Haikal and Hisha duduk dekat depan Gua Kecil tu untuk lepas lelah. memang mengah buat Ekologi report dekat Taman Negara ni. kalau jadi ranger dekat Taman Negara ni , mahunya kurus and jadi kacak bergaya sentiasa. Lary dengan Trisha yang da sampai dulu dekat Gua Kecil da mula masak maggi untuk budak-budak yang baru sampai Gua Kecil. Ranger awal-awal da sangkut hammock and baring dekat situ.
"pukul berapa sampai?" tanya Hisha dekat Trisha. Hisha dengan dia duduk lepas penat dekat tepi Trisha yang tengah kacau maggi. Hisha kenal dengan Trisha ni masa sama-sama dekat Color Run Melaka. Lary pulak pakwe kepada Trisha and baru je first time join-join volunteering macam ni. lebih kurang sama level dengan dia je as a newbie. KOH KOH KOH.
"lama jugak. ada la jugak dalam 2 ke 3 jam lepas. pastu duduk bertapa dalam gua kejap." jawab Trisha.
"oh, apa yang ada dalam gua tu?" tanya Haikal nak tahu. "ada feeling macam Ali Baba tak?"
Trisha sengih je. "ada la jugak. Lary siap selamba buat bunyi macam gaya tarzan je."
Haikal dengan Hisha terus tergelak.
"eh korang. nanti bila maggi ni da siap, korang pandai-pandai la ye makan sendiri. aku dengan bebudak lain da makan da. aku nak pergi mandi sungai kejap dengan Lary." lepas tu Trisha gerak ke sungai and join Lary and bebudak lain. Haikal dengan Hisha tengok je Trisha yang riang ria raya gerak ke sungai.
Haikal terus baring rebahkan diri atas tanah. Hisha da geleng kepala pandang dia.
"what?" tanya Haikal. "penat kot."
Hisha baring sebelah Haikal. "agak la."
jeda.
dua-dua pandang langit and daun-daun hijau kanopi Hutan Hujan Tropika Malaysia.
"tapi seronok." ulas Haikal perlahan. "dapat banyak kawan. and also dapat kenal kau jugak." Haikal pandang Hisha yang baring sebelah dia.
Hisha tersengih. "sebelum ni tak kenal sangat ke?"
"Nayy." Haikal buat muka. Hisha da tergelak. "sebelum ni macam tak berapa kenal. kita menjadi rapat secara tetiba and kau macam da kenal aku lama je dari gaya kau borak."
"mungkin kita pernah jumpa sebelum ni." Balas Hisha sambil angkat bahu.
"what?" Haikal menjulingkan mata ke atas. "kita jumpa dekat alam mimpi? ataupun kau dari memori aku yang hilang?"
"jumpa kat alam mimpi?" Hisha tergelak. "aah, aku termimpikan kau lepas tu esok bila aku bangun pagi esoknya, aku baru sedar yang aku kena mandi wajib sebab termimpi pasal kau."
Haikal tolak bahu Hisha. "lucah la."
Hisha da berdekah ketawa. Budak-budak yang mandi sungai memang tak sedar apa da walaupun Hisha gelak macam cilaka je. Ranger yang tidur kat hammock sekadar keluarkan kepala dari hammock dan pandang dorang berdua sekilas sebelum sambung tidur balik. Haikal da rasa yang mesti ranger tu pikir dorang berdua ni gila sebab gelak kuat macam apa je kat dalam hutan.
"aku rasa maggi da siap la." Haikal jeling maggi yang tengah menggelegak panas. "jom makang." ajak Haikal.
"lets. aku pun da lapar barabas ni."
lepas tu dia dengan Hisha makan maggi yang Trisha masak tadi tu guna mass tin je. memang tak wujud la pinggan mangkuk dalam hutan belantara ni.
"Haikal." panggil Hisha.
Haikal yang tengah husyuk sedut maggi tak pandang Hisha. mak aih, sedap gila kot. memang la air tangan Trisha ni sangat umph. ke sebenarnya dia memang tengah lapar? jadi memang tak pandang orang sekeliling pun. and kalau lapar, semua makanan pun akan jadi luar biasa sedap gila.

ANDA SEDANG MEMBACA
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...