Chapter 3
Haikal duduk dalam kereta tu dan pandang ke arah seberang jalan. Dia duduk dekat seat sebelah pemandu. Pemandu kereta tersebut ialah Zahid. Somehow, dia teringat dekat something and someone bila dia duduk dalam kereta, i mean, dia duduk dekat seat sebelah pemandu dan pemandu dia ialah orang kacak membunuh. Tetiba dia terasa macam bau masin pantai dan angin pantai. Apa je la tak kena dengan kau ni Haikal. Memory disorder betul. Zahid pandang ke arah seberang jalan jugak. Dia pandang ke arah apa yang Haikal tengah pandang sekarang.
Zahid matikan enjin kereta. "tak nak masuk?" tanya Zahid. Dia pandang Haikal.
"entah la." Haikal masih ragu-ragu nak masuk dan jejak semula ke sekolah lama dia tu.
"la pulak. Kenapa?"
"aku, aku, aku.." Haikal tergagap-gagap
"kau takut semua orang kat sekolah tu tak suka kau?"
Haikal terus sandar. Dia pandang depan. "lebih kurang la."
Zahid sandar jugak. Dia pegang stereng kejap-kejap. "selagi kau tak jumpa dorang, mana kau nak tahu kan whether kau ni baik ke jahat zaman dulu-dulu."
Haikal diam je. Zahid pun diam jugak. Suasana diam dalam kereta. Haikal keluar dari kereta dan tutup pintu kereta lalu berdiri tepi kereta. Zahid tanggalkan tali pinggang dan keluar dari kereta. Dia tenung Haikal.
Tetiba dada Haikal terasa pedih macam ada something pernah terjadi dekat situ. Tapi dia tak tahu apa dia. sesuatu yang sedih. Dia tarik nafas perlahan. "aku nak balik." Haikal masuk ke dalam kereta semula. tutup pintu kereta kuat.
"okay." Zahid masuk ke dalam perut kereta, tutup pintu kereta, start enjin kereta, masuk gear dan berlalu dari situ. Haikal alihkan pandangan keluar kereta. Maybe next time dia jejak situ. Maybe. Ye, maybe next time.
"kau pernah sedar tak yang kau ni pelik?" tanya Zahid.
Haikal buat muka pandang Zahid. Sesuka je kata aku ni pelik. Dia rasa sepupu dia tu lagi pelik. Kadang-kadang tetiba je menghilang hujung minggu tanpa dapat dikesan. Baru la dia nak ajak jejalan ke apa ke, tapi mesti budak lelaki tu hilang macam tu aja.
Dia da duduk rumah Zahid almost a month da sekarang. Da mula nak biasakan diri dengan Zahid. Da mula nak biasakan diri dengan keadaan sekeliling. Ingatan dia tentang perkara lepas memang tak pernah nak masuk dalam kepala otak dia. tapi dia kira bersyukur je sebab tak berapa nak kisah sangat. Kalau ada memori tentang masa silam yang nak datang singgah dalam kepala otak dia, dia amat alu-alukan, tapi kalau tiada memori yang nak datang singgah pun, dia okay je.
Dia dengan bebudak sekolah dan kengkawan Zahid amat la okay. Dia mula dapat get along dengan bebudak baru semua. Walaupun dia tak ingat apa yang dia belajar tahun lepas, tapi alhamdulillah la otaknya tak berapa nak lembab macam apa je, dia cepat tangkap apa yang cikgu ajar dan hasilnya, dia gelak membahan Zahid bila markah test dia lagi tinggi dari budak tu. Zahid tunjuk muka benci dan tuduh dia meniru. Terus dia sekeh kepala Zahid lepas tu. punya la aku study rerajin, sesuka dia je nak cakap aku meniru. Cis.
"aku rasa kau lagi pelik." Balas Haikal pulak.
Masa ni Haikal dan Zahid tengah duduk hadap Kuala Lumpur dari Bukit Ampang. Duduk dekat divider dan pandang suasana petang sambil makan aiskrim malaysia 20 sen tu. angin sepoi sepoi bahasa terjah tubuh budak berdua tu. Zahid tolak shade ke atas sebelum gigit sedikit aiskrim milo dia.
"aku rasa kau pelik sebab kau tak pernah nak amik kisah pasal masa silam kau." balas Zahid.
Haikal sengih je. "come on la cousin. Aku rasa kau lagi spooky sebab tetiba menghilang malam jumaat and hujung minggu. What are you doing? Where are you going? Tukar jadi harimau jadian ke apa? Bila aku bangun waktu pagi je, baru la aku nampak kau tengah tidur. Entah jam berapa kau balik pun aku tak sedar."
YOU ARE READING
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...