Haikal bertapa atas kerusi tu and mata tunduk tengok latihan topikal bio yang dia nak kena kampoi. SPM da nak dekat. lagi beberapa minggu je. dia punya cuak tu tak payah cakap la. Zahid pun naik getar sama sampai terbawak bawak dalam mimpi. haha. yang tu lagi over. sekarang ni, di kala ini, Zahid malas nak layan buku and all that, mamat tu selamba je layan movie dekat laptop. Haikal tengok jam kat dinding da masuk jam 1 pagi. kejap lagi la dia tutup buku, tak pun main campak je buku latihan ni ke dalam beg sekolah. like seriously, malas gila aku nak baca semua jadah lahanat lagi musibat ni. SPM yang entah pape tu jugak la nak kena fokus sekarang ni. kata cikgu,kalau tak lulus atau gempak masa SPM, hidup kau akan hancur.
dia just angkat bahu je la bila dengar. dia nak bangkang cakap cikgu dia. most likely,kau boleh je hidup kalau kau tak excel sekali pun dalam SPM kau. tapi yeah, rakyat Malaysia selalu anggap, straight A+ masa SPM adalah super power gempak. seolah-olah nak cakap yang dapat result rendah SPM tu, masa depan da gelap gila babi macam kat dalam Gua Bubu sana. perspektif orang Malaysia da memang macam tu. contohnya makcik-makcik yang selalu gosip dekat luar rumah waktu petang.
"eh, anak kau belajar mana?"
"result anak kau okay?"
sebagai contoh, Mak Ngah dia. haha. kesian Zahid sebab Mak Ngah nak Zahid ni excel gila babi dalam setiap exam sampai sepupu dia tu da naik misery and tak boleh pikir lagi da. nasib baik mama dia okay and tak berapa nak push dia sangat. tak tahu la sama ada sebab dia da hilang ingatan jadi mama dia macam kasi ruang untuk dia dulu. entah-entah , mama pun dulu sama macam Mak Ngah,entah-entah lagi dasat! isk, kepala otak ni. mintak-mintak la dijauhkan yang mama dia bukan jenis kategori mendesak nak anak jadi apa and result macam mana. tapi so far dia tak pernah nampak pulak abang Umar dia kena marah kalau result kat uni dia tu teruk. aku tengok mamat tu selamba riang ria raya je walaupun result teruk nak mampus. aku pulak yang malu ada abang tak berguna macam tu. KAH KAH KAH.
Haikal tutup buku and naik ke atas katil. Mata Zahid fokus je tengok movie dekat depan mata. Haikal tengok dekat laptop and nampak si Zahid tu tengah layan Diary of Wimpy Kid.
"kau da habis study ke?" tanya Zahid tetiba. mata budak lelaki tu masih husyuk tengok laptop depan mata.
"belum." Haikal menguap. "lantak la. malas aku nak hadap da soalan topikal tu. mintak-mintak bila aku bangun esok, soalan tu da siap dengan sendirinya."
Zahid tepuk-tepuk bantal dekat riba dia and panggil Haikal baring kat situ. macam biasa Haikal baring dekat riba Zahid dan mata dia terpaku tengok movie dekat laptop. Zahid main-main rambut Haikal.
dua dua husyuk layan movie depan mata.
"Haikal." panggil Zahid.
"apa dia wahai mamanda sepupu ku." jawab Haikal sarkastik.
Zahid tersengih. "jargon prosa klasik mana kau guna ni?"
Haikal balas sengih. "mesti la kesultanan Melayu Melaka plus Gajah Mada. haa apesal?" Haikal dongak pandang Zahid.
Zahid diam tapi jari dia masih main-main lagi dengan rambut Haikal.
"yang ni soalan serius. after SPM, kau wish nak pergi mana?"
Haikal telan liur. budak ni da masuk mood serigala tengah malam ke apa tanya soalan luar alam and tanya pasal masa depan. rolling eyes. masa depan la sangat. HAHAHAHHA.
"still dont know yet."jawab Haikal perlahan. mata Haikal still kat skrin and tengok budak-budak tengah sorok dalam longkang. "kau tak payah la pikir sangat dengan harapan mak kau tu."
"okay." jawab Zahid pendek.
"Zahid." panggil Haikal.
"hurm." Tanda Zahid mendengar.
YOU ARE READING
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...