Sambungan flashback!
"hello, nak cakap dengan siapa?" kedengaran suara budak lelaki yang angkat fon Hafid. Kat belakang memang bising dengan banyak suara. Kat mana la pulak mamat Hafid ni.
"Hafid ada?" tanya Haikal. Haikal tengok jam. 12 minit nak masuk kapal terbang. Mana kau ni Hafid. Siapa pulak yang angkat telefon kau ni.
"oh jap ea. Hafid pergi basuh tangan tadi." Kata budak lelaki tu.
Jeda. 10 saat. 20 saat. 30 saat. Tik tok tik tok. Masa terus berlalu.
"hello." Suara garau Hafid kedengaran. "em, Luthfy, nak apa kau telefon ni?"
Sedihnya hati bila Hafid cakap macam tu dengan dia. da tak mesra langsung. "Lulu nak balik Ireland ni. abang kenapa tak balas mesej Lulu?" Tanya Haikal perlahan.
"perlu ke aku balas mesej kau?" ayat Hafid dingin.
"perlu la abang Fid." balas Haikal pantas.
"kau pergi la telefon Paan sana. Aku rasa kau salah telefon orang ni. dan tak payah nak ngada-ngada panggil aku abang Fid. Aku rasa geli. Kau ada nak cakap apa-apa lagi tak? aku busy ni."
"dengar la cakap Lulu dulu." Rayu Haikal
"eh pergi mampus sana la kau. tak payah nak telefon aku lagi. kalau aku tahu kau telefon aku atau texting aku dalam masa terdekat ni, jangan harap aku layan kau lagi."
"sampai hati abang Fid." Haikal da sedih. Babi, apesal aku nak sedih ni?
"da da. Pergi sana kau. pergi kau dengan Paan kau sana tu. lagi satu, aku dengar kau panggil aku abang Fid, tahu la nasib kau. "
KLIK. Hafid letak telefon.
***
Sekarang Dublin tengah musim luruh. Daun warna warni bersepah. Haikal dalam perjalanan ke sekolah dia dengan berjalan kaki. Dia tak tahu apa cerita pasal Hafid since then sebab setiap kali dia nak contact Hafid, Hafid akan buat bodoh je. cerita sebenar dia berbunyi begini.
Masa dalam kereta nak menuju ke IKEA tu, tetiba kenangan sekolah buat dia teringat akan something. Tetiba dia terasa nak tanya khabar and jumpa kengkawan sekolah lama dia. for example, John rumate si Hisha tu and Adam bekas rumate dia kat hostel. And dia nak jumpa Paan untuk cakap several last thing and nak mintak maaf bla bla bla and last dorang jumpa pun, dalam keadaan tak berapa baik which is dia tumbuk Hisha masa tu. dan entah kenapa, dia tak rasa nak jumpa Hisha tapi dia okay je kalau nak jumpa Paan. Bila pikir pasal Hisha, tetiba terasa macam ada benda mencucuk kat dada dia.
Jadi, bila dia mula sebut nama Paan dalam kereta, Hafid yang memang cepat jeles terus cemberut dan buat muka. Haikal tahu yang Hafid ni memang kuat jeles tapi tak sangka la pulak sampai marah macam tu sekali. And the rest is history which is Hafid kurang bercakap masa kat IKEA and dia kena maki dekat KLIA dan dalam perjalanan menuju ke Dublin, ia nya terasa sucks sebab dia kenal Hafid dalam flight jugak and kenangan dalam kapal terbang hanya buat dia rasa nak menjerit.
Dia tak la sampai tahap yang dia suka pada Hafid lagi. dia Cuma rasa , dia boleh rely on pada manusia bernama Hafid. Hafid, Hafid, kenapa kau garang sangat kat aku ni?
Pintu utama da tak jauh. Dia boleh nampak bangunan paling tinggi bahagian utara sekolah dia tu dari sini. Hanya terletak kira-kira 50 meter jauh dari dia je. dia tengok jam tangan. Da tak banyak masa sebelum sesi pertama akan bermula. Sesi pertama untuk hari ini ialah kelas Bahasa Perancis – Bahasa Antarabangsa. Sekolah dia tu terletak seberang jalan dan lepas tu terus je dia berlari-lari anak melintas jalan tanpa pandang kiri kanan. Dan BOOM! dia terasa badan dia macam tercampak.
***
Haikal terus terjaga bangun dan nafas dia tercungap-cungap macam baru lepas marathon 30 km. Dahi da berpeluh. Dia terasa belakang badan dia basah dengan peluh walaupun kereta full dengan aircond. dia terasa betul-betul tercampak kena langgar kereta.
"Haikal? kau okay ke ni?" tegur Sufiyan dari tempat duduk penumpang kat depan. Hafid kerling Haikal dari belakang.
"kau okay tak Haikal?" tanya Hafid pulak. Suara garau budak tu nampak macam risau. Dari kerutan dahi pun nampak yang budak tu risau gila.
"okay, okay." Kata Haikal perlahan. sekarang dorang dalam perjalanan balik dari MGS dan mereka menang pusingan ke 2. Sufiyan kata dia nak pergi jumpa awek dia dulu, jadi macam biasa turunkan dia dekat PJ Train Station sebelum Hafid dengan dia chow cin cau balik rumah.
Mimpi dia tadi memang dia ingat. Memang jelas betul dalam mimpi. Dia bersandar pada kerusi dan pandang luar tingkap. Jadi memang betul la dia pernah couple dengan Paan dulu. Dan bila dia ingat mimpi dia tadi, tetiba dia terasa benci kat Hafid pulak. Atas sebab-sebab bodoh dia kena marah dengan budak tu. dan Paan jugak. Pasal benda bangang dorang gaduh dan dia baru tahu yang Paan pernah curang kat dia dulu. Semua ni memang bodoh. Dan yeah -,- dia pernah kena rogol paksa dengan Paan dan jugak Imran. tapi dia rasa dalam mimpi tu, dia macam kurang sorang je la. siapa kah?
Dalam mimpi dia ada jugak Imran kata something. Ah, -,- dia memang tak ingat sangat tapi dia rasa Imran pun sama macam Paan je. perangai babi.kereta berhenti dan Sufiyan mula turun. Dan siapa pulak Hisha? muka budak tu tak nampak dengan jelas sangat. Siapa pulak budak tu? bila dia teringat nama Hisha dalam kepala otak, dia terasa dada macam ada sakit mencucuk dan rasa sedih sikit. Da kenapa aku ni?
"aku chow dulu!" kata budak tu semangat sambil lambai-lambai tangan berlalu dari kereta dan masuk ke PJ Train Station.
"Lulu," Panggil Hafid. Budak tu pandnag belakang tengok Haikal. Haikal pandang Hafid sekejap sebelum pandang luar balik. "teman abang Fid duduk depan boleh?" pintu Hafid.
"okay." Balas Haikal separuh sebelum dia duduk kat tempat pemandu di depan. Lepas Haikal duduk kat depan, Hafid masuk gear dan kereta mula bergerak dari situ.
"Lulu okay?" tanya Hafid concern. Haikal diam tak menjawab. Hafid tengok Haikal sekejap-sekejap tanda nak tengok sama ada budak itu okay atau tak. kenderaan banyak kat Federal Highway. "kita makan cendol nak tak Lulu?" ajak Hafid ceria. "abang terasa haus la."
Haikal diam je. dia tak jawab ajakan Hafid. Haikal pandang luar tingkap tengok kereta yang banyak tanpa mempedulikan Hafid. Lepas tu terasa tangannya macam dipegang. Hafid tengah meramas-ramas tangan dia sambil budak lelaki tu bawak kereta.
"Lulu okay tak ni?" tanya Hafid. "abang risau la tengok Lulu. Tadi masa kat MGS okay je abang tengok. Ni lepas bangun tidur terus bad mood. Lulu mimpi apa tadi?" Hafid meramas-ramas manja lengan Haikal pula.
"aku okay je la Hafid." Kata Haikal dingin. Dia terasa macam nak pukul je Hafid sekarang ni. bila dia ingat balik pasal mimpi tadi, dia terasa macam nak kasi kaki kat Hafid.
Hafid terus pandang Haikal bila budak tu cakap kasar macam tu. "Lulu," kata Hafid perlahan. "kenapa cakap kasar ni. abang Fid ada buat salah ke?"
Diam. Haikal tak jawab apa. Hafid hela nafas berat.
"kalau abang Fid ada buat salah, abang Fid mintak maaf kay. Sorry kalau ada buat Lulu sakit ha.."
"aku da ingat pasal hal kita gaduh dulu." Pintas Haikal. Hafid terdiam. "aku ingat malam sebelum aku balik Dublin tu kau cakap apa. kau cakap kalau aku sebut nama kau as a Abang Fid , kau tak akan layan aku lagi. kau cakap, aku boleh pergi mampus."
Hafid cuba sentuh bahu Haikal tapi pantas budak tu tepis. "abang Fid,"
"aku nak balik." Kata Haikal beku.
"abang Fid mintak maaf." kata Hafid perlahan. muka budak tu muram
p/s
hshshshs, kesian Hafid tetiba Haikal bad mood kan. tapi memang padan muka pun. siapa suruh jahat sangat dulu kan? haha. kalau suka dengan chapter ini, jangan lupa tekan button star untuk like dan komen apa-apa sebagai ... emm yeah, apa apa je la. haha. any comment also can! thanks for reading this chapter!
YOU ARE READING
Volume II Remaja
HumorKisah seorang Haikal Luthfy menjadi sedikit dewasa. Sedikit sahaja la. KAH KAH KAH. Kisah merentas benua. Malaysia - Ireland - Malaysia kembali. Kisah bagaiman seketul Haikal cuba mengembalikan ingatannya semula. "Kau serius tak nak amik tahu pasal...