Volume II Remaja, CH28

1K 60 23
                                    

"okay, malam ni kita akan buat night walk." Bagitahu Hisha. masa ni semua orang da berkumpul kat Dewan Utama. semua peserta ada 20 orang. 10 lelaki dan 10 perempuan. kira well balance la jugak. and nasib baik la semua peserta yang ada dekat sini semuanya seronok-seronok belaka. memang mix habis la. ada yang datang dari Terengganu, Kedah, Johor, Melaka and all that. kalau dalam hostel tu, memang meriah melayan kerenah budak-budak dari pelbagai negeri ni.

Haikal tengok jam. da pukul 11 malam. gila la -,-. da kenapa nak buat Night Walk tengah-tengah malam ni. aku da la lemah betul dengan malam and night walk ni. macam mana kalau nampak benda-benda pelik? hurm. -,- mulut tu tak boleh nak cabul lagi ke Haikal? lahanat betul pemikiran bila masuk mood malam-malam buta macam ni.

"okay, semua. jom berkumpul kat luar." ajak Hisha.

Haikal terus bangun dan mengikut belakang Hafid. Sebelum dorang start night walk ni, dorang ada je buat aktiviti ringkas kat dalam Dewan Utama tu. biasa la , sebelum nak borak-borak and rapat dengan semua orang, mesti akan ada sesi ice breaking kan. bagi dia, sesi ice breaking yang fasi semua buat ni quite fun jugak la. mula-mula dia ingat Cikgu Syakila tu just drop dia dengan Hafid je kat kem ni and lepas tu terus balik rumah ke apa ke. tapi masa sesi ice breaking tadi, dia tengok kakak si Hafid tu pun ada sama. tapi duduk kat belakang je la. Hafid ada bisik kat dia and budak lelaki tu pun naik pelik apesal kakak dia tak balik rumah lagi.

"aku curious betul bila tengok kakak aku tak balik lagi. apa la dia buat agaknya kat sini?" kerut dahi.

"agak la. aku pun pelik jugak. aku rasa dia dating la dengan pakwe dia. dari tadi aku tengok dia dok betempek dekat seorang lelaki tu. kau kenal tak pakwe dia?"

Hafid mendengus nak tergelak. "motif aku nak amik tahu pasal siapa pakwe kakak aku." Hafid angkat bahu. "lantak dia la. aku nak enjoy je kem ni. eh, petang tadi pergi mana?" tanya Hafid

"oh?" Haikal sengih, "petang tadi pusing-pusing area sini."

"dengan siapa? sorang je?"

"mesti la bukan sorang. dengan Hisha. budak lelaki tu yang ajak." jawab Haikal sambil bibirnya menjuih ke arah Hisha. terus berubah air muka Hafid bila Haikal cakap yang dia pusing-pusing area situ dengan Hisha. "petang tadi kau ke mana? takde pun kat katil masa aku bangun dari tidur." tanya Haikal balik.

"oh, aku keluar kejap dengan kakak aku untuk beli barang sebab aku tertinggal tuala dengan berus gigi."

lepas tu Haikal dengan Hafid berhenti cakap sebab Hisha suruh beratur lurus-lurus and jangan bercakap sebab aktiviti Night Walk akan bermula sebentar lagi.

"okay. kita akan buat Night Walk kejap lagi." cakap sorang fasi kuat. apa entah nama mamat ni. Abu Hashim? Ali ? ah, gasak la. hahahaha. yang penting dia tahu, dia selamat je buat Nignt Walk ni tanpa nampak benda pelik-pelik.

"siapa yang nak pergi toilet, boleh pergi dulu. kembali semula ke sini dalam masa 5 minit. siapa yang tak nak pergi toilet, just tunggu sini je." arah Fasi tu. lepas tu Haikal terus gerak menuju ke toilet untuk berpipis. hahahahahahahahhahahahaa. berpipis pun boleh ye Haikal. tapi sumpah, malam ni agak sejuk. jadi dia memang terasa nak kencing sangat. lepas puas berpipis, terus dia basuh tangan and kembali semula ke barisan Night Walk. oh, dia da bukan berdiri belakang Hafid da. Hafid da beratur kat depan barisan. dia sekarang beratur dekat belakang budak lelaki bernama Aqil.

"okay, semua da ada? seluar semua da pastikan ketat? kita tak akan buat Solo Drop ke Blind Trail ke apa ke. memang Night Walk only. and kita pun tak akan release anda semua ke dalam hutan seorang by seorang. keluasan hutan ini ialah 1100 hektar. anda main-main masa Night Walk dan kalau anda hilang, tu masalah anda. jangan salahkan kami pulak. okay, rules and regulations Night Walk ni. macam biasa, siapa ada torchlight sila serahkan pada fasi. Fasi, pastikan hanya orang pertama dan orang terakhir je yang ada torchlight. yang lain-lain tak dibenarkan pegang torchlight." lepas tu ada beberapa orang fasi yang berjalan sekitar barisan peserta untuk pastikan semua orang serahkan torchlight yang ada. "kita akan buat headcount dari depan sampai ke belakang selepas ini. pastikan anda semua ingat nombor masing-masing. that is your name once you enter the forest. jangan gunakan nama anda langsung masa kat dalam hutan. faham?"

Volume II RemajaWhere stories live. Discover now