Haikal terkebil-kebil pandang siling. Bunyi hujan and air hujan yang hempas tingkap bilik Hisha memang buat suasana sekarang best gila. Rasa tenang je. Hisha kat sebelah dia tidur pulas macam tak sedar apa yang kalau bom atom macam dekat Hiroshima tu jatuh berdentum dekat sebelah dia pun, mamat tu still tak sedar apa. Haikal tersengih sebelum baring mengiring tengok Hisha dalam-dalam. jari dia bermain-main dengan anak rambut Hisha. sambil tu matanya sempat tengok jam kat dinding. baru 530 pagi. Awal lagi. entah kenapa dia terjaga awal sangat. mungkin sebab dia tak biasa tidur dipeluk and that is why sekarang dia terjaga. Hisha tidur peluk dia and like seriusly, dia rasa macam best gila. hahaha. ayat macam keji tapi tu la apa yang dia rasa. sejuk sebab hujan pun dia tak rasa sangat sekarang ni.
Haikal ke depan sikit dan mencium dahi Hisha perlahan sebelum jari telunjuknya lalu ke hidung, lepas tu bermain-main sikit di bibir Hisha sebelum jatuh ke dagu Hisha yang ada baby janggut. Bibir Hisha merah sangat tanda budak lelaki tu tak merokok. Haikal senyum nakal. entah kenapa dia terasa macam seronok gila sekarang ni. adakah sebab dia tidur sama dengan Hisha? ataupun sebab dia tahu secara mengejut malam tadi yang rupanya Hisha juga ada simpan perasaan yang sama dengan dia.
jantung berdegup kencang bila tahu perasaan antara satu sama lain! Haikal da sengih sorang-sorang bila dia teringat tentang malam tadi. haha, tapi takde apa la sangat yang terjadi, just cium-cium macam tu je. dia pun tak mampu nak bayang lebih dari tu.
"Haikal." suara Hisha serak tanda tersedar dari tidur. "kenapa terjaga?" budak lelaki tu pandang Haikal depan mata. "kau tak selesa ke?" mata budak lelaki tu kuyu gila.
Haikal terus blushing sebab dia terasa Hisha ni dekat betul cakap dengan dia. "eh tak la. tak la. rasa biasa je."
"da tu, kenapa terjaga awal sangat ni?" suara serak Hisha masih kedengaran. sheesshh. mamat ni kenapa suara dia macho gila pagi-pagi. Haikal terasa nak tampar diri sendiri supaya tak buat benda pelik-pelik kat Hisha. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
"terjaga je." kata Haikal perlahan.
"da da." Hisha usap rambut Haikal perlahan. "tutup mata. tidur balik. esok nak jejalan lagi." Haikal menurut kata Hisha dan pantas tutup mata. Hisha menguap tanda budak tu tak cukup tidur. tangan yang digunakan untuk usap rambut Haikal pantas digunakan untuk tutup mulut masa menguap.
Haikal bukak mata balik sambil kerut dahi. "pergi mana?"
Hisha tutup mata tanda tak melayan Haikal. Haikal goyangkan badan Hisha. "Hisha." panggil Haikal. "apa ni. kau tadi da celik. kenapa sekarang tutup mata balik?" rungut Haikal.
Hisha tergelak kecil sebelum pandang Haikal dengan mata kuyu dia. "kenapa sayang sorang ni? Okay la, okay la. pagi nanti kita pi la jejalan mana-mana." Hisha picit-picit pipi Haikal geram. "da tu? takkan nak duduk dalam bilik je?" Hisha sengih nakal.
Haikal rasa nak fliptable sebab malu gila sekarang ni. hahaha. siot la Hisha. apa mamat ni cakap? aku mula la nak blushing bagai.
"eh? kenapa blushing blushing ni?" Tanya Hisha nakal.
Haikal terus malas nak layan sebab malu. "aku nak tidur dulu la Hisha. goodnight." Haikal terus membelakangkan Hisha.
Hisha da gelak-gelak. Budak tu makin eratkan pelukan dari belakang Haikal sambil menyanyi kecil. Dagu budak tu da bersandar kat bahu Haikal. nafas da terkena kat tengkuk Haikal.
"kau nyanyi lagu apa ni Hisha?" tanya Haikal yang berada dalam pelukan Hisha. "aku makin tak boleh tidur adalah." Haikal da gelak-gelak.
"da da. tidur tidur." Hisha makin eratkan pelukan sambil usap-usap tangan Haikal.
"for sure kejap lagi aku mimpi ngeri sebab dengar kau nyanyi." gumam Haikal.
"yang tu kurang ajar."

ANDA SEDANG MEMBACA
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...