Volume II Remaja, Ch 11

1.1K 71 9
                                        

Hari ni latihan debat habis lambat sebab esok da nak first round dekat Simpang Lima. Kepala da berasap pandang semua kertas hitam putih dekat atas meja library tadi. Mata da kelabu tengok fakta semua. Tadi masa latihan pun dia banyak kali kena marah dengan Hafid sebab budak tu tak puas hati dengan fakta yang dia kasi. Katanya tak cukup bagus. At least, dia boleh terima dengan apa yang Sufiyan cakap sebab budak tu cakap baik-baik je dengan dia. ni tak, Hafid niiiiii. Garang dia memang la menakutkan betul!

Sufiyan , at least after beberapa kali berlatih, boleh bergelak dan borak sakan dengan dia walaupun topik borak tu agak terbatas sebab apa yang Sufiyan selalu borakkan adalah mengenai politik, hal-hak belajar ataupun isu universiti macam AUKU dan sebagainya dan bla bla bla bapak bosan topik perbualan dengan Sufiyan ni. Dia ni memang tak la nak hadam semua tu. dia rasa mengantuk kalau Sufiyan mula keluarkan topik-topik macam tu. lagi-lagi waktu petang yang memang lentok nak tidur. tapi dia layan je la si Sufiyan ni walau se nerd mana pun dia sebab kalau tak borak dengan Sufiyan, dia nak borak dengan siapa la pulak kan?

Tapi Hafid ni la kan, perangai singa dia tu tak pernah berubah, entah apa dia tak puas hati dengan aku pun, aku tak tahu. Terasa nak baling buku berkoyan tebal atas meja library kat muka dia pun ada jugak. Kadang-kadang dia cuma tergagap sikit atau terlupa term term sebagai pendebat pertama, tu pun Hafid da bising. Bising yang agak memang bising habis dan memang bising pun -,-. Taik telinga da boleh cair dengar dia marah. Sial, malang siapa kahwin dengan kau nanti.

Haikal sepak-sepak batu tunggu Zahid dekat bawah pokok. Mana je la budak ni pergi . tadi Zahid texting dia, cakap yang dia akan amik Haikal jam 4 petang nanti. Ni da 4.15 petang. Jangan kata budak ni tidur. Cuba untuk telefon tapi tak angkat pulak panggilan tu. Haikal gelisah sorang-sorang. Gelisah plus panas plus peluh plus tak selesa nak mandi. Gila rasa miang badan sebab peluh. Kalau boleh dia terasa nak bogel je kat situ. Tak pun, kalau ada mana-mana air terjun, da lama dia terjun kat dalam tu.

Oh damn, where are you la Zahid barbados. Haikal tunduk bawah tengok fon lagi, mana tahu Zahid ada texting apa-apa ke. Natang memang takde.

Ada bunyi motor berdecit depan dia. dia pantas tengok ke depan, mana tahu Zahid ke. Boleh jugak dia buat muka lega. Tapi malangnya bukan Zahid. Kimak, ni Hafid.

Hafid tolak visor. "kau apesal tak balik lagi?" tanya Hafid beku dari atas motor.

"aku tunggu sepupu aku amik." Kata Haikal.

"eh kau ni memang cakap perlahan ke? Cuba la kau cakap kuat sikit. Aku tak dengar la." marah Hafid. Muka Haikal da merah sebab malu kena marah dengan Hafid. Sial apa budak ni tetiba nak mengamuk. Hafid ni agak-agak la kalau nak marah pun. Ni tempat umum kot. Kalau dalam library tu aku boleh terima lagi.

"aku tunggu sepupu aku amik." Kata Haikal kuat sikit. "tapi dia tak sampai lagi. aku telefon dia tapi dia tak angkat."

"da, da, naik motor aku. Aku hantar kau balik. Rumah kau kat mana?"

"huh?"

Hafid buat muka. "kau pekak ke apa? aku cakap naik motor aku kan sekarang. Aku hantar kau balik!"

Aduiiii. Kena marah lagi. sial la. da berapa kali kena sembur je dengan Hafid ni. sial, sial, sial. Haikal datang mendekat dekat Hafid.

Hafid hulur halmet dekat Haikal. "kau jangan ingat aku tak tahu kau mengumpat aku dalam hati. rumah kau kat mana?"

Haikal amik halmet dekat tangan Hafid dengan hati yang mendongkol. "Taman Platinum."

"dekat dengan rumah aku."

"huh?" Haikal tak berapa nak dengar sangat sebab dia tengah carik alasan nak kasi kat Hafid yang dia tak nak budak tu hantar dia balik rumah.

Hafid buat muka balik. Haikal da gelabah bila Hafid buat muka garang. "okay, okay, aku naik motor kau sekarang." Terus lepas tu Haikal duduk belakang Hafid dan betulkan halmet. Dan motor bergerak laju menuju destinasi.

Volume II RemajaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang