Dalam pinggan Zahid ada Nasi Putih, Ikan Pari Masak Asam Pedas, sayur Bendi and sedikit Kerabu Mangga. Haikal yang da kecur liur tengok lauk Zahid, terus amik pinggan and isi dengan Nasi Kosong, Ikan Keli Goreng, Telur Masin, pastu tambah kuah asam pedas sikit. konon tadi tak nak makan. sekarang Haikal da lebih sudu dari kuah. Zahid gelak.
"konon malas nak makan. pui."
Haikal sengih je. tambahan untuk Haikal, Zahid tempah ABC special siap ada topping aiskrim dengan ceri merah atasnya.
"Mak Ngah dengan Pak Ngah pergi kenduri dekat mana?" tanya Haikal. cuaca agak panas. walaupun ada kipas besar alam dekat tepi meja dorang berdua, tapi still peluh da leleh dekat dahi and belakang badan bagai. Haikal hirup sikit ABC dia untuk hilang panas.. Zahid pulak minum milo ais je. "apesal kau tak ikut dorang pergi kenduri?" tambah Haikal.
"mak suruh tunggu kau balik. and lagipun aku malas la. dorang pergi kenduri dekat Tanjung Malim. jauh sangat la untuk aku ikut sama. soalan topikal Bio tak siap lagi. dengan Fizik cikgu Pipah lagi untuk esok. Kuiz pasal Hasan Al Banna lagi. Prosa Klasik BM cikgu Belida. agak-agak la pun nak kasi soalan. aku tahu la nak spm." Zahid da mula merungut sambil masukkan sikit ikan pari ke dalam mulut dia.
"kau-memang-aneh." kata Haikal sambil kerut dahi. "sejak bila pulak kau ni kaki study? mesti ada something. kau bukan ke kaki study tengah malam-malam buta?"
"saja je ubah angin."
"poyo." Haikal gelak. Zahid gelak sikit sebelum budak lelaki tu minum milo ais.
"aku nak siapkan segala jadah tu sebab malam ni aku nak pergi tengok gig. nak ikut?"
Rahang Haikal macam nak jatuh da. "serius meh. aku tak pernah pergi gig." kata Haikal perlahan. "tapi macam seronok je." entah kenapa tetiba dia jadi sangat teruja bila Zahid cakap pasal gig. tetiba dia terasa macam adrenaline rush berlumba lumba dalam badan. da macam excited kena kejar anjing pun ada. hahahahaha. bangangnya perumpamaan.
"nope. kau selalu pergi gig sebelum ni cuma kau tak ingat je. kau la ajar aku pergi gig bagai sebelum ni."
"oh." Haikal terdiam kejap. dia terasa macam terfaktab sekejap. berapa banyak benda agaknya yang dia tak ingat atau tak tahu pasal diri dia sendiri ye?
"awat diam?"
"no la. aku just curious yang apesal aku tak ingat langsung pasal gig ni ataupun kau reka-reka je. apesal aku tak ingat banyak benda yang aku pernah buat sebelum ni? even kau cakap pasal gig ni pun, aku takde memori pasal benda tu. aku cuma rasa excited je bila kau cakap pasal gig tapi the memori....." Haikal terdiam sebelum tunjuk muka frust. "takde langsung. sebelum ni kita pernah pergi berdua ke gig ni?" Haikal cuba nak perah ingatan and ingat pasal benda alah ni semua tapi dia terasa useless. dia tak ingat apa. apa la memori aku ni tak nak bekerjasama dengan aku. haila haila.
"pernah." Zahid sambung makan and telan ikan pari perlahan-lahan masuk ke anak tekak. "ada la jugak beberapa kali kita pergi sama. kita layan Hipikay, Jalberwocky, Standard Shire, Xuan, Creepy Hues,Sister Mariana." Zahid tengok Haikal macam muram and lepas tu dia tambah. "and banyak lagi la. jangan risau la Haikal. lama-lama nanti kau ingat la balik pasal memori kau tu. maybe dia amik masa and kau tak payah la pikir banyak sangat kay." pujuk Zahid.
"emm, ye la." lepas tu dua dua diam layan makanan depan mata. Haikal da tenggelam pasal gig dan cuba ingat balik benda-benda lepas and Zahid pulak husyuk hadap ikan pari depan mata. "malam ni jam berapa Zahid?" tanya Haikal tetiba.
"around 8 ke 830 macam tu kita gerak la."
"kat mana?"
"Santa Claus."
YOU ARE READING
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...