Volume II Remaja, CH35

985 63 9
                                    

Haikal skrol down facebook depan mata. tengok video-video lagha yang kawan dia post dekat facebook. kah kah kah. kadang-kadang memang ada video yang super barabas kelakar pun. macam ada satu video tu, pasal prank badut kenakan orang ramai. macam sial je. Zahid macam biasa pasang lagu kuat-kuat dalam bilik macam bilik tu ada buat Konsert. Hujung minggu tu, dorang hanya tinggal berdua je. Pak Ngah and Mak Ngah pergi dating honeymoon dekat Langkawi nu ha. jadi, Zahid dengan Haikal jadi Tuan Besar dekat rumah tu. and sebab tu jugak la Zahid berani pasang lagu kuat-kuat. kalau tak, for sure da kena piat telinga dengan Mak Ngah sebab Mak Ngah cakap, "kau nak jadi black metal ke apa dengar lagu kuat-kuat pastu bunyi entah apa-apa?"

pastu dia ketawa berdekah-dekah je tengok Zahid tunjuk muka cemberut. Lagu Phoenix / Fall Out Boy da berdentum kuat dalam bilik tu.

Haikal baring atas katil. Zahid pulak hadap game dekat atas meja belajar sana. memang tak berkalih mata budak lelaki tu. dua dua mamat tu tak mandi lagi padahal jarum jam da tunjuk pukul 11 pagi.

"Zahid." panggil Haikal.

Zahid tak dengar panggilan Haikal.

1) bunyi muzik yang kuat gila barabas.

2) sebab mamat tu husyuk main game and tak pedulik orang sekeliling.

Haikal rasa kalau setiap hari dia dengar lagu macam ni, mahu tak nya gegendang telinga dia jadi retak. Zahid ni memang la. Dengar lagu macam datang dari Zaman Cave Man je.

"Zahid!" panggil Haikal lagi kuat.

"apa!" balas Zahid kuat lagi. mata masih tak alih dari game depan mata. Tangan laju je gerak atas keyboard.

Haikal capai bantal pastu baling kat Zahid. Zahid terdorong ke depan.

"kimbet kalah!!" jerit Zahid. budak lelaki tu pause game dan terus terjun atas katil. dia capai bantal lain pastu baling sungguh-sungguh kat Haikal. amik lagi satu bantal, pastu dihempukanya. Haikal cuba lari tapi Zahid cepat cepat je selamba hempap Haikal atas katil pastu geletek sepupu dia.

Haikal da jerit-jerit geli tanda tak nak. Zahid gelak makin ketawa sambil galak geletek Haikal lagi. Gelak tak sudah and macam tak cukup nafas pun jugak. "da la Zahid!! tak mau geletek la! surrender!!"

Zahid baring sebelah Haikal sambil dadanya turun naik cuba amik nafas.

"eh penat gelak la cibs." Haikal pun da tak cukup nafas bila gelak tadi. memang la dia rasa urat bontot dia nak putus sebab gelak tak sudah tadi.

Zahid baring mengereng pastu kaki dia peluk kaki Haikal. "lapar la."

Haikal julingkan mata ke atas. "baru sedar lapar ke? selagi tak kalah main game tu, memang kau tak akan berhenti la kan. nak pergi makan mana?"

"emm," Zahid berpikir-pikir. "apa kata kita jejalan sekali nak?"

"mana?" tanya Haikal. sejak da habis SPM ni, memang dia kaki jalan je. poket pun da nak nipis da sebab banyak sangat berjalan. hari tu galak sangat jalan-jalan kat Melaka dengan Hisha. tapi kau nak buat apa je la pun selain berjalan-jalan? takkan nak prepare study matrik kot. tu memang tak masuk akal. nak pergi kerja sambilan, nanti-nanti la dulu. kasi have fun dulu riang ria raya and then lepas tu baru pikir kerja. kawan-kawan dia semua da selamat wasalam mintak kerja kat KFC la, 7 Eleven la, Speedmart la and macam-macam lagi la. semangat betul budak-budak tu carik keje. da macam ayah-ayah carik rezeki untuk anak-anak. kah kah kah. kau je Haikal tak sedar diri lagi yang kau tu pun kena carik duit poket jugak kalau nak jejalan.

"da lama tak main ice skating." kata Zahid tetiba.

"erk." Haikal terkejut. "kat mana?"

***

Volume II RemajaWhere stories live. Discover now