Haikal bukak google mail. da lama jugak dia tak bukak email sebab busy kerja mencari rezeki halal jaga kaunter tiket bas. nak cakap kerja dia sebagai penjaga kaunter tiket tu senang, emm, tak la jugak. HAHAHHAHAHAHAHA. banyak jugak cabaran yang dia kena hadap dengan orang sekeliling. dengan customer yang banyak cekadak la, dengan customer yang nak menipu la, dengan ulat tiket la apa la. kadang-kadang isu takde duit kecik pun satu hal. aku pun tak paham dengan manusia zaman sekarang. Okay fine, maybe salah aku jugak sebab takde baki duit kecik, tapi kau nak suruh aku buat apa lagi kalau betul-betul memang da takde duit kecik?
Zahid tak balik kerja lagi dari wayang. Haikal tengok jam kat dinding. almost tengah malam jam 12. selalunya waktu-waktu macam ni, kejap lagi Zahid akan sampai ke rumah pastu merungut pasal hal-hal yang berlaku kat wayang. contohnya, terjumpa kondom dekat tandas wayang, marah orang yang kiss - beromen bagai dalam wayang, bertegang urat dengan orang yang rakam movie dalam wayang and so on. Zahid ni sejak kerja, memang kuat berangin betul mamat tu.
By the way, sekarang dia da ada motor sendiri. Hip Hip Hooray!! Hari tu Zahid teman dia pergi beli motor dekat kedai yang dekat-dekat dengan area rumah. Mak dia kirim duit siap siap dekat Mak Ngah dia and lepas tu, dia boleh beli motor pilihan dia sendiri. but yeah, motor tu sah-sah la bukan atas nama dia sebab dia takde lesen motor lagi. tapi memang selamba je la dia pergi kerja dengan takde lesen bagai semua. KAH KAH KAH. kalau kena saman dengan polis, memang selamat je la dia kena bayar beriban beratus. tunggu la dia cuti atau duit beriban banyak sikit, baru dia bercadang nak amik lesen. nak buat lesen zaman sekarang punya la mengarut dia punya yuran. macam bangang mahal. Tapi tu la kan, entah macam mana dia boleh pengaruh mak dia untuk belikan motor terlebih dahulu berbanding ambil lesen. Heh.
Haikal usha email dia atas bawah atas bawah. mostly email dia adalah dari Nuffnang, Churpie, Twitter and jugak Facebook. tengah gigih scroll down, baru dia perasan yang dia dapat email selain dari empat email yang selalu dia dapat tu. Haikal klik email tu. emm, mintak-mintak bukan freud email la. hahahahhahahahaha. mostly freud ni memang macam bangang pastu buat cerita sedih. cerita freud yang paling femes semestinya la yang korang telah mewarisi harta berjuta lemon dari seseorang yang telah pun mati ataupun, korang telah menang loteri dari microsoft la apa la itu la ini la. pffft. email murahan.
Haikal baca dari mula sampai habis email yang dia dapat tu and kening dia makin lama makin naik ke atas sebab mengalami kepelikan berganda bila baca isi kandungan email. Dia klik perkataan inbox sekali lagi untuk tengok nama email yang hantar pada dia itu.
"AlumniKTE@hotmail.com" gumam Haikal.
"woitt."
Haikal terkejut sebelum berpaling ke arah pintu. Zahid baru balik dari kerja and terus letak beg sandang kat tepi almari.
"kau tengah buat apa tu?" tanya Zahid menyeringai. "haaaaa, kantoi tengok porn!"
Haikal julingkan mata ke atas. "baca email." jawab Haikal yang pandang semula ke arah laptop. jantung tetiba berdegup lagu. oh fuck. kau da kenapa wahai jantung? Takkan la jantung nak berdegup kencang hanya sebab dia tengok Zahid sekadar sepintas lalu?
Zahid terus tanggalkan baju lepas tu main campak je atas katil and terus bergerak ke arah Haikal yang duduk kat meja belajar hadap laptop. Zahid berdiri belakang kerusi Haikal dan tundukkan pandangan untuk baca apa yang ada dekat skrin laptop Haikal. Tangan Zahid kiri dan kanan ditopang pada meja belajar. sekilas pandang nampak macam Zahid peluk Haikal dari belakang walaupun Haikal duduk selamba je dekat kerusi tu. Haikal tak boleh nak pusingkan kerusi dia sebab Zahid betul-betul berdiri belakang dia.
Haikal terus terbau Axe yang dipakai oleh Zahid. "kau pakai perfume apa ni?" tanya Haikal walaupun dia da tahu perfume apa yang dipakai oleh Zahid tu sebab ye la, setiap kali nak shopping barang-barang rumah ke dapur ke keperluan diri ke, memang dia semedang je pergi berdua dengan sepupu dia tu. dia tak tahu kenapa, tapi dia suka bau yang ada kat Zahid tu. tetiba dia blushing. da kenapa tetiba nak blushing dekat sdepupu sendiri la setan? sure kau ni incest la Haikal. mari la kita tampiaq diri sendiri sebab berfikiran super bangang. HAHAHAHHAHAHAHAHAH.
ANDA SEDANG MEMBACA
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...
