Aisyah membuka matanya. Bandannya terasa sengal-sengal kerana bangun dalam keadaan duduk. Dia ingin menggosok matanya,tetapi pergerakannya terbatas. Bandannya diikat dan pergelangan tangannya diikat di kerusi yang didudukinya membuatkan dia meronta.
"Ya Allah!! Apa ni?!"kejadian yang terjadi sebelum di pengsan diingati semula.
Klreekk....
Pantas Aisyah mengangkat mukanya dan melihat ke arah pintu.
"Dah bangun,princess?"tanya Syafie.
"Lepaskan aku lah! Apa kau buat ni?!" Aisyah menjerit. Dia meronta ingin dilepaskan.
Syafie pergi ke arah Aisyah dan memegang bahu Aisyah yang sedang meronta itu. "Hey...hey...jangan macam ni. Nanti sakit badan tu."
"Jangan sentuh aku lah! Lepaskan aku!"Aisyah terasa ingin menangis.
Syafie mendekatkan mukanya kepada Aisyah. "Never. Lepas kau jadi milik aku, baru aku lepaskan kau."
"Kau gila,Syafie! Kau gila! Lepaskan aku."Aisyah menangis.
"Jangan nangis sayang."air mata Aisyah dihapuskan mengunakan ibu jarinya.
"Lepaskan aku. Lepaskan aku. Apa yang kau nak dari aku?." Aisyah meronta lagi.
"I want you."jawab Syafie ringkas.
Syafie bingkas tegakkan badannya. "Kalau aku tak dapat kau, tiada sesiapa yang akan dapat kau. Kau milik aku sorang je." Syafie berlegar-legar di dalam bilik yang agak luas itu. Hanya terdapat satu kerusi sahaja selain kerusi yang diduduki Aisyah.
"Jadi milik aku."kata Syafie dekat ditelinga Aisyah.
Aisyah meremang. "Lepaskan aku Syafie. Tolonglah."
Syafie mengambil kerusi dan duduk di hadapan Aisyah dengan keadaan penyandar menghadapnya.
"Aisyah...Aisyah...susahnya kau nak terima aku. Kalau kau terima aku,kau tak akan ada kat kerusi tu."
"Tak sesiapa yang akan terima lelaki gila macam kau."jawab Aisyah berani.
"Argh!"rahang Aisyah dicengkam oleh Syafie menyebabkab Aisyah mengerang kesakitan.
"Ada. Iaitu,kau."Syafie mencium pipi Aisyah sekilas.
Rahang Aisyah dilepaskan. Tangan Syafie pantas menanggalkan pin tudung yang tersarung di kepala Aisyah.
"Kau buat apa ni?!"Aisyah ketakutan.
"Shhh...sekejap je." Tudung Aisyah ditanggalkan diikuti dengan getah rambut nya.
"Baru cantik." Rambut Aisyah yang beralun itu diusap lembut.
"Jangan sentuh aku."Aisyah memalingkan mukanya.
Syafie berhenti dan tersenyum. "Ok. Aku keluar dulu,princess. Nak tunggu seseorang untuk dibunuh."kata Syafie. Dia keluar dari bilik itu.
'Apa maksud dia?'monolog Aisyah.
***
Hakimi terbongkok untuk melihat kawasan gudang itu.
"Argh!!" Hakimi terdengar bunyi erangan dan dia yakin itu suara Aisyah.
"Sabar Aisyah. Aku datang selamatkan kau."kata Hakimi perlahan.
Hakimi mengeluarkan smartphone nya dan menghantar sesuatu kepada Rasyid.
Rasyid
Aku dah kat depan gudang. Siap sedia.
YOU ARE READING
Ćıŋŧą ɛmקąŧ Şɛɠı [Ć]
RomanceCinta empat segi?pelik bukan? selalunya cinta tiga segi,ini cinta empat segi. Mengisahkan cinta tiga remaja yang menyukai seorang perempuan.Tetapi perempuan itu Menyukai seorang daripada mereka.Tetapi siapakah mereka.Walaupun Aisyah suka seorang dar...