Hafid, Sufiyan dengan Haikal duduk bertiga kat mamak Al Hameed tu. semi debat baru habis and nasib baik menang lawan SKI. Mata untuk dua dua buah sekolah da hampir sama and Haikal memang terasa nak buat sujud syukur bila sekolah dia menang and bukannya SKI. Sejak dia balik dari Cherating, Hafid da kurang cakap dengan dia. kurang marah, kurang bebel dan jugak kurang cakap. Kurang cakap tu yang paling obvious. Tak tahu kenapa. tapi bagus jugak bila Hafid kurang bercakap sebab dia memang malas nak hadap Hafid tu.
Selepas dia balik dari Cherating jugak, Paan ada jugak try contact dia through whatsapp tapi dia buat dono wassalam je tak layan mamat tu. pergi mampus. Malas pulak dia nak melayan mamat romeo musibat lahanat tu. dia rasa kalau dia jumpa mamat tu kat dunia nyata, mesti da selamat terbang da mamat tu sampai ke Antartika sana.
"mahu order apa?" tanya mamak
"milo ais." Jawab Haikal pantas.
"emm, saya nak Lai Chee Kang." Order Sufiyan. "cuaca panas la bos hari ni. Lai Chee Kang kasi umpph sikit kay."
"bagi saya ais kosong je la."
"makan pulak?" tanya mamak lagi.
"nasi goreng ayam. Mamak." Kata Haikal.
"roti sardin." Order Sufiyan.
"Maggi Goreng mamak."
Lepas da habis order, terus mamak tu belah dari situ. Sufiyan terus bersandar kat kerusi. "pheww. Nasib baik semi tadi kita menang. kalau kalah, memang sia-sia je la kita berlatih sampai 2,3 pagi." Sufiyan awal-awal lagi da longgarkan tie dia tu.
"mata aku da barai da." Kata Hafid perlahan. "aku rasa macam ada benda bergayut kat bulu mata aku je ni." Hafid menguap sebelum tutup mulut guna tangan. Mata budak tu yang memang sepet makin bertambah sepet lepas menguap.
"mengantuk." Rungut Haikal. Haikal sembamkan muka ke meja makan. "bila final debat?" terdengar suara budak tu bergumam dari sembaman kat meja.
Sufiyan angkat bahu. "tak tahu lagi. eh? Hari tu kau pergi Cherating dengan siapa?" terus Haikal spontan angkat kepala pandang Sufiyan. "Lupa aku nak tanya masa kita berlatih. Ye la, masing-masing sibuk nak carik fact. Kau pergi dengan siapa?" Sufiyan ulang soalan. Hafid da start main fon. Da tak peduli dekat Sufiyan dengan Haikal yang berbual.
"errr," Haikal ragu-ragu nak bagitahu. dia pun tak tahu sama ada nak jawab soalan Sufiyan tu ke tak. dia jeling-jeling Hafid. Tapi dia tengok budak tu macam tak dengar pun perbualan antara dia dengan Sufiyan."aku pergi dengan kawan sekolah lama aku dulu."
Sufiyan angkat kening. Hafid kerut dahi sikit walaupun tengah husyuk tengok fon. "uuuu, siapa weh? Kau dating ea? Perghh, dasat siak dating sampai ke Cherating. Macam la area sini takde. Kau tengok ni Hafid, si budak kecik ni, siap pergi dating ke Cherating tu." Sufiyan sengih.
Haikal buat muka. "dulu aku sekolah lelaki la makhluk. Takde maknanya nak dating bagai semua tu."
Sufiyan semerta tergelak bila dengar ayat Haikal tu. Hafid terus angkat muka pandang Haikal.
"siapa?" tanya Hafid.
"huh?" Haikal tak paham soalan Hafid. Tetiba je cakap siapa. Siapa yang apa?
"pergi Cherating dengan siapa?"
Haikal terdiam kejap. Sebelum jawab pendek. "Paan."
"oh." Hafid terus sambung main fon.
"kau kenal ke Hafid kawan si Haikal tu?" tanya Sufiyan.
"kenal je." jawab pendek.
"siapa?" tanya Sufiyan pandang Hafid sebelum terdapat pengertian kat muka Sufiyan. "ohh! Okay. Aku da tak tanya da."
ANDA SEDANG MEMBACA
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...
