"you know." Haikal pandang atas tengok langit gelap malam. "aku suka gila lepak sini." Keliling dia dengan Zahid da bising dengan suara budak-budak berlari bagai semua. sekali lagi dia dengan Zahid lepak dekat Dataran Putrajaya sebab masing-masing da bosan hadap buku dekat dalam bilik untuk SPM. pejam celik, pejam celik tinggal beberapa hari je lagi nak hadap SPM terchenta. lampu neon memang da selamat berlimpah limpah dari arah masjid dengan Dataran Putrajaya sendiri. depan dia dengan Zahid da terbukak segala bagai buku latihan add math, pemadam, pensel tekan, segala bagai formula, kalkulator and kertas conteng bagai, bersepah jugak dengan segala pembalut makanan dan cikedis. hahahahaha. dia dengan Zahid memang selamba je buat Dataran Putrajaya macam rumah dorang. Pengawal kat situ da pandang semacam je bila tengok dia dengan Zahid macam buat sepah, buat kecah dekat area situ. cepat-cepat dia dengan Zahid masukkan segala bagai sampah ke dalam plastik sampah yang dorang bawak siap-siap dari rumah.
"aku terlupa tanya pasal debat kau. how was it? cool gila tak?" tanya Zahid. budak lelaki tu pandang Haikal kat sebelah yang masih mendongak tengok langit malam.
Haikal amik gula-gula hacks yang memang bersepah kat atas rumput Dataran Putrajaya, bukak pembalut and masukkan gula-gula ke dalam mulut. "kalah." tambah Haikal pendek. budak lelaki tu angkat bahu sambil pandang Zahid. "aku pun tak tahu kenapa kitorang kalah. seems like pengadil macam bias gila. aku tak tahu kenapa kitorang kalah."
"Hafid bising tak bila kalah?" tanya Zahid pastu sengih.
Haikal julingkan mata ke atas. "mahunya tak bebel budak tu sebab dia pun seems bengang sama sebab juri macam bias on that day. fakta kitorang semua okay. opening okay. penggulungan pun okay. kitorang punya opponent tu entah pape entah. da la salah fakta kes, salah bagi opening and aku sendiri pun tak tahu yadaa yadaa kenapa dorang menang. Hafid like very bengang gila la. tapi da keputusan juri acam tu. apa je la yang kitorang boleh buat kan?"
"dia ada marah kau tak?"
"nope."
"tapi kan Haikal. kenapa dulu dia pernah marah kau dekat Simpang Lima? tapi kadang-kadang aku tengok dia macam okay - baik dengan kau pun ye jugak dekat sekolah. tapi cara kau cakap macam Hafid tu benci gila dekat kau and suka marah-marah la apa la."
Haikal pikir-pikir dalam kepala. sebenarnya Hafid tak la teruk sangat. dulu Hafid pernah cakap masa dorang tidur sama-sama dalam bilik, yang dia saja saja je jadi garang dekat Haikal. takde niat betul-betul nak maki ke apa. tapi takkan la dia nak cakap kat Zahid yang Hafid tu dulu suka kat dia and dulu dia pun ada ala-ala perasaan jatuh crush dekat Hafid. takkan la dia nak cakap macam tu kan? mahunya kena rejam dengan Zahid sebab cakap benda luar alam pasal lelaki suka dekat lelaki.
tapi Zahid ni pun dia punya reaksi aneh semacam. hari tu masa dia tanya soalan dekat Zahid pasal 'normal ke kalau dia suka dekat lelaki' and reaksi yang dia harapkan dari Zahid adalah
1) kena maki
2) kena sindir
3) kena baling bantal pastu kena tendang ke beranda luar
tapi reaksi yang ditunjukkan Zahid adalah sangat cool. sangat biasa-biasa and tak macam beriak apa pun. seolah-olah soalan yang dia tanya dekat Zahid tu macam tanya , nak makan apa. nak minum apa. aku ingat si Zahid ni akan marah gila babi ke apa ke. ye la, manusia zaman sekarang kan macam tu. macam boleh dengar benda pelik sikit, mula la keluar fatwa la apa la itu la ini la seolah-olah dia tu tuhan untuk judge everything.
"Zahid, kau ada awek?" tanya Haikal tetiba. Zahid yang tunduk pandang buku latihan terus lipat maut tengok Haikal.
"kau da kenapa tanya soalan luar silibus ni? kena sampuk dengan hantu Dataran Putrajaya ke apa?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...