Rupanya rumah Sufiyan tu sebelah rumah Hafid dengan Cikgu Syakila je ni. esok masuk second round untuk debat dan esok dorang semua akan ke MGS pulak esok. Jadi malam ni, dia dan Sufiyan bertapa kat rumah si Hafid ni untuk berlatih sampai lewat pagi. lewat pagi la sangat. kah! padahal sampai jam berapa je pun. Cikgu Syakila awal-awal lagi cakap goodluck pastu menguap dan terus masuk bilik. hahahahahaha, cikgu paling tak bertanggungjawab sekali dalam abad ini. Bukan nak tunjuk ajar ke apa.
"kakak aku tu mana tahu pasal debat sangat. Menyanyi tu dia suka la." Rengus Hafid.
Hafid dan sikap suka marah dan sikap perengus serta tunjuk muka bengang kat dia tu still ada. Dia pun sampai lelah da nak pikir pasal Hafid. Hafid kadang-kadang okay. Boleh jugak la bergelak ketawa sikit. Akhir-akhir ni perangai Hafid macam da okay sikit. Sufiyan pun tumpang gembira bila Hafid asyik tak marah aku. Aku lagi la bertambah-tambah tumpang gembira berjadah happy bila Hafid tu tak semedang marah aku. Tapi kadang-kadang dia marah jugak dengan muka ketat dia tu. Kadang-kadang marah sebab benda entah apa-apa yang kalau nak diingat semula memang agak sangat-sangat menyakitkan hati. macam entah apa-apa entah. kadang-kadang Hafid marah atas benda yang tak releven. macam sial.
Sufiyan da menguap. Lepas tu dia tengok jam kat dinding rumah Hafid. "dude, already 11 malam la. aku nak balik rumah dulu la. nanti mak aku bising pulak aku lambat balik."
Haikal terus pandang Sufiyan. "eh? Aku ingat kau tidur sini sekali dengan aku."
Sufiyan da gelak-gelak. "kamon la Haikal. da kenapa aku nak tidur rumah si Hafid ni. rumah aku kat sebelah ni je da , da. Bilik aku da memanggil-manggil menggoda tu. jumpa esok pagi."
Haikal tunjuk muka tak puas hati. aduiii. Ni yang malas ni. aku ingat Sufiyan pun tidur sini.
"Kiranya esok kita terus gerak ke MGS la ni ea?" tanya Sufiyan. Budak tu da bangun dan ready untuk balik sambil kendong segala jadah kertas conteng, surat khabar, A4 paper, Kamus Dewan Bahasa kat lengan dia tu.
"aah." Hafid dongan tengok Sufiyan. "esok kita terus gerak dari rumah pastu ke MGS. Tapi sarapan siap-siap la nanti. Takde la nanti nak kehulur kehilir carik makanan macam last year padahal cuci mata."
Gelak.
"kali ni aku tak cuci mata dah. Setia pada awek terchenta."
"Corny." Hafid sengih sambil mata dia tu makin sepet bila sengih.
"aku chow dulu. Kau jangan marah-marah si Haikal ni pulak bila aku balik. Kalau aku dapat tahu dia menangis, aku report polis."
Gelak lagi.
"kalau aku tahu dia report kat kau Sufiyan, tahu la aku nak buat apa kat dia." lepas tu Hafid angkat-angkat kening.
Sufiyan da gelak-gelak. " jawapan kau tak boleh nak lagi bangang ke Hafid." Gelak. "woi, anak orang tu. da , da. Aku balik dulu. Cholls."
Haikal da pandang pelik kat dua-dua budak Sufiyan dengan Hafid tu. perbualan yang aneh dan perbualan yang menakutkan jugak. Ye la, dengan gaya Hafid yang angkat-angkat kening macam cibs tu. Hafid follow Sufiyan dan hantar Sufiyan sampai ke muka pintu sebelum Hafid tutup dan kunci pintu rumah.
Haikal pulak matanya da tak boleh nak menghadap semua kertas perjadah atas meja tu. dia hirup nescafe sikit pastu mata hadap TV. Tengok TV pun da berpinar mata. kat TV sekarang ada cerita Criminal Minds. Disebabkan dia malas nak melayan kertas-kertas atas meja tu, pastu dia pun malas nak layan Hafid yang pasti akan cakap sesuatu menyakitkan hati dia, better dia layan Criminal Minds, jadi takde masa dia nak beramah mesra dengan Hafid. Dia harap malam ni ialah malam yang tidak panjang.
Haikal amik bantal yang besar gaban yang memang ada kat sofa tu, letak kat bawah, depan TV *untuk dia baring!* pastu dia letakkan kepala dia atas benda alah tu sebelum dia selamat baring atas karpet bulu. Mata da husyuk tengok TV kat depan mata.

ANDA SEDANG MEMBACA
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...