Volume II Remaja, CH39

1K 66 18
                                        

Haikal duduk bertapa dekat ruang tamu rumah sambil mulutnya mengunyah twisties tak berhenti. telinga da tekap dengan earfon. mata memang selamba da terpaku pada laptop tengok National Treasure. bila terasa haus, pantas dia capai slurpee yang dia letak kat atas meja sebelah laptop tu. Pak Ngah and Mak Ngah macam biasa, kalau hujung minggu mesti keluar pergi kenduri dekat mana-mana. dia and Zahid pulak lepas tu akan menjadi mayor utama rumah tersebut. Zahid akan buat perangai half naked dalam bilik sambil main game tak henti and dia pulak sekarang dapat hobi baru buat movie marathon non stop. Tapi hari ni Zahid tak main game sorang-sorang kat dalam bilik, hari ni kawan dia siapa entah datang main game sekali. but for sure, dia tak kenal and tak pernah nampak mamat yang datang tadi tu.

Zahid dengan dia masing-masing dapat kerja part time sementara tunggu result SPM and then masuk mana-mana matrik atau uni or kolej or whatsoever. Zahid kerja dekat GSC buat sementara waktu and dia pulak dapat kerja kat kaunter tiket bas. kebetulan hari off dia dengan Zahid sama pulak minggu ni iaitu hari sabtu and ahad. kalau minggu lain, jangan harap la nak dapat cuti hari sabtu and ahad. memang wasalam je la. So far, memang berguna jugak Zahid kerja dekat GSC tu. sebab memanjang je dia dapat tiket wayang free setiap masa.

Zahid tu pulak memang tak pernah ajak orang lain selain dia untuk tengok movie baru kat GSC tu ha. so far, memang jimat duit dia semedang bila bab masuk tengok wayang. last week, dia dengan Zahid baru layan The Age of Adaline dekat wayang nu ha. beberapa hari sebelum tu dorang layan Spy. rasa nak putus urat bontot dia gelak tengok Spy dekat wayang. Melissa Mccarthy is effing dope.

Haikal cabut earfon and tekan pause pada laptop dia. dia bergerak menuju ke bilik tidur untuk pastikan yang Zahid masih bernyawa. perut da lapar and nak mintak diisi dengan lauk pauk serta nasik. nak harapkan twisties 24 /7 untuk isi perut, memang tak la dia mampu bertahan. orang melayu tetap orang melayu, dia memang kena penuhi nafsu serakah lapar tu dengan nasik jugak and bukan twisties atau jajan semata.

Dari luar bilik dia boleh dengar Rihanna memekak dengan lagu Man Down. Haikal cuba bukak pintu bilik tapi berkunci. da kenapa mamat ni nak kunci pintu kalau nak main game semata. Haikal terus ketuk pintu.

"woi Zahid." Haikal ketuk-ketuk pintu bilik Zahid. tapi tetap takde respon. Haikal kerut dahi. da takkan aku nak menapak ke tingkat bawah pastu amik kunci pendua semata-mata nak bukak pintu bilik mamat ni. Haikal ketuk-ketuk lagi. "woi Zahid!" still takde respons. Haikal baru nak berlalu turun ke bawah , tetiba pintu bilik terbukak kecik. nampak kepala Zahid dan half badan dia yang tak berbaju tu.

"weh kenapa?" tanya Zahid.

"lapar. kau tak nak pergi makan ke?" tanya Haikal. "and kau apesal messy semacam je ni? rambut serabai. kau baru lepas beromen ke baru lepas main game?" tanya Haikal pelik.

Zahid jentik dahi Haikal. "entah pape entah pikir macam tu. jom la pergi makan. kita pergi dengan kawan aku sekali la."

Haikal angkat bahu. "tak kisah je pun. aku tunggu kat bawah la. kau jangan bersiap macam perempuan. nak keluar pergi makan je pun." amaran Haikal.

Zahid tersengih je. "baiklah mamanda sepupuku." Canda Zahid sebelum tutup pintu.

***

Haikal naik tangga menuju ke bilik semula. mana la mamat si Zahid dengan kawan dia ni. sah sambung main game la tu tak berhenti. da pukul 1230 tengah hari kot! sekarang ialah waktu makan tengah hari dan aktiviti bermain games pada waktu tengah hari rembang adalah dilarang sama sekali. Haikal menapak menuju ke bilik dengan hati yang mendongkol geram. korang ni tak lapar ke apa? sampai je depan bilik, terus dia bukak pintu bilik and lepas tu, apa yang dia nampak depan mata dia, memang la buat dia terpaku tak boleh nak gerak. -,- dude, what is going on over here?

Volume II RemajaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang