Chapter 5
Haikal tengok jam dekat dinding bilik. almost 12 tengah malam. Dia dengan Imran tengah meniarap atas katil tengok movie 42. Serious cool gila barbie cerita ni. tengah hari tadi, lepas siap-siap lunch, dia terus ikut Imran balik bilik budak tu. lepas mandi kejap, solat dan sewaktu dengannya, dia pun baring la kat katil Imran, dengan niat kononnya nak take a nap sekejap sebelum tanya Imran, "where is the bilik muzik la" dengan memberi alasan, "da berapa lama tak jejak sekolah ni, jadi memang tak ingat bilik muzik kat mana. Sebab tu tanya kau."
Tetapi segala angan-angan dan perancangan rapi dia tu, memang ditelan zaman dan ditelan mimpi entah ke mana. Take a nap dia tu tetiba da jadi tidur yang lena lagi panjang -,- bila bangun je , tengok jam kat dinding da pukul 6 petang and Imran pulak tengah tidur jugak sambil peluk pinggang dia. terus dia kejut Imran lepas tu and the rest is history.
Haikal tengok jam dinding lagi. da 12.30 pagi da. Movie 42 baru je habis. Dia pulak nak menangis tengok cerita tu. what a really sad story and movie kot! Korang semua patut tengok! Bahu kanan dia terasa sengal-sengal sebab Imran awal-awal lagi da gugur syahid lepas masuk jam yang pertama tengok movie tu. budak tu boleh bantai tidur pastu suka suka je buat bahu dia jadi bantal.
"Imran." kejut Haikal perlahan. takde reaksi dari Imran. "Imran." Haikal kejut kuat sikit.
"hurmm." Sahut Imran.
"movie da habis." Bagitahu Haikal. "Tidur betul-betul la."
"Hurm." Sahut Imran lagi tapi langsung tiada pergerakan dari Imran.
Haikal buat muka. -,- boleh tahan budak ni. memang macam budak kecik tak react apa-apa langsung. Last-last Imran tersentak bangun bila Haikal tetiba duduk and matikan laptop budak tu and letak atas meja belajar. Imran tengah gosok-gosok mata mengantuk dengan muka macam budak manja kat atas katil. Haikal menuju ke katil semula.
"jom tidur." Ajak Imran. suaranya serak sedikit. Entah kenapa Haikal rasa suara tu macam seksi. dan buat dia teringat kat seseorang. siapakah? -,- ah sudah kau ni Haikal. Jangan nak jadi songsang sangat suka kat lelaki pulak.
"ye la, ye la. nak tidur la ni." Haikal menuju semula ke katil dan terus baring lepas tu. Imran terus baring lepas tu sebelah Haikal dan perlahan-lahan peluk budak tu. Haikal cuba tahan rasa terkejut tu. serius rasa tak biasa gila tidur peluk-peluk ni. tidur dengan Zahid pun mana ada peluk-peluk macam ni. -,- this is pelik abadi la senang cakap. dia baring terlentang hadap siling, Imran pulak peluk mengiring sambil dagunya ada kat bahu Haikal. Dia boleh rasa nafas Imran yang panas tu kena kat pipi dia. perlahan-lahan. Turun naik. Turun naik. Turun naik dada budak tu amik nafas dan hela nafas. Jantung dia pulak da nak macam terkeluar da. Kenapa ni kau Haikal? Relax Haikal. Chill je. mohon bertenang ye Haikal. Da kenapa nak gelabah sangat. -,-
Kat dalam bilik Imran ni, ada satu katil je. dan bukan dua katil macam bilik-bilik lain. dan dia still confuse, apakah jawatan Imran dekat sini. Tetiba dia rasa Imran ni bukan student sebab dia ada ternampak jugak bilik-bilik budak lain, memang lain dan bukan macam bilik si Imran ni. memang lain sangat la. Imran ada bawak jugak dia pergi gym and pusing-pusing kolej tadi and semua macam hormat gila babeng la dekat budak si Imran ni. dia tak rasa Imran ni budak biasa. Dan actually, dia tak rasa Imran ni ialah pelajar. dan ye, Imran tak tanya apa-apa dekat dia, contohnya, kau buat apa datang sini? kenapa tetiba datang sini? kau pergi mana sebenarnya tetiba menghilang? kau duduk mana? those question memang takde langsung.
"sejuk la." bisik Imran garau sambil mata tertutup.
"emm?" balas Haikal balik. Tak berapa dengar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...