Volume II Remaja, CH18

995 54 1
                                    

Haikal duduk dekat meja belajar. Telinga da berdentum dengan lagu-lagu dari System of A Down dan selang seli dengan Plain White T's sikit dari earfon. Dia memang perlukan ketenangan lagu-lagu metal sikit kalau nak jawab soalan add math. Padahal Plain White T's takde la metal sangat! HAHAHAHAHAH. Over gila kau. Soalan add math SPM 1999 ada dekat depan mata dia terbukak. Mata da berpinar tengok soalan. Apa ke jadah soalan tahun 1999 susah gila bak hang. Dia rasa soalan add math, year by year makin senang la pulak. Dan soalan-soalan 90's memang susah gila babi punya.

Haikal letak Shaker kat atas meja sebelum gosok-gosok mata. lepas tu menguap. Kat luar langit da gelap. Tengok jam kat fon, da pukul 10 malam. Dia usha Zahid. Budak tu tengah husyuk tengok movie kat atas katil. Cabut earfon dan dia mula join Zahid kat atas katil tengok movie.

"kau tengok cerita apa syaiton?" Haikal amik tempat sebelah Zahid.

"Abraham Lincoln Vampire Hunter." Kata Zahid pendek. Budak tu husyuk je tengok cerita tu. tak amik kisah pun dengan ayat syaiton dari Haikal tadi. haha, kadang-kadang si Zahid ni panggil Haikal benda yang sama jugak.

"perghh, cool. Aku pun tak pernah tengok cerita ni." kata Haikal teruja.

"sama la dengan aku. Ni baru first time tengok cerita ni. da diam. Tak payah nak bebel. Tengok je cerita ni."

"aku tahu la." Haikal amik bantal untuk peluk and baring kat riba Zahid lepas tu husyuk tengok Abraham Lincoln lawan bunuh vampire semua. sakit kepala buat add math membuatkan dia malas nak bersandar kat katil macam si Zahid tu. Henfon dia berbunyi perlahan tanda ada wassap masuk. Haikal amik fon. Angkat kening. Paan yang hantar wassap dekat dia.

Paan : esok buat apa je?

Haikal : dont know yet. Maybe ada kelas tambahan. Kenapa?

Paan : Ingat nak ajak jejalan.

Haikal : Where?

"Zahid." Panggil Haikal. dia dongak pandang Zahid dari bawah yang tengah husyuk tengok movie. ye la, dia kan tengah baring kat riba Zahid ni.

"emm." Sahut budak lelaki tu tanda mendengar. "apa dia?" mata masih tak berkalih tengok Abraham bunuh vampire guna kapak. Husyuk gila.

"esok kita ada kelas tambahan tak?"

Zahid angkat bahu tanda malas nak melayan. "tak tahu. Malas aku nak pergi kelas tambahan kalau ada. Sabtu hari tidur aku."

"sloth." Haikal da sengih-sengih.

Zahid tekan space bar dekat laptop lepas tu pandang Haikal. Abraham yang tengah lari-lari dekat movie da berhenti gerak. "kelas tambahan bosan. Bosan gila. Aku rasa mengantuk. Aku nak tengok TV. Aku nak tengok Spongebob. Aku nak tengok Patrick. Aku nak tidur. Sabtu hari berehat kot. Aku tak paham kenapa Malaysia nak sangat buat kelas tambahan masa hari sabtu." Rungut Zahid. Tekan space bar balik and nampak Abraham sambung lari balik. "what is so special about SPM? It is just a test." Mumbling.

Haikal terus tekan-tekan fon dia.

Haikal : okay, esok free.  nak jumpa dekat mana?

"aah, aku pun tak paham kenapa semua orang nak kecoh-kecoh buat kelas tambahan lagi, cukup la aku pandang subjek kimia, fizik, bio jadah-jadah semua tu hari senin sampai jumaat. Takde maknanya aku nak tengok semua tu hari sabtu. Sakit kepala." Haikal kasi pendapat.

"tahu takpe." Kata Zahid. "kau tahu, aku kadang-kadang tak paham kenapa orang Malaysia ni agungkan sangat SPM tu. kau gagal SPM, tak bermakna hidup kau da tamat. Kau still boleh pergi tempat lain. Tak semestinya matrik, asasi, INTEC ke apa ke tempat yang bagus-bagus tu final tempat yang kau mesti pergi."

Volume II RemajaWhere stories live. Discover now