Volume II Remaja, CH14

1.1K 50 9
                                        

Haikal tengok sawah padi menguning. Angin menderu laju kena muka dia. dia rasa seronok. Ah, best pulak layan perasaan petang-petang kat sawah padi ni. musim menuai da tiba sekarang ni. memang cantik je la melayan padi yang kuning sana sini.

"wei Haikal. jom la carik ikan sepat. Kau buat apa termenung? Kau bukannya ada awek pun. Tak payah nak over layan perasaan. " panggil Zahid dari celah-celah petak sawah padi. Haikal buat muka pandang Zahid. Zahid terus gelak-gelak pandang Haikal.

"babi perangai. Ayat tak boleh nak lagi sopan ke?" Haikal datang dekat dengan Zahid sambil sengih-sengih. Zahid hulur besen sebelum dua dua lipat seluar dan masuk ke dalam tali air celah-celah sawah padi.

"perhhhh, da lama aku tak makan ikan sepat ni. tetiba rasa lapar pulak." Kata Haikal.

"jangan cakap kau. aku pun sama." Balas Zahid. Dua-dua budak tu terbongkok-bongkok cuba carik ikan sepat guna besen yang ada celah-celah supaya air boleh keluar. Oh damn it. Aku da lupa la pulak nama dia apa. tapi siapa pernah main tangkap ikan sepat kat sawah padi, dia tahu la and dapat la bayangkan macam mana nak tangkap ikan sepat ni.

Peluh sekejap je da menjejeh kat dahi, leher, belakang badan Zahid dengan Haikal. "panas la pulak." Kata Zahid. Dia letakkan ikan yang berjaya ditangkap ke dalam baldi. Haikal berdiri lepas tu kesat peluh. Zahid pulak lap muka guna lengan baju. Peluh da menitik dari muka budak tu.

"kalau dapat makan burung wak wak sekali ni sedap jugak." Kata Haikal tetiba. budak tu pandang sawah padi lagi.

Zahid telan liur. "siottt. Kau buat aku makin lapar la pulak."

Haikal sengih. "lepas ni kita tanya Achik nak tak? mana tahu dia ada dapat burung wak-wak hari ni."

Zahid tunjuk thumbs up. "setuju!"


***

Zahid dengan Haikal duduk dekat beranda. Dua-dua hadap besen yang penuh dengan buah rambutan. Rambutan ni jiran sebelah rumah yang kasi sebab dia baru balik dari kampung yang ada dusun. Sekarang ada kat rumah nenek. Da la dekat sawah padi. Suasana pun nyaman, memang santai melepak je la kat beranda ni dengan Zahid. memang la ada nyamuk tapi dia da siap-siap pasang ubat nyamuk yang coil tu. makan malam tadi memang sedap habis. Nenek masak Sepat Mini Bumbu Cabai. Pastu ada jugak wak-wak goreng, rasa dia memang terbaik macam makan arnab! Pastu ada pucuk ubi lemak cili api, yang ni memang meleleh! Pastu ad ajugak sotong goreng and telur dadar. Nenek memang la terbaik! Sayang nenek sangat-sangat. Dia dengan Zahid bukan la cuti sekolah pun. Tapi ada cuti sekolah dari Khamis sampai Ahad, tu yang dia dengan Zahid cadang terjah kampung untuk melawat nenek. Dia gerak dari Sri Hartamas ke Pudu and tunggu Zahid yang dari Shah Alam untuk sampai kat situ sebelum sama-sama gerak ke rumah nenek dengan menaiki bas. Memang travel habis.

Bila sampai rumah nenek pagi tadi, nenek da ceria habis. Atuk pulak entah ke mana pekena teh tarik pagi-pagi. Tapi bila dia dengan Zahid jumpa atuk lepas tu, memang atuk pun ceria habis jumpa cucu-cucu kesayangan dia. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAH. Antara semua-semua cucu-cucu atuk and nenek, dia dengan Zahid je yang rajin balik rumah nenek. Macam abang Umar dia memang pemalas habis. Taik kucing betul.

"esok balik nak naik apa? bas ke kereta api?" tanya Zahid. Budak tu kunyah-kunyah buah rambutan

"aku nak naik kapal terbang boleh?" Haikal sengih.

Zahid mendengus. "kau ingat kau kerabat diraja Sulu ke apa ada banyak duit. Macam best je kalau naik tren balik KL." Mata Zahid da bersinar-sinar.

"berapa lama dalam tren nanti kalau dari sini ke KL nu ha?" tanya Haikal. budak tu capai buah rambutan lepas tu kopek kulitnya.

Volume II RemajaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang