Haikal dengan Paan duduk dekat tepi pantai hadap laut. Hari ni sabtu. Jadi dua-dua memang selamba je lepak tepi pantai malam-malam sebab esok bukannya ada kelas. Jadi tak perlu nak tidur awal la malam ni. Haikal pejam mata sambil dia biarkan angin laut kena pada mukanya. This is bless! Dia terasa bau garam laut dan dia sukakannya! Bunyi laut dan ombak pun memang tenang habis je. rambut dia yang sedikit panjang da terbang-terbang ke belakang. Dia pakai long sleeve dengan seluar sukan pastu duduk atas selipar jepun.
Tetiba dia terasa pipi dia kena cium. Haikal celik mata pastu pandang tepi. Paan cium pipi dia masa dia tutup mata. Haikal sengih tengok Paan.
"kalau jumpa pantai, sampai abang pun dia lupa." Kata Paan dengan nada macam merajuk.
"alolololololo. Sorry la honey bunny." Haikal gosok-gosok rambut Paan sambil bibirnya senyum kecil. "bukan tak nak layan, Cuma suka dengan pantai je. you are still my man. Ada abang, ada pantai, semuanya ada." Senyuman Haikal makin melebar. Lepas tu terus dia cium pipi Paan cepat.
Paan terus menyengih. "cium pipi je?"
Haikal gelak. "da tu? nak apa lagi?"
"yang lain pun kena cium jugak. Nanti dorang memberontak kat sayang, abang tak tahu." Paan jeling manja dekat Haikal.
Haikal senyum lebar sebelum cium pipi Paan yang lagi satu. Paan tutup mata sambil senyum. Pastu cium dahi. pastu cium hidung. Pastu cium bibir sekejap. "okay da cium." Haikal sengih-sengih. Pastu terus budak tu bangun dan kibas-kibas pasir yang melekat dekat seluar.
Paan bukak mata balik. "alaaaa, tu je?" rungut Paan.
"tak cukup ke?" Haikal buat-buat terkejut.
"tak." Paan terus laju geleng-geleng kepala.
Haikal da gelak-gelak balik. "nanti sayang kasi lagi kay." Paan terus buat muka gembira dan teruja bila Haikal cakap macam tu. "Sayang nak jejalan jap."
"sayang nak pergi mana?" Paan kerut dahi.
"jejalan kejap. Area sini sepanjang pantai je. Jom teman." Ajak Haikal.
"nak usha orang buat projek la tu." Paan da gelak-gelak.
Haikal julingkan mata ke atas. "jangan nak mengarut." Haikal sengih-sengih dah pulak lepas tu. "dia punya kepala otak la kan, memang la pikir entah apa-apa. memang la nak buat sayang gelak je"
"abang malas nak bangun la sayang." Balas Paan. "tarikkan abang bangun, sayang, pleaseeeeee." Paan hulurkan tangannya untuk Haikal tarik.
Haikal terus tarik tangan Paan untuk bangun tapi bila Paan da separuh berdiri terus Haikal lepaskan tangan. Paan jatuh terduduk balik kat atas pasir. Paan terus mencarut pastu jerit nama Haikal.
"Haikal!!!!"
Haikal terus gelak gelak dan lepas tu terus lari dari situ. "Padan muka!" jerit Haikal sambil lari laju-laju. Paan bangun dan kejar Haikal dari belakang.
"abang dapat sayang, siap la sayang, abang babap nanti!!"
Haikal gelak kuat-kuat je sambil lari.
***
"jom makan, abang belanja. abang lapar la sayang" masa ni dorang ada kat library. Haikal pandang dia pelik.
"nak makan kat mana? makan kat mamak je la ea?" lepas tu Haikal sengih comel sampai nampak dimple." Haikal takde duit sangat la tinggal."
"takpe, abang belanja okay."
"okay, jom pergi makan, tapi jangan lupa singgah ATM, nak keluarkan duit."
"abang belanja la."
"nope. I have my own money, kenapa nak guna duit orang lain."

ANDA SEDANG MEMBACA
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...