Bab 20

93 7 0
                                    

Kini Hakimi berada di wad kecemasan ICU. Selepas beberapa jam menunggu, doktor keluar dari wad itu.

"Doktor bagaimana keadaan anak saya?"tanya Encik Fazli.

"Anak encik tiada apa-apa masalah. Keadaannya sudah stabil. Kami akan pindahkan dia ke wad biasa. Boleh saya tahu,encik tahu tak anak encik ada kanser?"tanya Doktor itu.

"Kami baru sahaja tahu tadi,kemudian dia batuk kuat dan meneluarkan darah. Tiba-tiba dia pengsan."terang Encik Fazli.

"Mmm...mungkin disebabkan rasa bersalah dia pengsan. Saya sarankan dia membuat pembedahan itu secepat mungkin. Kerana tahap kansernya boleh meningkat bila-bila masa sahaja."sambung doktor itu.

"Baiklah doktor saya akan cuba memujuk dia untuk membuat pembedahan itu. Terima kasih doktor."

"Sama-sama. Kalau nak melawat boleh. Saya mintak diri dulu ya."

Selepas doktor itu pergi,keluarga Hakimi terus masuk ke dalam wad yang menempatkat Hakimi.

"Ya Allah Im...kenapa kamu buat ummi susah hati Im?"tanya Puan Zarifah.

Hakimi sudah sedar. Dia hanya melihat wajah ibunya yang sedang mengalirkan air mata. Air mata itu jarang keluar,tengoklah betapa berharganya air mata itu.

"Im mintak maaf ummi. Im tak nak ummi tahu sebab Im tak nak ummi risau dengan keadaan Im. Ummi kene jaga kesihatn ummi."terang Hakimi panjang lebar.

"Im buat pembedahan tu ye?" Pujuk Puan Zarifah. Kepala anak sulungnya diusap penuh kasih sayang. Hakimi hanya mendiamkan diri sambil tersenyum pahit.

***

Selepas duduk di taman untuk beberapa jam Aisyah mengambil keputusan untuk balik ke rumah. Yang pasti dia akan dimarahi oleh mamanya kerana balik lambat.

"Harap along tak bagi tahu mama lagi."kata Aisyah seorang diri.

Apabila dipetengahan jalan tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Sangat menggambarkan hatinya saat ini.

Aisyah hanya meneruskan perjalanannya. Air mata turun lagi. Tidak tahu untuk yang keberapa.
(Korang rasa berapa?)

Sampai sahaja di hadapan rumahnya, dia terus mengetuk pintu.

Apabila pintu dibuka dapat dilihat wajah mamanya yang kelihatan nak marah ada nak risau pun ada.

"Ya Allah angah pergi mana?! Kenapa basah-basah ni?!"tanya Puan Hidayu.

Aisyah hanya mendiamkan diri. Mukanya ditundukkan. Melihat mamanya marah begini macam melihat Aliah marahnya. Sama saja.

"Aliah bawak tuala untuk angah ni,nanti demam pulak. Dah angah masuk terus masuk tandas nanti demam." Kata Puan Hidayu lembut. Kesian melihat anak keduanya yang dalam keadaan basah ni.

Aisyah masuk ke dalam. Tuala yang Aliah beri kepada mamanya tadi diletakkan dia atas kepalanya. Begnya Puan Hidayu sudah ambil. Terharu, ingatkan mamanya nak marah dirinya tadi.

Selepas sudah mandi dan pakai baju dia ke ruang tamu. Aliah juga berada disitu bersama adiknya Amirah.

"Angah pergi mana tadi,dari pagi sampai magrib baru balik. Kata nak balik pukul lima ni mama tengok along je yang balik. Bila mama tanya bukan nak jawab. Nak jadi anak derhaka ke?" Kata Puan Hidayu tegas. Nak marah tak guna kerana dah jadi pun.

"Angah mintak maaf mama, along tak salah dalam hal ni angah yang salah. Mama marah angah je."kata Aisyah. Kepala ditundukkan.

Kalau mamanya tahu mesti lagi marah. Tapi baik dia bagi tahu sekarang dari mendiamkan saja hal tu.

Ćıŋŧą ɛmקąŧ Şɛɠı [Ć]Where stories live. Discover now