Haikal duduk dekat kerusi hospital aras bawah sorang-sorang. jarum jam kat tangan da tunjuk 3 pagi. Zahid pergi carik makanan kejap dekat kedai 24 jam area situ. bila dipikirkan pasal petang tadi, memang la mamalia betul soalan Hisha tadi tu. dan dia tak sempat pun nak jawab soalan Hisha tu sebab fon dia da berbunyi terlebih dahulu masa tu. Zahid yang call masa tu. suruh balik rumah and tanya ada dekat mana sekarang ni. Pak Ngah and Mak Ngah terlibat dengan accident. Mak Ngah selamat je and cuma and minor injury. Pak Ngah je macam yang agak kritikal sikit.tapi end up, Hisha yang tolong hantarkan dia dekat hospital kerajaan tu and dia da cakap dekat Zahid siap-siap, jumpa dekat Hospital je lagi senang.
"nah." Zahid hulur burger dengan air kotak milo. sepupu dia tu amik tempat sebelah dia. nama je da pukul 3 pagi tapi hopsital kerajaan tu memang terang benderang and sentiasa penuh dengan manusia tak sudah. dengan nurse and doktor yang galak jalan sana sini. and also keluarga family yang jejalan sekitar hospital jam 3 pagi kat aras bawah tu. mungkin bosan pandang kain putih, siling putih and hadap bau ubat lama sangat. kadang-kadang dia rasa cerita hantu kat tv tu menipu je. dia ingat hospital jam 3 pagi akan sunyi gila babi and akan ada light off macam kat dalam hostel. jauh panggang dari api. pffttt.
"kau teringat apa?" Zahid kunyah roti perlahan. sepupu dia tu masih pakai baju yang sama yang dia nampak sebelum dia main keluar rumah tengah hari tadi. memang tak sempat mandi la gamaknya Zahid ni.
Haikal cucuk straw dekat air kotak and minum sikit sebelum sandar dekat dinding belakang. hela nafas.
"bukan pasal tadi kan?" tanya Zahid lagi.
Haikal kerut dahi. "pasal tadi tu pasal apa?" Haikal pandang Zahid keliru. tetiba soalan luar alam keluar je meluncur dari mulut Zahid.
Zahid sengih nakal "tengah hari tadi."
Haikal menjulingkan matanya ke atas sebelum tumbuk bahu Zahid perlahan. "kau keji la."
Zahid tergelak kuat.
"lain kali nak beromen pun tak payah la kat rumah." rungut Haikal. "and jangan lupa kunci pintu." pesan Haikal geram.
"aku ingat aku da kunci pintu bilik lepas kau turun tu. aku sangat la mintak ampun dan maaf pada kau Haikal. aku tahu bunyinya sangat aneh. kau - aku. kau nampak aku bercium kat dalam bilik. dengan seorang budak lelaki pulak tu. tapi aku tak nak kita jadi awkward. dude, like serious shit, aku harap kita tak jadi awkward."
"pfft. ayat kau buat sekarang kita jadi awkward wahai arsehole."
Zahid gelak lagi. "dude, nasib baiklah aku ada sepupu cool macam kau." Zahid tepuk-tepuk bahu Haikal.
"aku pun. ingat tak masa aku convince kat kau dulu tu. benda tu macam susah. susah aku nak spill pada kau. aku terfikir, apa la cara terbaik untuk cerita pada kau. apa la cara terbaik supaya sepupu aku tu tak terkejut sangat and humban aku dari beranda rumah bila aku cerita pasal orientation aku. tapi rupanya kau ni." Haikal pandang tak puas hati dengan Zahid.
"aku macam terkejut bila kau cakap yang kau ni tak straight." luah Zahid. "aku ingat aku je."
"aku agak terkejut jugak bila kau dapat terima tu dengan tenang. patut la selamba je okay bila aku cakap, rupa-rupanya perangai macam kentut jugak."
Zahid gelak besar dengar luahan hati Haikal.
Hiakal gigit beger dengan kadar yang lapar. baru dia sedar yang dia lapar gila babi sekarang ni.
sejujurnya, dia memang tak makan apa lepas makan KFC tadi. and KFC tadi pun dia tak habis makan masa lepak dengan Hisha. terkejut punya pasal, dia suruh Hisha hantarkan dia ke hospital terus. Hisha pada mulanya nak temankan dia sebelum Zahid sampai tapi disebabkan dia ada kelas jam 5 petang, jadi budak lelaki itu terpaksa terus balik ke uni. Haikal mengunyah beger dengan ralit tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. tak hiraukan pada nurse dan doktor dan jugak patient yang jalan ke sana sini walaupun jam sekarang tunjuk 315 pagi. Zahid disebelahnya jugak malas nak cakap apa sebab mungkin masing-masing lapar agaknya. Zahid pun tengah sibuk kunyah beger dekat tangan.
YOU ARE READING
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...