Paan dekat hujung lagi satu da pegang layang-layang. Haikal pulak dari hujung yang lagi satu pegang gulungan benang untuk tarik layang-layang naik. Angin kuat kat Cherating petang tu. kat pantai pun ramai orang.
"okay Haikal, get ready!" jerit Paan.
Haikal tunjuk thumbs up. "ready da ni!!"
"satu! Dua! Tiga!" lepas tu Paan tolak layang-layang ke atas dan Haikal mula lari bersungguh-sungguh untuk tarik layang-layang supaya terbang tinggi. Haikal mula lari dan lari untuk naikkan layang-layang. Lepas beberapa ketika, Haikal berhenti lari dan mula tengok layang-layang gambar Spiderman dia da mula terbang tinggi. Haikal terus main-mainkan benang dan lama kelamaan layang-layang tu makin naik ke atas. Muka da sengih-sengih sebab berjaya naikkan spiderman ke langit..
Paan datang mendekat. "wow! Tak sangka Haikal pandai main layang-layang. Impress with you." Paan angkat kening lepas tu tengok Spiderman yang da terbang tinggi sikit. Kat langit Cherating sekarang bukan hanya ada Spiderman je. ada jugak Upin Ipin, Barney, Elmo, Boboi Boy, Wonder Woman yang da terbang tinggi dekat-dekat situ jugak. Langit Cherating meriah dengan warna warni layang-layang.
Haikal menyengih je. "kamon, budak kampung mesti tahu main banyak benda. Tak macam budak bandar." Lepas tu Haikal jeling-jeling kat Paan.
Paan da gelak kecik. "abang pulak kena. Abang pun tahu la main layang-layang."
"really la?" Haikal buat nada suara terkejut. "tapi tengok macam tak tahu main je."
"keji la sayang ni." kata Paan perlahan. "malam ni nak terbang tinggi-tinggi macam layang-layang tak?" lepas tu Paan sengih nakal.
Haikal gelak-gelak. "lawak kuning! Menyampah la cakap dengan abang ni. nah!" Haikal hulur gulungan benang dekat Paan. Paan da tunjuk reaksi gelabah. "kata tahu main kan. Sekarang pegang, Haikal nak pergi beli air. Haus. Kejap lagi orang datang balik. Abang nak air apa?"
"air apa-apa je la." jawab Paan tak semangat. Muka masih dengan muka tak rela pegang gulungan benang layang-layang.
Paan amik gulungan benang dengan muka tak rela. Haikal sengih-sengih je belah dari situ. Lantak. Kata pandai sangat main layang-layang kan. Tetiba jatuh ke bawah je, memang aku sakat je mamat Paan tu. dia terus gerak ke kedai berhampiran untuk beli air sejuk sebab dia rasa haus la pulak. Tadi masa makan Gulai Kawah pun, bergelen air dia minum. Tak kena selera kot sampai nak kena minum air banyak kali.
Haikal tengok kat bekas gabus besar yang ada banyak air tin kat dalam tu. dia capai Fanta and terpikir, Paan suka minum air apa agaknya. Dia pun tak ingat Paan suka minum air apa. tapi buat apa perhabis memori je ingat benda pasal Paan. Ah lantak! Aku beli je la air apa-apa. dia tak nak minum, aku je la yang minum. Lepas tu terus dia capai coke and bayar pada akak yang jaga kedai tu. terus lepas tu dia menuju balik ke Paan yang gigih jaga layang-layang supaya tak jatuh ke bawah.
***
Paan teguk air. Haikal pun minum sama. Lega tekak rasa. Gulungan benang tu Paan da sangkut kat mana-mana. Spiderman masih terbang tinggi. Langit da mula nampak biasan jingga. Haikal dengan Paan duduk sebelah-sebelah hadap pantai. Angin menderu kena muka.
"jom buat istana pasir!" ajak Paan tetiba.
"huh?" Haikal da buat muka terkejut. apakah? Da kenapa dengan si Paan ni nak buat sand castle pulak. "tak nak la. apa kes main istana pasir. kanak-kanak 5 tahun betul"
"da tu?" Paan kerut dahi.
Haikal gelak-gelak. "ada ke main istana pasir. Sangat tak mencabar sungguh."
***
"you are dead! Shit!" Rungut Paan kuat. Angin kuat tetap tak menenggelamkan suara Paan.
Haikal da gelak-gelak. Ombak melambung-lambung banana bot yang dorang naik. Selain dari dorang berdua, ada lagi satu beberapa orang yang join sama. Memang tak kenal pun tapi lantak la. dia teringin bila nampak orang main Banana Bot masa mula-mula jejak Cherating petang tadi. Semua yang atas Banana Boat pegang pemegang yang ada dekat situ supaya masing-masing tak jatuh ke dalam laut sebelum tiba masanya. Masing-masing da macam naik kuda je. terlambung-lambung dek ombak.
YOU ARE READING
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...