*By the way, untuk Volume I Remaja, aku ada jual soft copy for it. Sesiapa yang berminat, boleh whatsapp aku, 017 6326242 untuk beli. Harga ialah rm30 untuk chapter 1 sampai chapter 30. (dekat wattpad only have chapter 1-chapter 20). Siapa yang nak beli, can hit me up right away! <- can help me tambah rejeki waktu RMO ni. Hahahahahah.*
Ketiga-tiga budak yang duduk bersama dia dan Zahid tu borak sakan. Setelah borak sakan tadi, akhirnya Haikal tahu juga siapakah manusia tiga orang itu. Terima kasih pada Zahid sebab tolong dia dengan memulakan perbualan terlebih dahulu.
Budak lelaki yang pakai baju kemeja kotak-kotak merah, banyak cakap dan yang pertama tegur dia ialah seorang budak lelaki yang bernama Adam. Mamat ni anak orang kaya. Like super kaya. Takde la dia tanya trang tang tang pada Adam sama ada budak tu anak orang kaya ataupun tidak, tapi the way budak tu cerita, pergi cuti sana sini, beli barang sana sini macam esok ialah hari kiamat, memang nampak la macam anak lord somewhere. Yang muka macam cina, yang Zahid kata dia minat tengok tu, nama budak lelaki itu ialah William. Mak bapak kahwin campur sebab tu dapat muka macam dia yang super kacak.
Haikal perhati je sepupu dia yang lebih tumpukan perhatian pada William berbading dua orang kawan dia yang lain. Macam cilaka betul sebab tak ikhlas dalam berkawan. Haha. Lagi seorang, yang pakai kemeja biru pula bernama Dani. Mamat ni memang jenis sopan santun sungguh. Mamat Dani ni pun macam beri vibe anak orang kaya.
Tapi, siapa je yang bukan anak orang kaya yang sekolah dekat KTE? Kau la tu kan Haikal? Hahahhaa. Mamat bertiga tu juga ialah roommate dia sewaktu di KTE dulu. Dan Adam yang paling cemberut sebab,
"Sebab kau langsung tak bagitahu kitorang yang kau nak pindah. End up tengok katil kosong, cadar dah takde, barang dalam almari takde."
Dani dengan William angguk bersungguh-sungguh sokong statement dari Adam.
"At least bagitahu la kau nak pindah ke apa ke. Lepas tu bila dekat Dublin, takde contact kitorang juga." Adam sambung bebel. "We dont have your facebook, twitter, ig or any social media."
Haikal gelak-gelak bersalah. Zahid pandang dia pelik. "Sorry. Takde niat pun nak chow macam tu, Cuma rushing je pindah. Family aku pindah sana sebab bapak tukar kerja dekat sana." Tapi sejujurnya, dia sendiri pun tak faham dengan diri sendiri dan apa yang dah terjadi. Kenapa dia pindah tak bagitahu kawan-kawan dia? Ada apa-apa yang terjadi ke? That is so weird of him. And nope, dia tak bagitahu pun lagi pada Dani, Adam dan William yang dia mengalami kemalangan super tragis dekat Dublin dan terus hilang ingatan serta langsung tak ingat apa apa lepas itu.
Yeap, tak ingat langsung tentang anda anda sekalian semua.
Dia dapat bayangkan budak bertiga tu will super freak out dan tanya banyak soalan non stop kalau dia cerita. So, yeah, dia tak akan cerita.
Adam mendengus. "Takde kau, bosan tau dalam bilik."
"Aah." Ia William. "How I wish we can finish our study together at KTE."
"Yeah, tapi life kena move on kan." Kata Dani. "Since kita pun dapat jumpa balik sekarang ni, why not we cherish it together."
"Awhhh, so sweet jawapan kau Dani." Canda Adam. "Sejak ada marka ni kan, kemain ayat dia berbunga-bunga."
Muka Dani terus merah. Yang lain gelak-gelak je.
"Anyway, kita boleh belajar lepas ni sesama." Tambah William semangat. Dan perbualan lepas tu berkisarkan tentang soalan SPM yang entah pape, sekarang tengah buat apa dekat rumah, nak sambung mana lepas ni yadaa yadaa bka bla bla.
William cakap sekarang dia jadi tutor for anak jiran jiran dia dan ianya menarik minat Zahid untuk borak lebih lanjut bersama William. Pfft, sejak bila entah budak tu nak ambil tahu hal pelajaran. Adam pula duduk rumah goyang kaki, dasar anak orang kaya yang kalau tujuh keturunan spens pun, takkan habis punya la. Dani pula sometimes buat freelance tulis artikel untuk majalah dan blog dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...