"Haikal." panggil Helmi si ketua kelas.
"apa dia?" Haikal dongak pandang Helmi. Kelas bising dengan bebudak gelak ketawa. Cikgu yang mengajar subjek Sejarah tak masuk lagi ke dalam kelas. Sebab tu la bebudak semua bising semedang je dalam kelas. Haikal pulak tengah husyuk melayan soalan Fizik last year sebelum kena tegur dengan Helmi.
"cikgu Syakila panggil kau dekat bilik guru."
Haikal kerut dahi. "apesal dia carik aku?"
Helmi angkat bahu. "tak tahu. Pergi je la jumpa and tanya dia. kan senang hidup kau."
"mintak-mintak la takde benda-benda pelik dia suruh aku buat lagi."
***
"free tak minggu ni? final debat bila?" tanya Cikgu Syakila.
"lagi 2 minggu. Kenapa cikgu?"
"minggu ni free tak?"
"free je kot rasanya."
"kalau free bagus la. sebenarnya,kawan cikgu dekat universiti ada buat kem untuk budak-budak sekolah. Dorang nak peserta dari pelajar sekolah menengah yang dari berlainan sekolah. Dorang mintak tolong cikgu carik sorang and cikgu terfikir kan kamu. Kamu free tak minggu ni? kem start dari jumaat petang sampai ahad petang. Kalau kamu free, then cikgu roger je la dekat kawan cikgu yang kamu nak join sama."
Haikal diam. "kem ni..." Haikal da was was bertanya. "kem hardcore ke kem apa? kalau hardcore jadah malas la saya."
"takde la. kem okay okay je. takde yang hardcore macam askar kena ro call pukul 6 pagi. Cikgu pun tak berapa tahu sangat kem apa yang kawan cikgu tu buat tapi cikgu rasa takde la teruk. Macam lebih kurang perbincangan and kem lawak-lawak , gelak ketawa lagha memanjang je."
Haikal berdengus nak tergelak.
"emm boleh la cikgu. Letak je la nama saya kat senarai kem tu. tapi.... macam mana saya nak pergi kat tempat kem tu?" tanya Haikal ragu-ragu lagi.
"cikgu nanti bawak kamu la pergi sana. Cikgu pun da lama tak balik uni sendiri." kata cikgu Syakila excited. "kem tu pun kat kawasan uni cikgu je."
"ooo, kalau cikgu willing nak bawak, saya pun tak kisah je la." Haikal sengih.
"oookies. Kalau macam tu, cikgu kasi je la nama kamu dekat kawan cikgu ye."
"ok." Haikal bulatkan ibu jari dan jari telunjuk tanda ok. Sengih. "coklat takde ke cikgu?" tanya Haikal teruja. matanya meliar teruja dan semangat atas meja cikgu Syakila untuk carik coklat yang boleh dimakan.
Cikgu Syakila julingkan mata ke atas. "pandai la tu nak pow cikgu." Cikgu Syakila bukak laci and keluarkan Black Forest. "cikgu da agak da mesti kamu akan mintak something punya la. nah." Hulur cikgu Syakila.
Haikal gelak-gelak je sambil sambut coklat tu. "thanks cikgu!"
***
Haikal letak beg kat dalam dorm. Yang paling tak boleh belah, rupanya Hafid pun ada sekali. Dia ingat, dia sorang je yang ikut pergi kem ni. apa la cikgu Syakila ni sesedap wasalam je tipu aku. Kalau aku tahu si Hafid ni ada sekali, memang tak la aku nak pergi kem ni. Hafid letak beg kat katil sebelah dia. ada lebih kurang 10 katil double decker dalam dorm tu. tapi still nice and still rasa seronok tak sesak sangat. Dorm tu terletak kat dalam hutan and dari luar dorm tu, design dia ialah kayu. Memang sangat-sangat cantik dan klasik. Dekat depan setiap katil double decker tu akan ada almari kayu yang cantik. Ada dia dengan Hafid je kat dalam dorm tu. budak-budak dari sekolah lain tak sampai lagi. cikgu Syakila da selamat borak sakan dengan kengkawan dia yang jadi fasi untuk kem ni. dia dengan Hafid kat dalam kereta cikgu Syakila tadi pun memang awkward barabas habis. Kalau cikgu Syakila cakap dengan Hafid , adik dia tu, Haikal memang tak menyampuk apa. kalau cikgu Syakila borak dengan dia pulak, Hafid tetiba diam tak berkutik and tak melayan. Tetiba Haikal rasa pelik dengan sikap budak tu. marah sangat ke apa aku keluar pi Cherating dengan Paan and -,- motif la nak marah pun. Selepas kejadian kat mamak tu, Hafid memang jarang tegur dia dah. Even masa berlatih debat sekali pun. Bagi Haikal, bagus la sebab tak la dia dengar Hafid membebel je. boleh cair taik telinga dia kalau dengar Hafid bising memekak.
"lapar tak?" tegur Hafid. Haikal terkejut. Budak tu duduk atas katil sambil makan cikedis. "nak?" tanya Hafid. Haikal yang memang perutnya tengah lapar memang tak pikir apa.
"boleh jugak." Haikal duduk kat sebelah Hafid and mula masukkan tangan ke dalam Chipdelle untuk amik Chips. Tetiba dia terbau Axe si Hafid. Kuat jugak budak ni pakai Axe. Haikal dengan Hafid tak borak apa pun walaupun duduk sebelah-sebelah sambil makan cikedis sama-sama. Masing-masing buat muka beku. Haikal terasa diri dia teruk. Makan cikedis orang lain tapi takde intention untuk tegur orang tu pun. Tapi da Hafid yang offer cikedis tu, aku makan je la. orang cakap, rezeki jangan ditolak and musuh jangan dicarik. KAH KAH KAH.
Pintu bilik dorm terbukak. "assalamualaikum." Seseorang bagi salam. Lepas tu ada seorang budak lelaki menjenguk di sebalik pintu untuk tengok ada orang ke tak sebelum masuk ke dalam dorm tu sambil tag FASILITATOR tergantung dari batang leher budak tu. kat tangan budak tu pun ada clipboard sekali sambil ada beberapa helai kertas tercepit kat situ. Budak tu datang ke arah dia dan Hafid sebelum kerut dahi pandang Haikal. budak tu tenung Haikal dalam-dalam.
"yes." Tegur Hafid. Jelas kedengaran suara Hafid agak macam tak selesa sebab budak lelaki tu tenung Haikal dengan pandangan yang pelik.
"err," budak tu terus pandang Hafid. "sekarang ni kitorang ada sediakan lunch dekat Dewan Delima kat bawah. Jom la makan dulu sebelum tunggu bebudak lain datang mendaftar." Ajak fasi tu. Budak tu pandang Haikal balik. "saya.... nak cek nama peserta yang daftar, nama kamu berdua apa ye?" budak tu selak-selak kertas dekat clipboard. budak tu clear kan anak tekak dia.
"Haikal Luthfy." Bagitahu Haikal.
Fasi tu terangguk-angguk kepala sambil tanda sesuatu pada kertas kat clipboard lepas Haikal bagitahu nama dia. "and lagi seorang? Nama apa ye?" tanya fasi tu lagi sambil pandang Hafid.
"Hafid Zamani." Bagitahu Hafid.
Fasi tu sekali lagi tanda sesuatu pada kertas kat clipboard sebelum pandang Hafid dan Haikal semula. "okay, dua dua nama ada. Already tick. jom la kita pergi makan dulu. Makanan pun banyak je kat Dewan tu. takde siapa yang da daftar lagi melainkan korang berdua."
"laa ye ke. okay jugak. Jom la makan dulu." Balas Hafid. "kitorang berdua memang lapar pun." Tetiba muka Hafid jadi ceria bila sebut hal makanan.
Haikal pandang Hafid nak tergelak. Kalau lapar pun, agak-agak la nak bagitahu lapar. Cuba la jangan terlalu jujur bagitahu yang perut tu tengah lapar. Cuba la cover sikit. Haha. Lepas tu, Haikal, Hafid and fasi tu bergerak keluar dari dorm dan mula bergerak ke Dewan Delima untuk lunch.
"so, nak panggil korang berdua apa? korang asal dari mana ni?" tanya Fasi tu ramah.
"panggil Haikal je." bagitahu Haikal. "kitorang dua dari sekolah kat area Klang Valley ni je. tu yang sekejap je sampai kat sini. Bebudak lain kenapa tak sampai lagi?" tanya Haikal dekat fasi tu. Hafid tetiba mendengus nak tergelak dengar soalan Haikal tu. mata sepet Hafid jadi makin sepet lepas tu bila budak tu sengih. Haikal pandang tak puas hati kat Hafid.
Fasi tu tergelak sikit jugak dengar soalan Haikal. "tak tahu la Haikal. mana la tahu sebab apa dorang datang lambat. Tapi rasanya sebab dorang dari tempat yang jauh kot. Sebab ada je pelajar dari Perak, Kedah and even Johor. That is why lambat kot."
Haikal hanya terangguk-angguk dengar explaination fasi tu. Padahal dalam kepala otak dia masa tu, da terasa aura nak baling kasut je kat Hafid. Sibuk je. memang la aku tahu soalan tu memang kedengaran agak bodoh, da tu, aku nak tanya apa lagi untuk break the ice? Hafid ni memang la macam babi.
"by the way, nak panggil apa ni?" tanya Hafid pulak. "nama apa? i mean, nama kau apa?"
"nama? Zayyan Hisha. panggil Hisha pun cukup. Nak panggil aku – kau pun okay jugak. Baru la tak rasa awkward sangat nak borak. Orang memang selalu panggil aku Hisha pun. Jarang ada yang panggil dengan nama pertama aku. nama Zayyan tu macam da terkubur takde orang guna." Sengih. Lepas cakap macam tu, Zayyan Hisha si fasi terus pandang Haikal lama.
"Zayyan Hisha." ulang Haikal sambil senyum. "sedap nama tu."
"thanks." balas Hisha semula. budak lelaki tu sengih lepas dengar pujian Haikal.
p/s
jeng jeng jeng! Part Hisha dah sampai! Hahaha. Ada sesiapa rindu Hisha tak?

ANDA SEDANG MEMBACA
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...