Volume II Remaja, CH21

951 59 1
                                    

Haikal husyuk je tengok Paan masukkan minyak masak ke dalam botol minyak K2 sebelum sambungkan kepala botol dengan hos yang ada dekat stove dragonfly K2. Haikal lepas tu tengok Paan pusing-pusingkan apa entah dekat hos tu, lepas tu api menyala dekat Dragonfly. Paan amik periuk K2 dan letak atas Dragonfly pulak lepas tu. Masukkan air masak sikit, lepas tu koyak paket ransem dan masukkan ke dalam periuk K2. Lepas tu tutup balik periuk K2. Paan pusing-pusingkan something dekat kepala hos dan api semakin kuat dekat stove. Haikal husyuk je tengok Paan buat kerja. Kalau nak ditelek, barang-barang yang Paan tengah guna memang semua K2 punya. Mamat ni ada hubung kait family dengan K2 ke apa? barang semua nak cop power gila je.

Lepas tu Paan amik plastik yang dalamnya ada beras. Amik Mass Tin dan curah beras ke dalam Mass Tin. "sayang, tolong isi kan air sampai paras sini." Paan mintak tolong dekat Haikal sambil tunjuk paras air yang diminta. Haikal amik Mass Tin yang dihulur dan mula gerak manakala Paan mula curahkan isi-isi sardin ke dalam Mass Tin yang lain. Tak lama lepas tu,Haikal hulur balik Mass Tin yang ada beras and paras air yang dimintak oleh Paan. Paan letak Mass Tin yang ada beras yang dihulur Haikal atas pasir sebelum capai stand dengan solid fuel. Paan capai chopstik dan mula hulur kat Haikal.

"erk? Nak buat apa?" dia da kerut dahi.

Paan sengih je sebelum gosok-gosok kepala Haikal. "tolong tengokkan and kacau sikit ransem tu. bagi dia sebati sikit."

"Oh, okay." Kata Haikal perlahan. malam ni Paan jadi chef. Jadi dia ikut je la segala arahan Paan. Dia memang buta memasak, jadi better dia ikut apa je arahan budak tanned tu daripada membantah. Kang kalau membantah, entah apa jadi agaknya. Hahahahahhahaha. lepas tu Haikal gerak tepi periuk K2 dan mula bukak penutup ransem tu. asap berkepul-kepul keluar dan semerbak bau makanan muncul tetiba.

"sedapnya bau!" kata Haikal teruja. budak tu memang amik feel betul masa bau makanan keluar dari periuk K2. Haikal mula kacau perlahan-lahan ramuan ransem yang ada dalam periuk K2 tu.

"emm, sedapnya!" puji Haikal lagi. Paan senyum tengok Haikal sebelum budak lelaki tu letak solid fuel dalam stand, keluarkan lighter dan mula bakar solid fuel. Lepas solid fuel da terbakar sikit, dia mula letak Mass Tin atas stand tu.

"kejap lagi kita makan kay." Cakap Paan sebelum senyum pandang Haikal.

Kawasan Pantai makin lama makin gelap dan orang makin kurang. Kalau yang ada pun, orang-orang yang memang pasang khemah dekat situ. Tapi masing-masing cari makanan kat kedai-kedai yang ada dekat situ. Dia patut bagi kredit kat Paan sebab budak ni buat kelainan dengan memasak. Dia agak impress sebab kat celah mana je la budak lelaki ni pandai buat Outdoor Cooking. Pandai guna semua alatan pulak tu. Serius rasa tabik spring doink toink dekat mamat muka tanned tu.

"abang nak tukar baju kejap." Kata Paan. "tolong tengok-tengokkan yang lain ni ea. Sardin dalam mass tin tu biar dulu. Lepas abang tukar baju, abang sambung masak."

"okay abang." Jawab Haikal sambil gulp telan liur. Paan suruh tengok-tengokkan? Macam mana kalau tetiba ada yang hangus atau terbakar? -,- apa ke bangang entah pikir macam-macam. Haha, mintak-mintak takde la sampai terbakar ke apa ke. Oh Paan, tukar baju cepat sikit!

Apa yang dia mampu buat sekarang ni Cuma kacau-kacau ransem dan tengok-tengok bekas Mass tin yang ada nasik tu. dia bukan boleh bukak pun Mass Tin sebab panas. Lagipun Paan cakap, just tengok je and tak suruh buat apa-apa pun. Tapi Haikal, macam mana kalau nasik tu da masak? Nanti kau kena marah dengan Paan pulak sebab sah-sah nampak kau tak cek nasik tu and sah-sah nampak sangat yang kau tak tahu masak nasik. Ni bukan guna barang eletrik, ni masak guna api kot! Kalau guna rice cooker tu, dia tahu la secara dang dang dang yang nasik tu da masak. Ni guna benda alah outdoor cooking ni memang buat dia jadi bangang sekejap. entah macam mana agaknya nak cek yang nasik tu da masak ke belum.

Alamak! Macam mana ni? nak cek nasik ke tak? nak cek ke tak? nak cek ke tak?

Haikal bergerak perlahan-lahan ke arah Mass Tin dan mula pikir, alahai, cemana pulak nak bukak Mass Tin ni. Haikal gigit bibir. Dia rasa pegang pemegang dan angkat ke atas je la kan? Haikal capai pemegang Mass Tin dan angkat ke atas. Asap berkepul-kepul keluar dari dalam Mass tin. Haikal sengih. Tak la susah pun. Just angkat je penutup Mass Tin and tengok je la sama ada nasik da masak ke belum.

Tetiba dia terlepas pegang pemegang Mass Tin tu dan penutup Mass Tin tu kena kat kaki dia sebelum penutup bergolek ke tepi.

"Ouch! Fuck! Sakit sial." Haikal semerta mencarut dan melompat lompat sebab sakit. mata da bergenang sikit sebab kaki dia rasa sakit sangat macam baru kena cucuh dengan api. Ah shit betul la. dia duduk untuk tengok kaki dia dan nampak macam bekas lecur sikit. Tapi tak la teruk sangat. Tahap biasa-biasa je. Paan jenguk kepala dari dalam khemah tanda curious. Kaki dia ada bekas merah tanda benda melekat dekat kulit. Sakitnyaaaa....

"kenapa sayang?" Paan jalan ke arah Haikal tergesa-gesa dan mula tengok. Budak tu baru pakai seluar je and tak sempat pakai baju lagi. "macam mana boleh jadi macam ni? tunggu kejap. " Paan mengeluh sebelum masuk ke dalam khemah balik dan bawak keluar Mini First Aid. Zip dibukak and Paan mula bubuh something dekat kesan panas tu. Tangan dia terus pegang lengan Paan dan mula menggeliat sakit sebelum perlahan-lahan rasa sejuk mula wujud dekat kaki dia.

Paan duduk depan Haikal. Haikal tunduk je tak tahu nak cakap apa. "explain."

"err,"

"apa dia?"

"Haikal Cuma nak tengok je nasik tu da masak ke belum." Kata Haikal perlahan. dia pandang Paan. Paan pandang dia balik.

"cemana boleh terjatuh penutup mass tin tu? Sayangg.." Paan usap rambut Haikal sebelum cium dahi budak tu. "kalau masak nasik dalam mass tin, tak payah tengok-tengok dalam Mass Tin tu. kalau solid fuel, yang benda putih dalam stand tu habis, maknanya nasik tu da masak. Abang memang letak dua cukup-cukup untuk masak nasik."

"Haikal tak tahu. Mana tahu nasik tu da masak sangat ke apa ke, Haikal Cuma nak tengok-tengokkan je." Nada suara Haikal macam nak nangis da.

Paan peluk Haikal sekejap sebelum lepaskan balik. "sian dia." pastu gosok-gosok balik rambut Haikal sebelum cium dahi Haikal perlahan. "nasib baik tak teruk sangat kaki ni. kalau teruk sangat, agaknya kena hantar hospital, pastu kena potong sebab nakal sangat."Paan gelak. Haikal tunjuk muka cemberut. Paan tutup balik Mass Tin tu. "abang nak pakai baju kejap. Sayang la ni," Paan gelak. "tengok , abang tak sempat nak pakai baju pun. Tunngu kejap. Jangan buat apa-apa." terus Paan masuk balik ke dalam khemah semula untuk pakai baju.

p/s

sweet chapter ni tak boleh nak panjang panjang. haha. nanti kena potong kaki! korang rasa Haikal and Paan ni sesuai tak with each other? hehe. by the way, jangan lupa tekan button vote (star) sebagai tanda like kalau suka dengan chapter ini. dan yeah, jangan lupa tinggalkan komen dan ajak orang lain baca kalau rasa cerita ini super awesomeeeeee. hahaha. terima kasih kerana membaca! have a good day!

Volume II RemajaWhere stories live. Discover now