Volume II Remaja, CH26

1K 77 17
                                        

Haikal, Hisha dengan Hafid duduk bertiga dekat meja bulat yang ada dekat dalam Dewan Delima tu. Hisha tak makan and bila Haikal ajak budak lelaki itu makan sama, terus fasi nama Hisha tu balas.

"naa, its okay. Da makan da. Aku da baham almost semua makanan yang ada dekat sini." Lepas tu budak tu sengih memanjang tengok dia dengan Hafid makan. Haikal telek budak Hisha tu atas bawah. Kalau tengok sekali imbas, budak tu memang body lean fit habis. Ada muscle pada lengan. Selalu main bar la kot. Senyuman manis tapi kadang-kadang nampak muka macam serius la pulak.

Mindfuck sangat seorang Haikal bila dia telek seorang jejaka di hadapan matanya ini. Dan ye, dia terasa aneh bila dia usha dan telek sedalam-dalamnya seorang manusia bernama lelaki dan bukannya gadis. Tapi aneh, dia rasa muka Hisha ni macam familiar.

"so, kenapa tetiba nak join kem ni? macam mana boleh tahu pasal kem ni?" tanya Hisha curious.

"kenapa tanya macam tu pulak?" Haikal sengih. "kem ni rahsia sangat ke apa?"

"tak la." Hisha kerut dahi sikit. "macam pelik sikit sebab korang berdua boleh masuk kem ni sebab ye la, kitorang pilih peserta pun secara randomized je. langsung takde spesifikasi apa-apa pun. jadi, macam mana boleh tahu pasal kem ni?"

"kakak aku kawan kepada salah seorang fasi kat sini." Kata Hafid dalam. " tu yang dapat tahu pasal kem ni. mula-mula kakak aku just ajak Haikal ni masuk. Aku macam tak terlibat sangat pun. Tapi tetiba kakak aku cakap, kawan dia perlukan lagi seorang untuk join kem ni. jadi aku pun offer diri la. so, dari aku melangut kat rumah tak buat apa, why not aku join kem ni." Hafid jeling-jeling Haikal masa dia cakap macam tu.

Haikal pandang Hafid. Macam ni rupanya mamat ni boleh terlibat sama join kem ni. kalau aku tahu awal-awal yang Hafid ni join sama, memang aku angkat kaki je malas nak join kem ni.

"sebenarnya kem ni pasal apa?" tanya Haikal. "err, dia tak macam kem tentera kan? Kena bangun pagi bagai and ada roll call?"tanya Haikal risau. Aku malas betul nak join kem yang ala-ala tentera ni.

Terus Hisha tergelak. "takde la kiddo. No worries la. korang semua akan fun je kat sini. Kem ni ala-ala outdoor sikit. Kitorang try nak apply kan aktiviti outdoor kepada orang selain daripada student uni kitorang. Ye la, nak try aktiviti yang kitorang ada dan tunjukkan kepada client baru. Selalunya kitorang just offer kepada universiti student je. So why not, ada satu hari tu, bila ye? around last week jugak la. Ada satu pegawai tu kata kat kitorang, apa kata buat selling product sikit and try buat income. Dia kata, kitorang semua ada skills jadi try la jual skills tu pada umum. And yeah, tadaa. Korang la semua kitorang punya first client. Takde kenakan bayaran pun sebab kitorang sendiri nak try and error and tengok either this is good or not. Kalau good and dapat banyak positive feedback, then kami orang akan teruskan je la. Kalau bad and negative feedback tu banyak sangat, then kitorang akan try tengok dulu mana yang salah and silap. Kalau still boleh diperbetulkan, kitorang akan betulkan and then teruskan jugak. Tapi kalau da sampai saturation point yang tak boleh diubah kesilapan tu, then cancel la program ni."

"jadi apa je program ni offer? What kind of activity je yang program ni ada?" tanya Hafid.

"macam-macam." Kata Hisha ceria.

"ye la. apa je yang ada?" tanya Hafid lagi. Haikal tengok Hafid sekali lagi. da kenapa mamat ni macam cold semacam je kat Hisha ni. relax la. bukannya mamat Hisha ni ada buat salah kat kita berdua pun. Yang tetiba nak marah semacam ni kenapa? Ke budak berdua ni ada grudge sebelum ni yang dia tak tahu? Ah lantak. Ada aku kisah la pulak kalau mamat berdua ni pernah gaduh sebelum-sebelum ni.

"em," Hisha macam berfikir-fikir kejap. "alaa, tak surprise la kalau da bagitahu awal-awal. Nanti takde la surprise element. Korang berdua tunggu je la malam ni. malam ni start first activity. " Lepas tu Hisha angkat-angkat kening. Haikal sengih je. Hafid pulak mencebik. Dia da terasa nak angkat tangan kat Hafid. Muka tu tolong la jangan cemberut sangat.

Volume II RemajaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang