sentiasa hansem abadi ke apa. Paan pakai glasses hitam. Memang pagi tu agak silau sikit. Ni pun mata dia da sepet je kat dalam kereta. Dalam kereta da bising dengan lagu-lagu dari Fly FM.

"bukak dashboard."arah Paan.

Haikal bukak dashboard menurut kata.

"ada jumpa glasses hitam?"

Haikal selak-selak barang dalam tu. "ada." Kata Haikal perlahan.

"pakai la. abang tahu sayang silau." Paan pandang Haikal. Haikal pandang Paan. Paan senyum pandang dia balik. "cermin mata Haikal dulu. Kita beli kat kedai-kedai dekat dengan sekolah dulu. Banyak barang Haikal dalam kereta abang sebenarnya. Selipar jepun Haikal pun ada bawah kerusi abang ni." bagitahu Paan lagi.

"oo okay." Lepas tu terus Haikal pakai cermin mata hitam tu walaupun rasa awkward. Emm. Takde memori la pulak pasal cermin mata hitam ni. lagipun mata dia da boleh tahan pedih la jugak bila nak hadap cahaya matahari ni. Paan da humming kecil dalam kereta ikut lagu dekat radio. Dia baru perasan kereta yang Paan bawak ni da masuk ke lebuh raya. "err, kita nak pergi mana ni sebenarnya?" Haikal tanya teragak-agak.

"agak-agak?" Paan da sengih-sengih je.

Haikal da kerut dahi. eh eh budak ni. dari takde perasaan aku nak bom muka kau, terus aku terasa nak baling C4 kat muka dia ni. "entah." Haikal angkat bahu. "malas nak meneka."

"alaaaa, sayang." Balas Paan. Badan Haikal terus keras bila dengar Paan keluarkan perkataan sayang tu. "marah ke?"

Erk? Haikal terus pandang Paan pastu sengih-sengih. "motif la nak marah-marah?"

"kita nak pergi Cherating la sayang."

"Haikal mana ada bawak baju....." dan kata-kata Haikal tu pantas dipotong oleh Paan dengan gembiranya.

"abang bawak baju lebih. Boleh guna abang punya. Macam tak biasa pakai baju abang." nada seakan merajuk.

Errrr. Ye ke? "pernah ke Haikal pakai baju abang." Entah-entah si Paan ni goreng barabas je aku je bila dia tahu yang aku ni da tak ingat apa. tapi kan Paan, aku ingat je pasal ayat kau dalam bilik persalinan dulu tu.

"pernah sayang." Kata Paan perlahan. "banyak kali. Hurm. Takpe la kalau tak ingat." Nada da macam sedih.

"kita bukan boleh bercinta..."

"err, kita nak tidur dekat mana?" tanya Haikal lagi.

"abang bawak K2 la sayang."

Dia la kan, dengar Paan sebut ayat sayang tu , badan dia mesti terasa keras kejap. Mood nak jalan-jalan tu makin takde. Tak suka betul bila Paan panggil sayang tu. dan entah bila entah tetiba Paan nak panggil dia sayang. last dorang borak rasanya Paan tak bagitahu pun apa-apa hubungan diorang yang pernah berkapel sebelum ni. sekarang ni, yakin je si Paan ni panggil dia sayang. cuma dia je da tahu yang diorang berdua dulu pernah kapel. tu pun dia tahu dari Hafid. dia tak rasa Paan tahu , yang dia si Haikal da tahu pasal hal yang - dorang - pernah - kapel dulu tu. Tapi nak sound Paan pasal hal sayang tu , kang kalau kena paksa turun dekat tengah-tengah jalan raya ni mampus aku. Takkan nak jalan kaki pulak. Tak pasal-pasal kena culik dengan sindiket penjual organ kat tengah jalan. Jadi dia biarkan je la Paan panggil dia sayang. Agak-agak dia da tak tahan, dia bagitahu je la kat mamat tu.

"bantal?" tanya Haikal lagi.

"aah la sayang." Paan ketuk stereng sikit guna jari. "abang terlupa la nak bawak." Paan pandang Haikal buat nada cuak. "Abang bawak sleeping bag je. takpe la. nanti kita carik la dekat sana. Mintak-mintak ada jual. Tapi, kalau takde pun, sayang tidur je la kat lengan abang."

Haikal terus kerut dahi. "tak mau la."

Paan buat muka. "selalu sebelum ni okay je?"

"when is the selalu sebelum ni la? ke orang lain?" sindir Haikal. tetiba dalam kepala otak dia terkeluar ayat

sampai 1000 tahun sekali pun kau tak akan dapat buat aku jatuh cinta dekat kau! kau jangan perasan boleh tak?! da la selalu sakit je.

FUCK la! kenapa aku asyik terpikir je ayat-ayat Paan kat dalam bilik persalinan dulu tu je? ni yang tetiba dari aku tak nak balas dendam dekat Paan, tetiba dia terasa nak buat Paan menyesal sebab mempermainkan dia dulu. Ke ni pun salah satu rancangan Paan nak kenakan dia lagi and buat dia jatuh cinta balik, lepas tu malukan dia lagi macam dulu? Shiznitz. Sebelum Paan buat macam tu, baik dia yang kenakan mamat tu dulu. Biar jatuh tersungkur kat kaki dia sampai mintak ampun and menyesal sebab buat macam tu dulu. welcome to hell Paan. Kau buat jahat dengan salah orang. Sorry Paan, antara syaitan dengan malaikat yang duk berperang kat kepala otak aku, seems like syaitan menang and kau tunggu je la nanti.

***

Paan da selamat pasang khemah jenama K2. entah mana entah si mamat ni rembat K2, tu dia memang malas nak amik tahu. K2 ni mahal kot tapi memang khemah K2 ni bergaya habis. so worth la jugak untuk beli. Baru 2 petang. Laju jugak mamat ni pecut. Dia tak tahu la pulak kawasan ni boleh pasang khemah ke tak tapi hahahahhahahahaa, lantak la. pasang je la khemah. I dont care about other's people thought. Kita ni hidup kalau nak pikir pasal pemikiran orang lain memang selamanya tak akan maju. Duduk la kau kat takuk lama tu. jadi, dia dengan Paan decide je pasang selamba dek je kat situ. Selagi tak kena maki, selagi tu tak alih. Kalau da kena warning baru dorang gerak pi tempat lain.

"mana beg baju, sleeping bag semua?" tanya Haikal. dua-dua tengok khemah yang dorang pasang sambil angin pantai lembut kena muka dengan rambut. Ramai je yang sebenarnya pasang khemah dekat situ jugak. Ye la, chalet dengan hotel dekat sini semua mahal bak hang. Mana mampu nak tidur 2,3 hari kat situ. Mahunya kena jadi orang gaji 3 bulan, baru dapat merasa tidur kat situ. Tapi tidur dalam khemah baru la adventure. Ada ke dalam hotel. Tak cool betul. Bagi dia kalau nak bercuti, kena la adventure sikit and jalan sana sini, cuti mata sana sini. Ni tak, kau pergi bercuti tapi kau duduk dalam bilik je. kalau macam tu baik kau duduk dalam bilik kau kat rumah sana. Sama jugak. Ianya bilik jugak dan takde beza.

"abang letak dalam kereta dulu. Nanti la, bila nak mandi and tidur baru kita amik. Jom kita pergi makan dulu." Ajak Paan. "abang lapar."

Haikal tolak glasses hitam ke atas kepala. Rambut Haikal yang panjang sikit terbang-terbang kena angin. "makan dekat mana?"

"da lama tak tengok rambut panjang sayang." Paan gosok-gosok rambut Haikal pastu sengih. "berapa lama agaknya tak nampak rambut panjang ni." Ayat Paan makin lama makin perlahan.

"Errr. Kita kan baru lepak sama hari tu." Dia da mula rasa awkward. Ni yang dia mula rasa nak potong rambut sampai botak bila Paan kata dia suka tengok rambut panjang dia ni. padahal tak la panjang sangat. over la si Paan ni. "kita nak makan kat mana ni abang?" tanya Haikal sedikit kuat.

"okay jom gerak. Makan je la mana-mana asalkan kita dua kenyang."

Lepas tu dua-dua gerakmenuju ke kereta dan mula mencari kedai makan


p/s

apa la yang si Paan ni nak rancangkan? haha. ke memang Paan nak ambil hati Haikal semula? we will see! kalau suka dengan chapter ini, jangan lupa komen dan tekan button like untuk vote! haha. terima kasih kerana membaca! happy reading and babai! jangan lupa ajak orang lain baca jugak kalau rasa cerita ini ialah awesome barabas!

Volume II RemajaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang